Zulaikha Kena Asthma

Assalamualaikum,

Balik kerja macam biasalah pergi ambil anak dulu kat tadika. Tengah happy2 nak sambut anak depan pintu tadika, tiba-tiba cikgu dengan muka serius bagitau,

"Zulaikha batuk teruk mahirah, dia muntah kahak banyak. Asyik batuk je dari tadi."

Aku terdiam. Dalam hati dah terdetik bila tengok dada Zulaikha nafas dengan laju dan tercungap-cungap sikit. Erm... kalau budak ni batuk mesti + sekali dengan asthma. Balik rumah terus wassup encik suami kat group wassup family.

"Abang, balik cepat, Zulaikha batuk selsema + kena asthma. Malam ni kena pergi ambil neb."

Aku yakin encik suami tak tengok wassup dia sbb tu aku sengaja wassup dalam family group dia supaya kalau ada adik beradik dia terbaca tolong la sampai. Awalnya tiada respon. Memang ku dah agak. Then ku terus wassup pada adik beradik ipar.

"Tolong siapa-siapa jumpa iwan nanti tlg inform dia ya."

Kebetulan tempat kerja encik suami memang dekat kampung. So sebelum pergi kerja, encik suami akan balik kampung dulu untuk parking kereta dan masuk tempat kerja dia akan naik motor. Dah tentu jumpa adik beradik dia kat sana.

Lebih kurang pukul 6pm encik suami respon. Tak jadi dia nak main takrow bila dengar anak kena asthma. Bukan tak bagi dia main, nak suruh standby je. Rupanya memang betul, bila dah malam Zulaikha terus kena asthma. Kita orang terus bawak dia pergi ambil neb, sedut gas. Secera fizikalnya, Zulaikha memang nampak aktif dan sihat tapi dalamannya dia kepenatan. Kami yang tengok ni rasa kesian.

Dalam kul 8pm, kita orang terus bawa Zulaikha ke klinik Fuziah. Tak taulah dalam banyak2 klinik, klinik fuziah yang aku paling suka. Memang masa check up mengandung dulu pun aku pergi klinik Fuziah. Zulaikha pun serasi dengan ubat klinik Fuziah. Padahal ubat sama je. Kat taman seroja pun ada klinik juga, klinik Nazam tapi tak taulah kenapa aku tak suka pergi sana. Psycho betul, haha.

Okay, dah sampai klinik Fuziah, mak datuk ramai manusia. Tengok manusia bukan orang malaysia. Aduhai, pasrahlah dengan keadaan. Mungkin musim sakit kot. Tapi bila ku teliti semula pesakit2 warga asing tu, aku jadi pelik. Yang ambil ubatnya cuma sorang, tapi yang tukang teman tu dekat sedozen. Adoi, kecohnya. Bila mereka dah keluar, barulah klinik tu rasa aman balik.

Pembantu doctor tanya, nak ambil nab dulu ke? Aku cakap bolehlah sebab budak macam penat je nak bernafas. So, kita orang dipanggil untuk masuk ke bilik dua. Zulaikha macam dah tau je kena buat apa. Dia duduk atas kerusi, then pakai sendiri topeng gas tu. Memang dia suka ambik neb tu. Katanya sejuk je hidung. Haha... masalahnya dia tak tau apa sebab dia kena amik neb tu. Entahlah... bila pandang muka si kecik ni, rasa sayu sebab terlalu kerap sangat dia ambil neb dari awal tahun hingga sekarang.

Bila dah selesai, kita orang tunggu giliran untuk jumpa doc pulak. Doc check rekod Zulaikha dari awal tahun dan buat kesimpulan dia memang ada asthma dan sepatutnya doc dah suruh dia refer ke specialist untuk ambil inhaler. Muka aku cuak juga. Takkan sebegitu serius anak aku kenakan? Sampai perlu guna inhaler? Tapi aku rileks dan tenang sambil dengar doctor bagi xplaination. Akhirnya, doctor buat surat referral letter ke hospital putrajaya untuk check up lebih lanjut. Dan bermulalah episod temujanji dengan doc specialist.

Jujurnya aku susah hati. Yalah, hati ibu mana yang tak tenang bila tengok anak dia tak sihat? Lagi pulak kena asthma. Aduhai... tak terucap susah hati ni. Yang paling rungsing sekali sebab anak aku susah betul nak makan ubat. Paksalah macam mana pun bersilat sampai mak ayah dia terseliuh tangan dibuatnya. Dengan cara apa lagi nak bagi? Aku cuma mampu berdoa supaya anak aku cepat sihat. Hanya pada Allah aku berserah.


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia