PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


Jom join pencarian 50 bloglist cofeelover
click banner utk join ya.

Cubaan Bersahur Dengan Buah Tamar a.k.a Kurma

Assalamualaikum,

Hari ni bukan tak sempat nak bersahur. Dah bangun pun pukul 4 pagi kunci jam. Cuma nak cuba bersahur dengan buah kurma je. Dah test makan nasi, tekak jadi muak pulak. So hari ni nak tengok antibody tahan atau tidak. Ternyata, angin sudah naik ke kepala. Aku tak lapar tapi ada masalah angin kalau tak makan. Rasa macam nak baring je huhu.

Hari ni pulak mulakan hari dengan meeting pertama yang suram dan lembik. Seriously, sangat mengantuk okay kat dalam tu hehe. Mata nak terpejam je tadi. Mujur habisnya cepat sikit. Nasib baiklah balik jam 4 petang. So boleh rehat lama sikit sebelum mulakan masak. Dah terbayang menu yang nak dimasak. Kejap lagi balik, nak buat agar-agar lengkong santan dulu. Hehe... Pergh!!!


Sumber gambar dari google.
Nampak kat atas tu?
Sedap tak???
Astaghfirullahalazim... (sambil geleng kepala tutup mata)


Menu Berbuka Untuk Puasa Hari Pertama

Dah tentu aku tak beli kat bazar yang mungkih harganya akan cecah naik melambung2 dan tak masuk dek akal. So, apa menu berbuka korang? Kami just sediakan kuah singgang ikan tenggiri, sayur campur dan ikan jaket bakar. Hehe... Tunggu jelah aku update lepas berbuka nanti ya. Haha, biasalah excited hari pertama berpuasa... Lepas2 ni tak taulah macam mana...


---------------------------KEJADIAN SELEPAS BERBUKA----------------------------

Huuuwwwaaaaa.. tak sempat nak snap, dah kena terkam dgn ikan pirana.

Mimpi Aku Sangat Merepek Malam Tadi

Macam manalah Datuk Siti Norhaliza boleh masuk dalam mimpi aku. Mimpi bersambung-sambung pulak tu. Kisahnya macam ni, aku baru balik dari ambil Zulaikha. Dah tentulah cikgu sekolah dia pun masuk sekali dalam mimpi tu. Lepas tu bila aku nak balik tu tiba-tiba cikgu Zulaikha halang aku balik, katanya Datuk Siti yang digelarnya Dato' CN jatuh pengsan masa kat shopping mall. Tunggu masa je huhu. Nauzubillah...

Aku ni pun tungguhlah dan ikutlah cikgunya pergi tengok Dato' CN a.k.a Datuk Siti. Sampai kat satu tempat ni aku pun tak pasti kat mana, di sebuah bilik yang cantik, aku tunggu kat luar. Tak taulah kenapa cikgu Zulaikha dan beberapa orang lain begitu fanatik dengan Datuk Siti ni. Yang pelik tu aku pun ikut sekali. Oleh sebab tak mau berasak-asak dalam bilik cantik tu, aku pun tunggu kat luar. Aku siap cakap kat cikgu Zulaikha, saya balik dululah ya. Tapi cikgu Zulaikha jawab, eh janganlah balik dulu, kesian Dato' CN ni. Tunggu masa je. Ni jelah kalau nak jumpa pun. Meh le masuk sekejap.

Aku garu kepala dan terus masuk. Aku tengok Datuk Siti ni dah terbaring kaku sambil pengang sepasang baju yang cantik di tangan. Mungkin tengah shopping2 dia rebah. Gilos! Shopping boleh pengsan ke? Haha! So, aku tunjuk je muka kat situ nak bagi sedap hati fanatik-fanatik dia. Korang tau apa yang berlaku lepas aku masuk tu? Tiba-tiba aku tengok kelopak mata dia bergerak-gerak. Korang bayangkan muka dia yan comel penuh makeup yang canitk tu boleh tersenyum dalam pengsan tu. Aku dah pelik. Dan-dan tu mata dia terbukak dengan muka tak bersalah.

Dah... manusia2 fanatik dia jadi kecoh dan tanyalah datuk siti ni, "are you okay? are you okay?" Bila dah tengok datuk siti ni bangun, macam cerita menariklah dan aku terus stay haha... So ada salah seorang manusia yang aku kira peminat dia kot pun bertanya, "Datuk, apa punca datuk pengsan? Datuk nak we all bawa ke hospital tak?" Hahaha... bila dengar macam tu, baru aku tau aku mimpi dalam shopping mall. Mabukkan? Lepas tu si Siti ni geleng kepala tak nak. Lepas tu ada suara-suara sumbang bercakap kat belakang aku. "Tadi ada orang kejar Datuk Siti tadi, lepas tu dia tersadung dan terus jatuh. Kami pun terus bawa dia ke sini."

Aku fikir, mesti dia di kejar peminat fanatik dia tu. Lepas tu peminat yang pertama tadi pun tanya, "Betul ke datuk? Apa punca dia orang kejar?" Aku ketawa dengar soalan bodoh dia dan aku pun fikir, dia ni bukan peminat fanatik. Dia ni mesti media yang tunggu masa nak olah cerita gossip artis. Korang tau Datuk Siti a.k.a Si Siti tu tujuk apa? Dia dengan muka selamba, tak bercakap apa terus tunjuk sepasang baju mahal warna oren ya. Motif ko tunjuk baju tu? Aku dah meluat dah. Tiba-tiba tedengar suara orang menyampuk kat belakang. "Tadi aku nampak Datuk Siti curi baju mahal tu dari butik terkenal kat Mall ni!"

Jeng! Jeng! Jeng! Hahahaha!!! Aku dah confuse. Dia kaya tapi curi baju. Pastu buat-buat pengsan. Huhu... Korang tau apa reaksi cikgu Zulaikha lepas dengar dalam mimpi tu? Dia serba salah gila dengan aku sebab paksa aku ikut dia pergi tengok datuk Siti tu. Kemudian aku pun cakap kat dia "Cikgu, saya minta diri dululah ya. Dah lambat sangat nak balik rumah. Karang suami saya cari pulak." Dan aku pun terus blah macam tu je.

HAHAHA!!! SESUNGGUHNYA ITU SEKADAR MIMPI MAINAN SYAITAN SAHAJA. Tiada kena mengena dengan itu Datuk Siti ya. Aku bangun nak masak untuk sahur pun boleh senyum sorang-sorang bila ingat mimpi bodoh tu. Moga-moga panjang usia Datuk Siti Norhaliza yang comel itu.

Sekian, okay bye!



Resepi : Conflake Madu

Haaa... puasa dah nak dekatkan? Sekarang mesti ramai yang sibuk buat kuih. Tak kurang jugaklah yang suka buat kuih tunjuk haha. Saya pun sama jugaklah. Malas nak buat kuih dan tak boleh masuk tekak. Hanya kuih-kuih tertentu je yang boleh masuk. Itu pun kalau datang rajin, aku buat sendiri je haha! Kuih fav aku yang paling mudah nak buat dan sedap di makan adalah kuih Cornflakes Madu. Cuma kuih ni je yang aku suka buat sebab senang giler babeng punya nak buat haha. Dahlah sedap nauzubillah. Sampai berulang makan pun tak sedar huhu. 

Macam mana boleh terniat nak buat Conflake Madu ni? Sebab teringin tiba-tiba tapi masa tukan belum puasa so mana ada orang buat. Apa lagi, google resepi dan buat sendiri lagi senang. So, kali ni saya share ngan korang untuk buat Conflake Madu ya. Manalah tau nanti korang nak cuba-cuba buat sendiri kat rumah. Tak payah membazir tempah. Bahan dia pun murah giler wei. Kalau tempah sekarang Rm20 ke atas huhu.



Bahan-Bahannya adalah:

200g cornflakes
6 sudu besar madu, sudu besar brown sugar/gula biasa
100g butter
3 sudu besar almond kisar
3 sudu besar sweet cherry



Cara-cara membuatnya adalah :

1. Buka api yang perlahan dan cairkan butter, gula, madu.
2. Kacau, larutkan dan jangan sampai hangit. Agak-agak dah cair semua, then padamkan api.
3. Campurkan cornflakes dan almond kisar tadi dengan sweet cheery dan gaulkan bersama larutan madu sekali.


4. Susun papercup elok-elok dalam tray dan masukkan bancuhan cornflakes madu tadi ke dalam papercup.
5. Bakar sekejap dalam 15 minit dengan suhu 150 darjah
6. Sejukkan dulu sebelum isi dalam balang.
7. Setengah paket cornflake boleh dapat 1 balang besar
8. Dah siap!

Selamat mencuba!
Ok Bye!



Pesanan Ramadhan


5 Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin


Salah satu cara yang paling ekspress untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga:
1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang  sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tu.
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang . Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan bacasaja disitu. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet2 baru ni.

Frozen Addicted Haha!

Hari ni ada Aeronita Kiosk. Yang mana banyak kiosk jualan akan dibuka untuk menghabiskan duit.
Huhu, memang tadi aku tutup matalah jugak sebab tak nak terjebak tapi akhirnya terbeli jugak baju Frozen untuk Zulaikha.
Baju untuk Zulaikha ya, bukan untuk mak dia ni.

Nak cari saiz, tak reti rupanya XS tu sempit tapi boleh jugkalah pakai.

Aku match dengan seluar2 berkenaan. Nampak macam sesuai.

Yang ni pulak tuala Frozen. Thanks to Asma Amira sebab dia yang tolong carikan.
Zulaikha suka sangat dengan tuala tu. Haha... layan jelah kerenah budak kecik sorang ni.
Okay bye!




CPUV Campaign Yang On Going Sekarang.

CPUV Yang Tengah On Going Sekarang.


#Petronas Primex 95
#uMobile Prepaid Free Meal
#Bulgogi Brothers Korean B
#Invest Smart Campaign
#Stadium Astro World Cup P

Korang kalau ternampak iklan ni berjoget2 atau statik kat atas dan bawah blog karya mahirah ni, rajin2lah klik ya. Nanti tinggalkan jejak, saya balas.. hehe..

Cara Kurangkan Cukai / Pelepasan Cukai


Nak elak dari kena bayar cukai? Tak boleh kawan kalau anda dah layak kena bayar. Cuma anda boleh kurangkannya dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN:
Antaranya ialah:
1. Zakat
Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.
2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.
3. Pembelian buku, majalah dan journal. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.
4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNAMERCY dan banyak lagi
5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)
Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.
6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.
7. Melanjutkan pelajaran postgraduate untuk orang dewasa. Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja.
8. Pembelian barangan sukan. Pelepasan cukai maksimum RM300
9. Insuran hayat/takaful keluarga
Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). Ini tidak termasuk dengan takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.
10. Bayaran perubatan untuk ibu bapa
Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.
11. Pembelian komputer setiap 3 tahun. Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)
12. Beli hartanah yang bernilai RM 250k dan ke bawah. Pelepasan cukai sebanyak RM2000 .
13. Buat Full Medical Check Up. Maksimum RM500.
Amanat KHAS: Sila simpan resit-resit pembelian anda dan sebaik-baiknya buatkan satu file khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi.
Sedikit info berkaitan cukai:
Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7). Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.
Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia. Sila lah berkunjung ke laman LHDN untuk penerangan yang lebih lanjut.

Update : Blogger Yg Rajin Visit Karya Mahirah

Alhamdulillah, selesai sudah aku update senarai blogger yang rajin tinggalkan jejak mereka di blog aku ni dan yang rajin tinggalkan komen setiap bulan. Di sini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada korang yang sudi baca nukilan, luahan, tips-tips, resepi dan macam-macam lagilah yang tak tersenarai. Aku sangat-sangat hargai masa yang korang luangkan tu.

Untuk info korang, senarai blogger yang aku update ni akan dijadikan tempat aku singgah, tempat aku lepak atau erti kata lain nak blogwalkinglah (insyaAllah setiap hari, setiap weekend atau setiap bulan) hehe. Terima kasih sangat-sangat di atas masa yang korang luangkan walaupun hanya sekejap. Ok... sekian bye!

Rajin-rajinlah lawat blog mereka yang sporting ni ya.





Pemergian Penulis Liana Afiera Malik Pada 31 Julai 2011

Ya Allah, aku baru tahu yang penulis Creative Enterprise, Liana Afiera Malik dah pergi menghadap ilahi. Bayangkan dah 4 tahun baru aku tahu ketiadaan arwah kat dunia ni. Aku betul-betul admire arwah punya penulisan. Menunggu2 novel terbaru beliau dan rupanya beliau dah pergi buat selama2nya? Aduhai, terkilannya lambat dapat tahu pemergian arwah. Identiti arwah sangat misteri sebab tu susah aku nak ikuti perkembangannya. Timbulnya rasa hati nak menulis ni pun adalah kerana penulisan beliau.

Novel Siri Yoyo ni tiada kesudahan. Tapi aku mohon pada korang yang gila novel, kalau ada siapa2 yang masih ada tajuk novel "EH... IYA KE NI?" dan "1,2,3 I LOVE YOU" yang masih dalam keadaan elok dan nak dijual, tolonglah inform aku. I am serious buyer. Huhu... kat kedai dah tak ada jual sebab penulisnya dah tiada. 

Baru2 ni aku saja baca semula novel siri YOYO hasil dari tulisan arwah. Tiba-tiba terdetik hati nak google novel-novel beliau yang lain. Tengah duk google tu aku terbaca artikal dari Creative Enterprise Sdn Bhd berita tentang kematian arwah.










Creative Enterprise Sdn Bhd

Penulis Juliana Sukmawati Abd Malik, atau dikenali sebagai Liana Afiera Malik yang terkenal dengan novelnya yang bertajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 31 Julai 2011 jam 12.15 am pada usia 38 tahun di Hospital HUKM.
Beliau kemudiannya dikebumikan di Cangkat Petai, Perak keesokan harinya jam 10.00am. Kematiannya seperti yang telah dimaklumkan oleh suami beliau adalah akibat terjatuh di depan bilik air dan sudah lama menghidap penyakit tirod. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar dan begitu bermakna dalam dunia penulisan.
Liana Afiera Malik merupakan seorang penulis yang profilik dan begitu berbakat. Beliau menjadi inspirasi kepada penulis-penulis muda yang lain agar menjadikan bidang penulisan sebagai pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Beliau berjaya membuktikan bahawa angan-angan penulis boleh mendatangkan pendapatan tahunan yang lumayan.
Bermula dari bawah, berkat dengan kegigihan dan sikap dedikasi beliau selama ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah novel dalam usia yang masih muda.
Novel Bukan Puteri Lindungan Bulan telah menempa sejarahnya yang tersendiri di industri perbukuan CESB. Novel yang paling tebal setakat ini dengan ketebalan 1211 halaman telah dilancarkan di Johor Bahru pada 14 Februari 2002, diikuti pelancaran rasminya di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2002. Seterusnya novel ini telah dilancarkan di beberapa buah bandar utama di seluruh negara menerusi program Roadshow BPLByang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini di Malaysia.


Novel-novel beliau yang lain yang turut diterbitkan di bawah naungan CESB ialah:

  • -Memori
  • -Kasih Antara Musim
  • -Inginku Sandarkan Harapan
  • -Assyida
  • -Yoyo 1-5
  • -Promise!
  • -Dan... Mimpi Pun Berguguran
  • -Janji Assila
  • -Kompilasi Yoyo 1-3 : Eh! Iye Ke Ni?
  • -Kombinasi Yoyo 4-6 : 1, 2, 3... I Love You!
  • -Kombinasi Yoyo 7-9 : Jealous La Pulak!
  • -Kompilasi Memori
Setiap yang akan datang akan pergi dan setiap yang pergi tak akan kembali. Tanpa kita sedari semua itu akan kita lalui. Walaupun kita tidak tahu bila masa itu akan tiba untuk menjemput kita, namun, kita selalu diingatkan agar selalu berdoa dan berserah kepada-Nya. Ucapan takziah warga CESB ucapkan kepada keluarga arwah Liana. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah...

P/S : Mesti aku rindu dengan penulisan arwah huhu...

Invitation From IBM Technology for IBM Conference 2014

Hari ni dapat invitation dari IBM untuk hadir ke conference 2014. Sebenarnya ini adalah pertama kali saya join conference ni sebab kena replace tempat bos yang tak dapat hadir. Mujurlah pergi dengan dua orang lagi member office. Kalau tidak, mau aku ternganga sorang-sorang. So, kali ni aku nak share beberapa gambar event IBM yang patut aku share. Huhu... haruslah adakan? Hehe..

Ni masa pembukaan. Teruja mak tengok.

 
Ramai orang dari perbagai organisasi datang untuk conference ni.

Masa ni time lunch.
Ini cadangan aku ya untuk berselfie.
Kebetulan tengok cermin ni sangat besar dan cantik, terus snap gambar sendiri.
Member tu layan je kerenah aku haha. 
Kenyang wei, makan provided.
Lepas tu pergi cari info lagi kat luar untuk dapatkan souvenir.
Sampai lenguh tangan aku membawa semua hadiah.
Sambil dapat info, sambil collect hadiah hehe.
Okaylah tukan?


Hehe... menggedik lagi haha. layan jelah kak oi...
Masa ni dah nak balik dah, letih wei sebab kat luar ni tak ada kerusi.
Tapi tak apalah, dah nak balik pun time ni.


 
IBM Technology Expo 2014
Banyak benda aku nak kena fahamkan balik haha.
Cuma antara yang aku suka dan bagi aku sangat berguna untuk kita adalah produk VmWare.
Yang aku faham VMware ni boleh trace semula data dalam laptop kita yang hilang dicuri.
Maknanya ia bertindak macam pengesan untuk mengexcess semua data kita dalam laptop yang hilang tu.

Kami visit IBM Solution Showcase dan all the sponsor booth untuk dapatkan gift bagi Hunt & Win ni.
Aku suka part ni walaupun ada sedikit rasa leceh nak mendapatkan sticker yang mana kena tanya soalan, kena jawab borang survey tapi rasa enjoy tu ada ngeee.
Tujuannya to make sure jemputan2 tak terlepas info dari all the sponsor IBM dan dari IBM sendiri.
Aku berjaya mendapatkan semua sekali sticker dekat semua sponsor booth tu dan berjaya membawa pulang semua gift hehe.

Inilah hasilnya. 
Dapat t-shirt, tuala, kipas mini, cawan, payung, buku note dan satu lagi tak tau apa benda.
Okay, setakat ni je nak share.
Sekian, bye!

Kesian Parent Aku Kena Deal Dengan Kontraktor Bebal

Alhamdulillah, abah dan mak aku dah selesai urusan beli rumah nelayan kat johor. Sekarang ni kami tengah buat renovation ke seluruhan rumah. Boleh kata 1/2 runtuh dan pasang semula dengan rumah batu. 1/2 lagi kekal dengan rumah papan. Design rumah tu cantik dan menarik. Kalau buat renovation betul2 mau jadi sebuah banglo kos rendah. Hehe... Tapi bukan itu yang aku nak cerita huhu. Sebenarnya aku nak cerita perihal kontraktor yang buat rumah macam taik. Sebelum tu, aku nak bagi tau, entry ni mungkin sangat panjang dan harap bersabarlah ketika membacanya.

Ceritanya begini. Lepas abah dan mak aku settle dengan perihal jual beli rumah, jadi mereka mencarilah kontraktor yang boleh buat renovation dan perlu disiapkan dalam masa sebulan iaitu sebelum puasa ni. So, makcik aku pun suggestlah sorang hamba Allah ni untuk buat rumah perent aku kat kampung tu. Yang best tu, buat muka kesian dengan kami kononnya sebelum ni banyak dia buat rumah orang semuanya tak bayar habis. Parent aku ni bila dengar macam tu jadi kesian dan kononnya nak tolonglah orang melayu. Inilah padahnya orang melayu yang tak sedar dek untung. Bila cakap bodoh tau pulak marah, huhu.

Aku nak tanya koranglah, korang kalau buat renovation, sepatutnya korang dengar cakap kontraktor ke atau kontraktor yang dengar cakap korang? Patutnya kontraktorlah kena ikut kehendak tuan rumahkan?! Haaaa... ni nak habaq kat korang. Kontraktor yang buat rumah abah aku ni dah terbalik. Tuan rumah pulak yang kena dengar cakap dia. Abah aku mintak macam ni, dia buat macam tu. Ya Allah, tak sangkalah dia degil nauzubillah, tak mo dengar apa yang abah dan mak aku mahukan. Dah tunjuk layout pun dia masih buat salah. Persoalannya di sini, ni rumah kau ke rumah aku? Kenapa pulak abah dan mak aku kena dengar cakap dia. Idea layout dia tu kalau cantik aku tak kisah, ini macam reban ayam wei! Main tampal-tampal, stepler-stepler je gitu. Reban ayam pun lagi cantik dari rumah aku tu. Ada ke papan yang retak tu disteplerkan je?! Dia ingat rumah aku tu rumah kertas ke? Siapa yang ajo dia? Kalau kayu tu retak dan renggang, ko gantilah dengan kayu baru! Stupido betullah huhu.

Ini maknanya di sini, dia buat rumah parent aku tu, ikut suka hati bapak dia je tak nak tanya tuan rumah merangkap parent aku. Adoihai... memang kesian aku tengok abah aku tu. Ulang alik dari sepang ke penyabung johor tu macam pergi kerja je. Ingat dekat ke? Boleh kematu jugaklah punggung duk drive atas jalan. Sampai BP abah aku tinggi sebab stress nak fikir perihal kontraktor yang perangai pelik ni. Abah aku dah siapkan layout pun dia tak mo ikut, korang bayangkan betapa kepala batunya kontraktor rumah abah aku tu? Korang tau kenapa? Sebab dia MALAS nak fikir susah, janji ikut senang dia je nak buat. Vongok abadi orang ni, huhu. 

Bila dah jadi macam ni, barulah kami tau, kenapa ramai orang tak habis bayar balance rumah dekat dia? Sebab dia tipu orang! Bukanlah sebab dia yang kena tipu seperti yg dicanang tu tapi dia yang tipu orang. Kata pandai buat rumah tapi aku rasa indon ngan bangla tu lagi bijaklah buat rumah dari dia. Kalau dia buat rumah dah rupa macam reban ayam, korang rasa-rasa abah aku nak tak bayar balance duit renovation tu kat dia? Padahal abah aku tak puas hati ni sebab dia buat ruamh tak ikut spek yang abah aku bagi. Dalam ramai2 kontraktor yang kami pernah deal, inilah kontraktor paling teruk yang kami pernah jumpa. Ikut kepala dia je nak buat rumah kami tu macam mana rupa.

Dugaan sungguh pada kami dibulan sya'ban ni. Ingatkan bolehlah siap rumah tu diduduki sebelum puasa. Nampak gayanya raya duduk endau lagilah. Bukan duduk penyabung. Kalau dah rumah macam reban ayam, macam mana nak raya kat situ. Huhu... sedihnya... Aku kalau boleh tak nak masuk campur hal urusan ubah suai rumah ni sebab bila kami yang anak2 ni masuk campur, lagi teruk kontraktor tu kena sound nanti. Lagi pulak ia melibatkan parent aku, memang geram kalau tau parent aku kena tipu. Dahlah kerjanya asyik mintak duit je. Duit dah bagi RM20K apa lagi yang tak cukup? RM20K tu untuk buat rumah belakang je tau. Masalahnya, rumah belakang tu tak siap2 jugak, dah dia mintak duit lagi. Itu yang darah tinggi abah aku naik. Geram punya pasal. Buat rumah kami main-main.

Baru2 ni abah dan mak mintak tolong aku dan suami hantar balik johor. Encik suami memang nak tolonglah abah kali ni untuk deal dengan kontraktor vongok tu. Bila dia tau abah dan mak balik bawak menantu nak uruskan rumah tu, dia cabut lari tak mo jumpa. Yang paling sakit hati tu, ada sorang pekerja dia tu bersubahat dengan tokey vongok tu. Hambik, kena sound sekali dengan abah aku, terus sentap. Boleh pulak masa kami dtg tu dia masuk bilik terus hempas pintu. Amboi! Tunjuk perasaan nampak? Karang aku hempuk pintu tu ke muka dia terus berbintang atas kepala.

Aku kesian kat parent akulah. Kami baru je balik ke sepang hari ahad baru ni, tup-tup hari ni selasa, abah dan mak kena balik ke penyabung semula sebab nak settle dengan tokey vongok yang lari bila tau aku dan suami balik weekend baru ni. Dia kalau tak buat salah, nak buat apa takut?! Kan dah nampak memang dia buat salah, sebab tu takut nak jumpa aku dan suami. Korang bayangkanlah macam mana penatnya abah dan mak aku tu ulang alik sebab nak settle benda ni dengan kontraktor tu. Tak zalim ke dia menyusahkan orang tua kami. Mentang-mentanglah abah dan mak aku tu warga emas, dia boleh suka hati je main-mainkan.

Ni gambar rumah bahagian depan. Yang lain aku malas nak snap sebab dah menyampah tengok.
Kalau korang tengok, logik tak buat tingkap rapat dengan tombol pintu masuk???
Rasanya kontraktor ni ada akal ke tak ada?
Ini maknanya sengaja menjemput perompak dan pencuri pecah masuk rumah.
Kan ke senang je masuk rumah kami, cabut tingkap naco, bolos tangan terus pulas tombol pintu.
Adoihai... benda basic macam ni pun dia tak boleh fikir.
Kalau perasan, papan rumah yang nampak jarang tu pun dia tak ganti dan main stapler je.
Kan ke mengundang orang mengintai dari luar?
Aku jadi stress dengan orang yang jenis MALAS nak berfikir.
Dia tau mintak duit dan duit masuk poket.
Buat kerja tak ikhlas.
Sekian.

 

Kisah Kena Gangguan, Baru tau Ada Yang Ikut Balik

Assalamualaikum,

Sejak kahwin sampailah sekarang ni, aku tak pernah tau pun yang kat area rumah mertua aku tu ada penunggu setia yang dah berkurun lamanya sejak nenek moyang mereka ada dulu. Yang syoknya, tuan rumah sendiri pun tak tau cerita yang area rumah mereka ada penunggu yang dah berkurun lamanya duduk situ. Sesekali aku datang rumah kampung tu pun ada jugak terasa macam ada orang memerhati. Sampai aku jadi tak selesa nak tidur kat rumah tu. Ingat lagi seminggu lepas kahwin je kita orang gigih cari rumah lain. Sanggup hidup sendiri dari duduk rumah mertua yang dalam keadaan macam tu haha.

Aku dah lama perasan. Yang paling ketara sejak dapat anak dulu, anak aku si Zulaikha tu asyik kena usik je memanjang. Asal balik je dari rumah kampung tu mesti dia menangis sakan kat rumah kami. Adoi, letih wooo nak hadle budak nangis yang kita pun tak tau puncanya. Budak ni pulak jenis menangis yang macam kena pukul. Aku naik cuaklah bila tengok dia meneran suara. Aku bacakan macam-macam surah untuk dia. Masa dulu aku tak tau pun ada gabungan surah ruqyah. Tapi alhamdulillah, ada hikmahnya Allah bagi dugaan pada keluarga kami melalui anak ni. Dari sini barulah aku tau ada surah2 pendinding yang boleh di amalkan di rumah.

Okay, berbalik pada cerita tadi. Satu hari tu, di waktu magrib yang indah, aku pasang oasis seperti biasa. Waktu ni Zulaikha 2 tahun setengah kot. Aku tau oasis ada satu zikir yang mana kalau syaitan dengar memang dia terbakolah. Tiba-tiba Zulaikha datang depan TV sambil menangis ketakutan. Dia cakap "Mama! Mama! Utup! Utup! Dia akut! Mama dia akut!" Pelat2 dia cakap kat aku. Ya Allah, berderau jantung aku wei. Siapa yang dia cakap takut tu wei? Takut bila dengar zikir-zikir kat oasis pulak tu. Aku telefon encik suami yang masa tu tengah kerja, mintak pendapat. Telefon mak dan abah jugak untuk mintak pendapat. Lastly, dia orang cakap bawak darusyifaq BBST. Dekat je dengan rumah kami.

Next day kita orang bawak ke darusyifaq. Dalam pada tu tawakal jelah pada Allah. Kalau kat rumah dia selalu cakap takut, takut dan takut. Aku nak solat pun dia duduk kat sebelah aku. Apa yang dia takut pun aku tak tau. Yalah, kita tak nampak. Only budak kecik je yang biasa nampak. Waktu tu aku perasan jugak dalam rumah aku tu selalu bunyi guli, bunyi budak berlari, bunyi macam2 kat siling tapi aku abaikan. Cuma aku tersedar bila sampai ke 2-3 pagi masih bunyi budak main guli, berlari2 tu aku dah terfikir mesti ada sesuatu dalam rumah aku. Takkanlah pulak tengah malam buta ada budak berlari2 sambil main guli? Pelik!

Berbalik pada ke darussyifaq. Sementara nak tunggu giliran tu macam-macamlah kami dengar orang ada saka berubah suara. Tiga anak dara tersampuk sebab saka berpindah randah. Ya Allah seriau tengok wei bila tau benda tu suka berpindah randah. Malam tu memang ramai pesakit yang datang berubat. Kena kuat semangat sikit bila tersaksikan mereka yang kena rasuk. Sehinggalah datang 4 anak dara untuk berubat. Kalau tengok dari segi fizikal anak dara tu memang nampak sihat, tapi bila Zulaikha toleh ke anak dara tu, dia terus jadi takut. Memang nampak pucat muka Zulaikha takut kat anak dara tu. Masa tu aku tak terfikirlah yang Zulaikha boleh nampak apa yang anak-anak dara tu bawa.

Nak tau, Zulaikha pandang je 4 anak dara tu, muka dia terus berubah takut dan nampak cuak. Zulaikha terus cakap kat aku "Mama... akut... akut..." muka nak nangis sambil pandang 4 orang anak dara tadi. Aku dengar dan pelik jugak, apa yang dia takut sebab aku tengok budak 4 orang tu okay je macam manusia biasa. Tapi betullah anugerah melihat benda halus ni biasa budak2 je boleh nampak. Aku pun peluklah dia. Suami pun suruh aku bawa Zulaikha depan TV yang mana surah gabungan ruqyah sedang di mainkan. Kat situ kami suami isteri dah tau yang mata anak aku tidak berhijab.

Giliran kami yang terakhir. Masa tu dah nak dekat Jam 12am. Gelisah tak payah cakaplah sebab macam2 pesakit kita orang nampak keluar masuk bilik tu. Sampailah turn anak dara 4 orang tu masuk. Yang sakitnya 1 orang je. Yang lagi 3 orang tu tolong temankan je. Bila start je berubat, Ya Allah, menjerit2 anak dara yg ada saka tu kena rasuk. Dan sakanya ada 3 suara ya. Dalam 4 orang tu, 1 orang je sakit. 1 orang lagi memang kuat semangat. 2 orang lagi tak kuat semangat dan terus keluar. Saka tu marah kat budak 3 orang yang bawa budak 1 orang yang ada saka tu pergi jumpa ustaz, then terus saka tu berpindah kat lagi 2 orang anak dara yang lemah semangat tu. Ya Allah, depan mata aku, suami dan anak berlaku kejadian tu. Waktu tu aku tak fikir diri aku tapi aku fikirkan anak aku. Apa2 aku kena selamatkan anak aku huhu.

Lepas dah selesai 4 anak dara tu. Masing2 bertenang. Tapi belum balik sebab ustaz nak pantau sebab sekali 3 orang serentak kena rasuk. Mereka kena di asingkan. Dah lama tu barulah nama Zulaikha di panggil ustaz. Masuk je dalam, ustaz mohon maaf sebab ini pertama kali terjadi rasukan sekali 3 orang serentak. Nampak dia orang amat penat nak handle. Kemudian beliau tanya apa masalah dengan Zulaikha ni? Aku pun ceritalah masalah Zulaikha dari A to Z. Bila dah faham, ustaz buka 3 botol air yang kami beli dan mulakan bacaan surah. Kemudian berterusan sambil usap kedua belah kening Zulaikha.

Bila dah selesai, ustaz pun explain. Belum serius lagi. Katanya yang ganggu Zulaikha ni makhluk kecil lebih kurang baya2 Zulaikha je. Dia nak cuba berkawan. Yang pasal Zulaikha cakap "Dia takut... dia takut..." bila dengar oasis tu benda makhluk tulah yang pesan melalui dia. Berderau darah aku dengar. Yang ustaz usap ke dua belah kening dia tu untuk tutup semula hijab mata dia supaya lepas ni dia tak nampak lagi makhluk tu. Aku perasan, sebelum ni pun selalu jugak Zulaikha tunjuk kat bilik tu dia takut, kat dapur dia takut, kat toilet tak yah cakaplah, lagi dia takut. Rupanya benda tu ada kat tempat2 yang dia selalu cakap takut nak pergi sorang2.

Erm... pesanan ustaz, aku kena sentiasa dengan Zulaikha supaya makhluk tu tak tarik dia sikit2 untuk dibuat kawan. Kalau dah jadi kawan, lagi payah nak berubat. Jadi, ustaz pun ajar kami macam mana nak pagar rumah dan halau benda tu dengan cara baik ya. Bukan kasar2 sebab makhluk tu pun makhluk Allah.

Cara-caranya (Ni cara basic dan ringkas dan mudah ingat):
Baca surah yassin sampai ayat 9, kemudian renjiskan air yang dah di baca ustaz (surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) dengan bacaan yang betul) tadi pada 4 penjuru rumah dan bermula dengan sebelah kanan kita. Contoh, kalau kita mula dari pintu rumah, so tamat pun kat pintu rumah juga. Air tu kalau terkena dekat makhluk tu mungkin akan buat dia panas. Mesti buat waktu asar sebelum masuk maghrib sebab waktu ni syaitan mula berkeliaran. Kemudian bacakan yassin 3 malam berturut2 kat rumah. Kalau boleh bacalah kuat2. Kemudian balance air tu kena mandikan Zulaikha waktu asar sebelum maghrib dengan selawat ke atas nabi s.a.w. Al-fatihah, surah 3 kul dan ayat qursi. Kena buat 3 hari berturut2 juga.

Pesan ustaz, jangan keluar malam bawa budak. Jangan balik rumah dekat2 senja. Mungkin ada yang ikut balik. Jangan ambil anak dekat2 senja. Kalau masuk rumah bagi salam dulu. Aku pasangkan sekali oasis dan juga gabungan surah ruqyah dekat tab max volume. Satu rumah boleh dengar. Pengalaman masa pagar rumah tu, memang ada sedikit rasa meremang dan seolah sedang diperhatikan. Huhu, cuma aku kuatkan semangat demi anak aku je. Masa hari pertama buat tu, dia masih duk ada lagi berlari2 kat siling rumah. Bunyi macam tak tenteram je. Bila aku kuatkan gabungan surah ruqyah tu, laluan bunyi budak berlari kat siling tu seolah2 menuju ke arah pintu rumah kami dan keluar terus senyap sampailah sekarang. Alhamdulillah...

Perkara yang berterusan kami buat, baca al-quran sekurang-kurangnya satu helai muka surat setiap hari. Yang penting rumah kita tak sunyi dari ayat-ayat suci al-quran. Hari khamis, bacakan yassin. InsyaAllah mahkluk tu akan pergi dengan sendiri bila dia rasa panas dalam rumah kita. Dan sebenarnya kita sendiri boleh pagar rumah kita dan tak payah panggil ustaz pun. Hanya berpandukan apa yang ustaz ajar je. Yang penting yakin pada Allah.

Aduhai, kalau diingat balik, rasa tak tenteram dengan gangguan tu. Kesian anak aku, bawah mata sampai lebam. Now alhamdulillah dah ok. Aku ajar Zulaikha baca surah basic 3 kul dan al fatihah untuk pendinding diri dia. Then slow2 aku ajar dia ayatul qursi. Tak ada dah cakap takut, takut tu.

Kat sini aku akan sharekan link yang boleh korang buat rujukan macam mana cara nak pagar rumah dari gangguan makhluk halus. Ianya ada pelbagai cara untuk pagarkan rumah tapi basicnya masih sama. Dalam link ni dia akan cerita lebih detail dari apa yang ustaz tu ajar kami dan korang boleh pilih :

1. http://www.kasturisyifa.com/gangguan-makhluk-halus-di-rumah/
2. http://www.slideshare.net/usakinahsaptu/pagar-diri-dan-rumah-menurut-al
3. http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2011/06/satu-kaedah-memagar-rumah-dan-kawasan.html
4. http://uhanif.blogspot.com/2013/05/tips-memagar-diri-atau-rumah-dari.html

p/s : Apa yang berlaku kat rumah mertua aku tu? Haha... nak tau cerita selanjutnya, korang tunggu aku buat entry baru. Yang ni lebih suspen sikit sebab aku kena ingat satu-satu kejadian yang menimpa keluarga mertua aku awal tahun ni. Tunggu ya...


Google Hari ni Sangat Comel, Hehe

Tengok google hari ni sangat comel, haha...
Mula2 tengok tak faham, sekali bila datang huruf B tu baru ku faham.
Hahaha... sangat comel!

Tengok bola dengan seronok!

Bos datang! Bos datang!

Buka slide presentation. hehe..

Bye! Bos!

Bos pergi je, bukak semula bola haha!




Balik Kampung Mengejut, Ada Urusan Yg Perlu Diselesaikan

Wah... so rushing! Jumaat baru lepas balik kerja terus balik kampung dan sekarang masih di kampung dan sekejap lagi nak balik semula ke Sepang. Nak cerita tapi tak sempat tapi nanti bila dah berkesempatan, saya cerita ya apa sebabnya. Dalam pada banyak urusan tu, sempat lagilah pergi Pantai Pasir Lanun haha. Nanti cerita ya. Ok Bye!

Creadit https://www.flickr.com/photos/2121studio/2933485010/

Peti Sejuk Kembali Seperti Baru

Haha, benda ni pun aku nak share tapi aku peduli apakan, blog aku ngeee.
Sebenarnya aku dah serabut tengok peti ais aku yang dah macam tongkang pecah.
Cuma nak cari masa untuk mengemas je tapi entah bila masa sampailah ke satu hari yang indah di mana aku punya banyak masa untuk mengemas peti ais ni.
Masa nilah nak tengok mana benda-benda yang dah expired, mana yang tak elok dimakan terus buang aje.
Jenuh jugaklah nak kemas sebab bila selongkar balik, baru tahu botol sos yang entah zaman purba mana pun tak tau duk ada lagi dalam peti aku ni.
Banyak jugaklah buat 5S.

Sampai habis aku kosongkan semuanya haha.
Sedap sikit mata aku tengok setiap kali bukak peti ais.
Tak adalah macam dulu rasa serabut kepala tengok macam-macam duk sumbat dalam tu huhu.

Telor yang selonggok banyak tu pun habis aku basuh bekas taik ayam.
Tak suka bau taik ayam dalam peti ais tu.
Yang botol kat bawah tu semua masih belum expired tapi kalau yg nak expired tahun ni, aku balon masuk tong sampah je.
Lesson learn form my friend, salah tengok tarikh. 
Dia ingat expired date 02122014 rupanya 2012014. Kalau korang tengok tarikh tu, keliru tak?
Sudahnya satu keluarga kawan aku tu dikejarkan ke hospital sebab keracunan makanan.
Mujurlah tak bawa maut. Huhu.. tu yang aku buat 5S mana yang tak pakai tu buang terus. 

Yang tempat ikan, sotong, udang semua pun aku habis kasi clear bersihkan.
Hari tu balik kampung, dapatlah sekilo sotong besar, udang galah dengan ikan dari Penyabung.
Seronok tu memanglah seronok tapi bila balik dah penat, manalah nak sempat siang ikan, sotong, udang semua tu? Sudahnya kerja lelaki senang je terus sumbat dalam peti ais.
Esok pagi aku bukak balik peti ais tu, nampak dakwat sotong yang sudah jadi ais melekat dalam tu.
Aduhai lemah betul aku bab kena cuci peti ais ni sebab segala benda semua nak kena cabut dan basuh.
Then nak buat semua tu kena ambil mood. Kalau tak memang berzamanlah peti ais tu berbau haha.
BUT NOW IT'S CLEAN! YEAY!!!

Pencarian Bloglist 2014/2015 by Tea & Coffee Lover

Siapa nak join, click je sini

Total Pageviews Yang Sangat Cantik Hari ni


Total pageviews yang sangat cantik untuk hari ni.
Sempat saya snap tadi hehe..
Siapalah pengunjung bertuah yang ke 123456 tu ya.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan menjadikan total pageviews yang cantik hari ni. 



Baju Raya Kami Sedondon Tahun Ni

Assalamualaikum,

Puasa pun belum start tapi dah cerita pasal baju raya. Okay, yang excitednya sebab aku tempah baju gaun muslimah untuk Zulaikha. Mak dia tak lawa tak kisah, janji anaknya lawa dan comel haha. Konon2nya tempah warna biru dan pink. Bila suruh test kat badan, bukan main seronok lagi menari. Yang kelakar, siap nyanyi lagu 'Let It Go' Apa kena mengena entah dengan Frozen hahaha. Agaknya tema warna biru tu yang buat dia rasa macam Elsa kot. Layan jelah anak dara aku sorang tu.

Ni baju raya pertama

Ni baju raya ke dua


 

 
Tengoklah betapa terujanya dia bila dapat pakai gaun tu. Bila suruh bukak baju tu nak basuh, dia tak nak.
Siap menari dan nyanyi lagu 'Let it go' yang macam aku cakap tadi, haha.
Sekali tengok dah macam diva dah anak aku ni haha.
Layan jelah keletah budak diva ni. Janji dia happy sudah.

P/S: Korang dah ada baju raya ke belum? hehe

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia