Ruang Iklan Untuk Disewa

Lenovo vs Samsung

Assalamualaikum,

Secara jujurnya saya dah mula jatuh cinta dengan Lenovo. Dari segi spec dia, body dia, jenama dia, semua saya dah mula suka. Malah bagi saya Lenovo lebih baik dari Samsung ya. Itu kenyataan dan ia pendapat peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan kedua-dua jenama.

1. Harga. Smartphone Lenovo menawarkan perbagai model dari harga sangat rendah bagi sebuah device android. Model paling maju pun masih lagi dikategorikan berpatutan jika dibandingkan dengan performance jenama lain.

2. Screen. Saiz screen model-modelnya sangat bersesuaian dengan penggunaan untuk mobile data. Boleh usrf internet, facebook dll. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil.

3. Batery. Dengan fungsi penjimatan batery sedia ada dan kapasiti bateri yang besar semua modelnya mampu bertahan dengan penggunaan 3G yang maksimum.

4. Performance. Jarang dengar lenovo stuck atau hang jika dibandingkan dengan jenama terkenal yang lain. Walaupun menggunakan pelbagai aplikasi serentak.

Kesimpulannya ia adalah produk yang mempunyai performance yang tinggi tetapi harga yang berpatutuan.

Kepada korang yang dah jatuh cinta pada smartphone Lenovo ni dan korang decide nak beli tapi korang tak tau series2 apa yang best untuk korang guna, kat sini saya boleh share apa kelebihan-kelebihan yang ada pada model-model smartphone Lenovo ni. =)

K series:
Premium, Ultra-Slim Smartphones
State-of-the-art smartphones featuring the latest processor, display and camera technology

S series:
Elite Entertainment Smartphones
Sleek smartphones designed for video, music and gaming with powerful processors, high resolution displays, and studio-class audio

P Series:
Professional smartphones with Epic Battery Life
Extra long battery life, IPS displays and powerful processing will keep you connected on the road and in the office.

A series:
Action series smartphones for the young doers
Entry level smartphones with extensive feature sets offering a great experience at a low price.

Dalam erti kata lain,

K - Hi-tech, CPU power, kualiti power gila
S - Style, hiburan termasuk kamera
P - Performance, tahan lama, batery power
A - Action, gamers confirm ramai gila pilih yang ni

Dan, korang nak tau atara di atas saya pilih yang mana? Hehe... saya beli series A. Serius cakap mmg best! Superp! Bayangkan saya guna FB, game, google, insta, tweet, tukar2 window dgn jayanya tak pernah hang langsung. Baterry tahan lama. Dah rasa macam Iphone pun ada. Haha!

Berbanding saya guna samsung note dulu, kadang2 tgh syok berFB boleh close window serta merta. Saya guna google, tengah baca hang tiba-tiba. Wah, boleh stress woo bila kenangkan function samsung dulu. Sampai batery pun boleh kembung dan meletup.

Percayalah, masa saya pergi beli hari tu, salesman cakap, samsung dah mula jatuh dan lenovo dah mula naik. Ramai orang cari lenovo dari samsung sebab kualiti dia sangat bagus dan berbeza dari samsung. Bukan nak cakaplah, korang boleh fikir sendiri, kalau dah ada smartphone yg lebih berkualiti dan harga jauh lebih murah, buat apa korang nak spend duit lebih untuk smartphone yang korang dah tau atau dah dengar masalah2nya dengan harga yang sangat mahal??? heeee... =)

Smartkan? hubby saya dah jatuh cinta dengan smartphone ni.
Harga??? RM839



Nipis gila smartphone ni. S960 Harga??? RM1299


Yang ni lagi smart Lenovo K900 harga??? RM1499


Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh google sendiri ya hehe. Saya cuma bagi mukadimah je pasal smartphone Lenovo yang tengah naik sekarang.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia