Ruang Iklan Untuk Disewa

Jahit Manik di Baju Sendiri

Assalamualaikum,

Dah berapa hari tak update? Huhu... Hari ni nak share cubaan untuk jahit manik kat baju sendiri. Ni semua gara-gara adik sy ler sbb dia dah mula menjinakkan diri dalam dunia menjahit. Dan aku pun dah tersampok tapi mula dengan jahit manik je dulu. Jahit baju belum lagi. Tunggu adik sy khatam dulu then dia pulak ajar sy.
Nak tau cam ne sy leh terjebak? Ni berlaku semasa sy teman adik gi usha2 mesin jahit kat bangi. Kat kedai tu ada banyak manik yg berwarna-warni. Tetiba timbul idea sbab ada beberapa baju kurung sy yg dah siap di jahit tapi tak de manik. Soooooo... sy pun dah rambang mata pi la pilih color yg matching dengan baju kurung cotton yang dah siap tu. Ambillah dua color biru muda dan purple. Tp dalam gambar ni manik biru sebab sy byk guna yang ni.

Jom kita tengok apa jadi hasilnya setelah sy tepekkan manik2 ni di atas baju. Kalau tak cantik jangan kutuk ye. Nama pun baru mencuba, baru nak jinak2 jahit manik. Hahaha!


Taaaaadaaaa!!! Inilah hasil separuh jalan. Dan sy rasa yg ni lagi cantik kot dari jahit yg siap sepenuhnya. Jom tengok apa dah jadi lepas siap jahit manik ni sepenuhnye?

Seeeee... burukkan dari yg atas. Gambar atas tu lagi ok kot dari yg cam padat beno mata sy tengok... Ni sy attached gambo dari atas pulak...

Seeee... tak de rupa kupu2 pon. Macam ketam tak de kaki pun ye... Huhu.. apa2 pun inilah cobaan pertama saya untuk jahit manik. Better try and error sampai jadi mahir. Then barulah dapat hasil yang terbaik. Betul tak?

p/s : Siapa yang dah baca, silala beri komen yg membina. Kotlah boleh improve lagi. Ada beberapa pasang baju lagi yg belum di tampal manik. =)





Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia