Blogwalking Sempena RAMADHAN 1435H


Haaa... meh tengok sini.
Nampak ke tidak?
Kak Ayu Insyirah ada buat segmen blogwalking ni.
Siapa nak join, sila tekat benner kat atas tu ya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Tamatnya SABTU 26/7/2014 jam 10.00 malam
INGAT YA TAMANNYA SABTU 26/7/2014 JAM 10 MALAM



Tertukar Skirt Sekolah Dengan Kawan

Assalamualaikum,

Erm... dah baca tajuk? Haha itulah yang ku nak ceritakan. First timer jadi ibu kepada seorang anak yang bersekolah dan first timer jadi kat aku, skirt sekolah anak bertukar2. Masalahnya mak budak yg anaknya terbawa balik skirt Zulaikha tu tak pulang2kan sampai ke hari ni. Entah apa dibuatnya dengan skirt anak aku tu pun tak taulah. Itu kali pertama hilang, belum jumpa lagi yang skirt pertama, dah hilang skirt kedua pulak.

MashaAllah...

Punyalah hilang sabar dibuatnya. Apa kejadalah si Zulaikha pergi sekolah tak pakai skirt???? Next day datang sekolah, aku mintak tolong kat cikgu tanyakan pada mak ayah budak lain. Kot-kotlah ada yang jenis berat mulut nak bagitau cikgu kata anaknya terbawa balik skirt anak orang lain. Hurrmm.... kalau tak jumpa, tak pasal nanti kena beli uniform Zulaikha sepasang lagi. Okay, skirt pertama yg hilang tu belum jumpa lagi, dah hilang skirt kedua pulak. Yang ke dua ni pulak bertukar dengan seluar budak lelaki. Next day, aku pulangkan tapi aku ckp kat cikgu, tolong dapatkan segera skirt Zulaikha tu. Aku rasa macam tak complete nak sarung pakaian sekolah kat Zulaikha. Gigih cikgu mencari, akhirnya dapat balik sehelai tapi skirt yang pertama tu sampai ke sudah tak jumpa. Huh!


Aku tak putus asa. Haha... hambik dapat mak macam aku ni memang pening kepala cikgu dibuatnya huhu. Aku tanya lagi pada cikgu dah jumpa ke belum skirt dia tu? Baru beli, sekejap je hilang kat sekolah. Rasa ralatlah hati ni. Belum suku tahun lagi guna. Sudahnya, cikgu rimas agaknya dengan soalan aku petang tu tiba-tiba ada pulak skirt yang dah lama hilang tu. Cikgu pun bagi bungkusan plastik berisi skirt. Aku tak check dan terus bawa balik. Skirt tu aku basuh, keringkan dan gosok. Masa aku nak gosok tu baru aku perasan warna skirt dia dah pudar. Aku compare dengan skirt satu lagi yang masih cantik color dia. Ya! Memang sah bukan skirt anak aku. Nak tau skirt tu kepunyaan Zulaikha atau tak, senang je. Jahitan pada pinggang tu aku guna benang maron. Sama color dengan baju dia. 

Jadi, aku pun check pada jahitan pinggang, benangnya warna putih. Memang sahih le bukan skirt Zulaikha kaedahnya. Si Zulaikha ni ramping sikit, so aku jahitkan dengan benang maron supaya tak londeh bila dia pakai. Hurrrm... skirt siapa pulak yang cikgu ni bagi. Next day datang sekolah aku hantar Zulaikha macam biasa, tiba-tiba aku perasan ada sorang budak tu pakai seluar jeans. Aku kenal budak tu adalah anak cikgu. Tiba-tiba aku terfikir, agaknya skirt yang Zulaikha pakai tu anak cikgu tu punya tak? Hahaha... masa melangkah ke kereta tu terus aku senyum geleng. Aduhai cikgu. Aku malas nak komen banyak. Pakai jelah apa yang ada. Karang kalau komen banyak, lagi pening cikgu tu aku buat haha.

Cuma peliknya, ke mana pergi skirt Zulaikha tu ek?



Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous


Nampak benner GIVEAWAY di atas tu?
Bestkan? Kalau best, joinlah.
Click banner tu ya, dia akan terus bawa anda ke blog tuan tanah.
Tamat pada 23 Julai 2014
Umum pemenang 25 Julai 2014

Alamak, tuan punya giveaway mintak ceritakan pengalaman masa bulan Ramadhanlah.
Sejujurnya masih awal lagi untuk aku ceritakan the best pengalaman dan baru seminggu kita berpuasa untuk tahun ni.
Dan aku dapat rasakan the best pengalaman dalam bulan Ramadhan adalah waktu dah nak dekat-dekat raya tu, dimana semua adik-beradik berkumpul kat kampung dan duduk di hadapan TV sambil menunggu pengumuman raya.
Itulah detik paling best yang aku pernah rasa. Hehe..


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia