Ruang Iklan Untuk Disewa

Doa Untuk Keselamatan Dunia Dan Akhirat

Assalamualaikum korang!

Di petang yang mulia ni aku tak dapat nak update entry ke tiga.
Aku ada task nak kena buat dan malam ni kena siapkan.
Esok dah kena submit draft.
Jadi aku nak share dengan korang satu doa ni.

Haaaa doa apa yang aku nak share tu?
Doa untuk keselamatan dunia dan akhirat.
Korang baca ni setiap selepas solat.
Atau lebih bagus amalkan sentiasa di mana je tau.
InsyaAllah kita sentiasa di jaga Allah di dunia dan akhirat.

Okay, aku buat kerja dulu.
~Daaa~




Haaa... Bakar Sampah Lagi! Kan Dah Merebak Terbakar!


Assalamualaikum korang!

Adoihai... buat cuak betullah pakcik pak wan kat kampung tu.
Tengah duk syok-syok bakar sampah di satu hari yang nyaman tu, tetiba tanpa sedar api dah berebak sampai ke belakang rumah kampung kita orang.
Ni pun kita orang dapat wassup dari kakak pak wan.
Haaaa hambek ko jenuh nak memadam. 
Nasib baik tak terbakar tau rumah kampung pak wan tu.
Kalau tak, tak berumah kita orang.
Di sebabkan bako sampah je, api menjalar ke rumput2 kering.
Habis kebun sawit kat belakang rumah tu.


Kalau tengok ni banyak tau yang merebak.
Nasib baik abah pak wan memang ada standby tempayan air biru kat luar rumah tu.
Haaa mengangkutlah air dari situ.
Dalam tengah2 cuak kat dalam wassup tu, boleh pulak adik pak wan yang bongsu tu buat lawak.

"Kita orang masuk TV tadi. Karam Singh datang buat liputan berita tentang kebakaran ni."
*Ayat skema okeh.*
"Hanya kerana selonggok sampah, kebun sawit habis terbakar."
*Syengal! Tampa taulah. Tak tau  ke yang akak abang ko ni susah hati? Lagi mau buat lawak huh!*


Tengoklah korang, habis semua dijilat api. Jenuh gaklah nak angkut air padam semua. Sebab tu orang cakap jangan bakar sampah suka-suki. Di bakar pulak waktu tengah hari yang panas terik. Haaaa kan dah merebak terbakar. Jenuh asap masuk dalam rumah.


Moral of the story.
Cintailah alam sekitar!
Eh, boleh tak tagline cam gitu? Haha!

Ok bye!

Wordless : Sebaik-baik Sedekah...


Assalamualaikum korang!

Sukanya aku nak share pesanan kat atas ni. Mula-mula aku ingat nak buat tajuk entry Wordless Thursday je tapi lepas minum kopi je, tetiba idea datang bertubi-tubi kat kepala hahaha!
Hihi! Aku suka betul mengolah cerita dari gambar atau kenyataan, walaupun sebenarnya korang dah faham.
*Cewah! Aku ni macam pakar terjemah pulak ya! Bluek!*

Okeh, apa yang aku boleh terangkan tentang kenyataan di atas?
Sedekah yang lebih sempurna ialah bila kita ringankan mulut bertanyakan segala hal perbelanjaan dapur ibu bapa kita dan beri sedikit belanja kepada mereka.
*InsyaAllah! Yang ni memang confirm rezeki kita melimpah luah, trust me! Sebab memang sudah alaminya dan alhamdulillah syukur sangat2!*

Serta ringankan mulut bertanya pada adik-beradik kita sama ada mereka senang atau susah. Sekiranya mereka dalam keadaan susah, maka haruslah kita yang senang ni kongsi sedikit rezeki yang mungkin sebahagiannya layak mereka terima.
*Yang ni aku setuju dengan syarat dia betul-betul memang susah dan memerlukan bantuan kita.*

Okeh, kenapa aku cakap macam tu?
Sebabnya setelah mendengar luahan dari beberapa sahabat, saudara mara, jiran tetangga, rata-ratanya yang bercerita, ada segelintir golongan manusia yang kesusahannya hanya dibuat-buat.
*Haaaaa... apa yang kau merepek ni mahirah oi??? Cepat sikit, penat orang nak membacanya ni.*

Contohnya macam ginilah aku combinekan cerita:
Dia tau yang hidup dia cukup-cukup makan tapi dia sanggup guna istilah 'biar papa asal bergaya'. Lepas tu tayang2 bagi semua orang tengok. Bila duit dah habis kat tangan, sanggup pergi menjaja kat orang lain pinjam duit nak beli beras, beli lauk nak makan dan at the end hutang keliling pinggang dan tak mampu nak bayar. Sedangkan, orang sekeliling boleh nampak, dia guna astro 'beyond' RM150 sebulan, padahal boleh je cut off jadi RM50 sebulan dah boleh jimat RM100 kat situ. Beli gadget I Phone RM2k, sanggup berhutang bulan-bulan bayar guna credit card. Padahal boleh je beli handphone lenovo harga RM500 cash. Dah boleh jimat RM1500 kat situ. Rumah pakai air-con sampai bil api RM200++, padahal boleh je dia tak guna air-con, guna kipas dah boleh jimat RM100 kat situ. Budget ciput ni, sanggup buat loan sambung rumah belakang depan. Alih2 terpakai pulak duit sambung rumah tu, dah terbengkalai rumah tak siap2 sebab tak bayo hutang contractor. Lepas tu mintak simpati adik beradik, saudara-mara, kawan-kawan nak pinjam duit untuk sambung rumah. Sampai dah jadi keselesaan pula meminjam wang dari semua orang. Sampai orang pun naik menyampah dah.

*Korang rasa-rasalah, ada ke orang nak bagi pinjam atau sedekah duit kalau begitu gaya hidupnya? Dia yang create hidup dia jadi susah. Kesusahan yang dia tanggung tu terjadi sebab kesilapan dia yang tak pandai manage kewangan.*

~Ehhh, ini contoh aje tau. Kalau ada kena mengena dengan sesiapa pun mungkin kebetulan je. Ngeeee...~ (^^,)

Mesej yang tersimpul:
Makanya di sini, berilah sedekah kepada yang betul-betul sangat memerlukan bantuan kita.
Yang penting utamakan ibu bapak kita. (^^,)
Bukannya kepada yang suka membazir tak tentu pasal.

~Sekian itu je yang nak dicerita~
~daaa~

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia