Ahah! Tengok tajuk, haaaa itulah yang KM nak cerita. 7 May 2015 genap sebulan KM berpantang dan baby Uzair pun genap 30 hari di NICU.
Sepanjang berpantang kat rumah tanpa baby di sisi, inilah kerja KM habiskan masa kumpul stok EBM sambil tengok movie kat toton. Habis semua dah khatam kecuali yang kena bayar tu, haha.
Dalam banyak-banyak drama kat tonton tu, KM suka layan Divorce Lawyers. Cerita dia banyak pengajaran dan kita boleh ambil iktibar dari situ.
Divorce Lawyers is one of the most popular Chinese dramas in Asia. Drama ni tidaklah terlalu serious dan adakalanya kelakar dengan gelagat dua pelakon utama ni.
Drama ni dibintangi oleh Yao Chen (Luo Li) dan Wu Xiu Bo (Chi Hai Dong). KM ringkaskan sinopsis dia ya.
Luo Li dan Chi Hai Dong ni dua-dua peguam penceraian yang hebat. Chi Hai Dong tak pernah kalah dalam perdebatan dia. Malah dia dah jadi otai dalam bidang perundangan ni. Kalau nak ambil kes pun, kes besar-besar. Kes kecil tak mainlah dalah kamus perundangan dia.
Macam Lio Li pulak, baru 3 tahun dalam bidang perundangan dan kata orang baru nak hiduplah tapi dia juga tak kurang hebatnya dan banyak kali menang kes.
Chi Hai Dong tak boleh terima dan terlalu jaga air muka. Jadi mahukan penceraian walaupun isterinya tak nak bercerai. Isterinya guna khidmat peguam Luo Li. Sementara Chi Hai Dong back up diri dia sendiri.
Di sebabkan isterinya degil tak nak bercerai walaupun dah curang, jadi Chi Hai Dong putar balik buat cerita dan kata yang dia yang curang walau hakikatnya tidak. Then barulah mahkamah putuskan mereka bercerai dan lepaskan semua aset harta dia pada isterinya.
Peguam Luo Li yang kebetulan baru putus dengan kekasihnya yang rupanya suami orang rasa puas hati dengan penceraian Chi Hai Dong dan menganggap telah selamatkan isteri Chi Hai Dong. Kira macam bagi dia lelaki semuanya sama jahat di sebabkan kes dia pun sudah terjerat dengan suami orang.
Dalam kes ni, KM dah faham polisi rumah tangga di negara China. Sebelum berkahwin, mereka kena buat perjanjian dahulu. Contoh sekiranya salah sorang dari mereka curang, makanya segala harta/aset akan di sedekahkan kepada pihak yang tidak curang. Jadi, fikir banyak kalilah kalau nak curangkan haha. Tapi ianya terpulang pada jenis perjanjian yang dibuat oleh pasangan tu. Kalau masing2 boleh dipercayai, perjanjian tak perlu buat.Setelah bercerai, Chi Hai Dong pun pindah ke condo yang mana dia berjiran dengan peguam Luo Li tanpa sedar. Dia terpaksa mula dari bawah semula memandangkan reputasinya jatuh merundum dengan kes penceraiannya. Banyak syarikat ternama tarik balik kontrak perundangan dari firmanya sebagai firma guaman syarikat. Hinggalah dia terpaksa mengalah dan ambil kes2 kecil.
Sepanjang menjadi jiran Luo Li, Chi Hai Dong banyak bekerja sama berdua dalam menyelesaikan kes2 rumah tangga klien. Kadang tu dia orang berdua sendiri menjadi wakil bagi pasangan klien masing-masing.
Asalnya Chi Hai Dong bersikap sinis dengan Luo Li, tapi lama kelamaan dia jadi seorang yang nice dan selalu bagi muka pada Luo Li. Hinggalah satu masa tanpa sedar masing-masing dah jatuh hati antara satu sama lain.
Chi Hai Dong ni sejak jatuh bankrup, ramai yang bersikap dengki dengan dia. Hingga bekas pembantu dia pun buat dajal kat dia sampai menyebar fitnah dalam internet yang kononnya Chi Hai Dong pecah rahsia klien. Hampir2 lesen guaman Chi Hai Dong di tarik.
Mujurlah Luo Li bijak dan tolong Chi Hai Dong dalam diam selesaikan masalah lelaki itu. Akhirnya bekas pembantu Chi Hai Dong terkantoi sebab Luo Li telah rakam segala perbualan bekas pembantu Chi Hai Dong sebagai bukti.
Part ni, KM rasa tak gemar kat orang tak kenang budi. Chi Hai Dong banyak ajar macam mana nak jadi peguam yang berjaya pada bekas pembantu dia tapi bila bekas pembantu dia dah jadi peguam di firma guaman lain, dia jadi lupa diri dan bersikap sinis dan berlagak. Siap nak kenakan semula Chi Hai Dong (bekas bos dia) supaya jatuh tersungkur dengan membusukkan nama x bos dia. Memang jahat giler ini orang. Rasa nak hempuk2 je muka dia kalau jumpa haha. Nasib baik ni berlakon je tau. Tapi KM puas hati di akhir cerita ni lesen guaman bekas pembantu Chi Hai Dong di tarik balik sebab main kotor.
Chi Hai Dong ni asyik di kenakan je. Memang kesianlah. Bekas isteri dia pun nak kenakan dia semula. Konon nak balik semula pada dia tapi setiap kali bekas isterinya jumpa dia mesti balik rumah kena belasah dengan kekasih.
Yang ni KM nak cakap padan mukalah. Dah dapat suami sikit punya baik macam Chi Hai Dong tu dia pi main kayu tiga kat rumah dengan lelaki lain (kekasih dia). Lepas bercerai, duduk sama, baru tau kekasih dia tu jauh lebih jahat dari Chi Hai Dong sebab kaki belasah perempuan.
Kekasih bekas isteri Chi Hai Dong ni phsyco giler.
Yang menariknya setiap kali dikenakan, pasti Luo Li tolong backup dia. Dalam diam rupanya Luo Li tu ada hati dengan Chi Hai Dong. Dan begitu juga sebaliknya dengan Chi Hai Dong. Sayangnya masa mereka dah suka sama suka, Luo Li ajak Chi Hai Dong kahwin tapi Chi Hai Dong menolak dengan baik. Alasan dia tidak percaya pada perkahwinan selepas penceraiannya dengan bekas isteri. Dia tunjukkan satu cincin ekor di jari kelingking yang menunjukkan dia takkan berkahwin sampai bila-bila.
Akhir cerita ni waktu Chi Hai Dong kemalangan jatuh bangunan semasa menyelamatkan bekas isteri dari di bunuh kekasihnya, Luo Li yang jaga Chi Hai Dong di hosp selama seminggu koma. Luo Li menangis dan mengharapkan Chi Hai Dong sihat kembali.
Paling sedih part masa Luo Li cakap kat Chi Hai Dong walaupun Chi Hai Dong sakit atau lumpuh ke, dia sanggup jaga lelaki itu sampai bila-bila yang penting Chi Hai Dong sudi kahwin dengan dia.
Chi Hai Dong sedar lepas dengar luahan Luo Li tu. Dia terus cabut cincing ekor perjanjian dia tu dan terus sarung cincin di jari Luo Li dan ajak berkahwin. Oh, sedih part ni.
Happy ending, mereka pun berkahwin.
Silalah tengok drama ni ada 46 episod.
Sekian terima kasih.
Bye.