Ruang Iklan Untuk Disewa

#4 Ranking Alexa karyamahirah.blogspot.com,


Hari ni terajin pulak nak buat perbandingan ranking alexa ni.
Alhamdulillah... ranking makin melonjak naik.
Pada 17/7/2014 ranking KM di tempat ke 14,079k
Pada 24/7/2014 ranking KM telah melonjak ke atas menjadi 11,730k
Aku amat berterima kasih pada korang yang selalu jeguk blog KM yang tak seberapa ni.
InsyaAllah, KM akan perbaiki lagi entry supaya korang tak jemu membaca dan singgah blog KM


Sekian.

Dapat Hadiah Kerongsang Dari Big Bos


Alhamdulillah...
Tengah tersengguk-sengguk buat kerja menghadap komputer, tiba-tiba datang seorang Secretary sambil membawa seguni harta karun haha.
Dikeluarkan sekotak cantik macam dalam gambar di atas dan letak kat atas meja aku.
Yang aku ni pun terpinga-pinga duk pandang kotak tu tanpa bertanya.
Bila dah sedar diri, terkebil-kebil "eh-eh kotak apa ni?" baru aku tanya balik kat Secretary tadi.

Aku : "Apa benda ni wei?"
Secretary : "Kerongsang Cik Ina Bagi."
Aku : "Hah?! Betul ke ni?"
Secretary : "Tak payah tanya, ambik je orang nak bagi."
Aku terus bukak dan tengok isi dalamnya.
Mula-mula dapat warna purple, terus segar mata aku dan datang rapat kat dia yang tengah bawak guni tu.

"Boleh aku pilih? Hehehe..." Muka sengih.
Member pandang. "Erm.. dengan korang je boleh pilih. Cepat sikit."

Hahaha... akhirnya aku dan dua tiga orang lagi kawan office menukar dengan suka hatinya.
Benda-benda macam ni memang buat mata aku segar dari mengantuk.
Dan aku pun memilih kerongsang di atas.
Cantik tak korang?
Kerongsang ni kerongsang raya.
Kerongsang ni jugak aku wajib pakai di jamuan hari raya division aku nanti.
Melaram dengan penuh bergayalah gamaknya.
So, itu sahaja nak cerita,
Daaa~~~



Ressepi : Basil Chiken Olio

  

Bila pak wan kerja petang, inilah menu aku dan Zulaikha.
Sebab apa aku pilih menu ni? Sebab sangat simple dan mudah.
Aku kalau tanya Zulaikha, nak spaghetti ke tak? Dia jawab ok je sbb memang fav dia jugak hihi.
Padahal mak dia ni yang malas nak masak.
Yalah, suami tak dak mana ada feel nak makan banyak. (poyo je si mahirah nikan?)
So, aku pun masak jelah olio chiken basil.



Macam biasalah, bahan-bahannya

Serbuk parsley
Lada hitam
Lada putih
Serbuk basil
Chili ground
Garam
Beger ayam - sekeping cukup dan cincang
Spaghetti - rebuslah
Bawang - potong dadu

Cara masak mudah je

Spaghetti :
1. Korang agak-agaklah berapa orang nak makan.
2. Korang celur dulu dengan air dalam 3 minit macam tu nak bagi lembut.
3. Korang rebus dalam air letak garam sikit.
4. Dah lembut, angkat dan toskan.

Rencah nak masak pulak:
1. Korang tumiskan bawang tu dengan minyak sampai naik wangi
2, Korang masukkan burger ayam yang dah di cincang pulak dan masakkan sampai naik bau.
3. Kemudian korang masukkan spaghetti yang dah di tos tadi
4. Korang masukkan pulak serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk basil, serbuk parsley, chili ground dan garam sikit
5. Korang gaulkan hingga rata dan sebati
6. Siap, hidang dan makan

SELAMAT MENCUBA

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia