Bilalah KM Nak Free Visit Korang Ni?

Assalamualaikum korang!

Maaflah, KM sibuk lately ni.
Tak dapat nak kerap sangat singgah ke blog korang.
Kalau tak, biasanya satu blog dua tiga entry KM hentam komen hehe.
Korang jangan kata KM malas nak blogwalking tau.
Korang doakan je supaya KM free masa untuk visit korang ya.

KM pun rindu nak singgah baca blog korang.
Masa sangat mencemburui kita.
*cewah, nak muntah dengarkan? haha*
Banyak sebenarnya nak share cerita dengan korang tapi masa nak cerita tu tak ada.
Haish, bila KM nak free masa ni.
Seronok menulis blog ni.
Oklah, nanti borak lagi.
Daaaa

Kata-kata untuk hari ni.

Yeay! Dapat Hadiah Dari Mama Ka0ri

Assalamualaikum korang!

Kali ni aku nak update pasal hadiah lagi.
*Tak habis-habis ko ni dengan hadiah ek mahirah?*
Alhamdulillah, rejeki, jangan di tolak, musuh jangan dicari.
Orang nak bagi hadiah, aku terima dengan berbesar hati.
Cewah!

Okeh, sambung balik.
Nak tau aku dapat hadiah shawl dari siapa pulak kali ni?
Haaa... korang kenal Mama Ka0ri?
Kalau tak kenal, korang click blog Mama Ka0ri ni dan akan dibawa terus ke blog beliau.
*Kenapa tiba-tiba si mahirah ni dapat hadiah dari mama ka0ri pulak?*

Hehehe...
Yang sebenarnya hadiah shawl yang aku terima ni adalah tanda ucapan terima kasih.
Baru-baru ni, mama ka0ri ada masalah pada komputer beliau dan minta bantuan bloger untuk selesaikan masalahnya.


Dan tak sangka sedikit ilmu yang aku ada ni dapat menyelesaikan masalah beliau.
Jadi sebagai tanda penghargaan, beliau hadiahkan aku shawl comel ni.
Kalau korang nak tau cerita selanjutnya, korang boleh click SINI

Taaaddaaa!! Parcel dah sampai.
Zulaikha yang excited nak bukak bila nampak parcel tu kat tangan aku.


Dan inilah shawlnya.
Serious, cantik corak bunganya.
Mula-mula aku yang nak try, sekali mak jemah ni sibuk suruh pakaikan shawl ni kat dia.

Ehm... tengoklah mak jemah tu melaram sakan.
Baik korang puji dia sekarang. Kalau tak, muncong je molot tu hahaha.
Siap suruh aku letakkan pin bunga kat kepala lagi tu.
Katanya nak tiru macam mama.
Copycat sungguhkan? haha.

Akhir sekali nak ucap terima kasih banyak-banyak kat mama ka0ri di atas pemberian ni.
KM suka shawl ni! Ngeeee...

Oklah, itu je nak cerita
daaa.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia