Ruang Iklan Untuk Disewa

Giveaway Merdeka Lestari

Giveaway merdeka,Kasihlestariabadi,2014

Siapa nak join, boleh click banner tau.

TAMAT 31 Ogos 2014

To Aini, akak dah betulkan dah.

#8 Ranking Alexa karyamahirah.blogspot.com,

Assalamualaikum,

Sesaje nak check pagi tadi hihi.



Global Rank
744,280

Rank in Malaysia
4,294

Sumber klik SINI

Nak tengok ranking KM sebelum ni, klik sini.

Segment Blogwalking : When I Was A Kids By Aina Akmal


Siapa nak join sila join.
Kita support bloger comel ni punya segmen ya.
Clik banner

TAMAT 1 September 2014

Nak cerita pasal zaman kanak-kanak?
Haha... dah 30 tahun berlalu, ingat lagikah aku?

Masa aku sekolah rendah dulu, aku ingat masa tu nak salin baju sebab ada PJK. Masa tengah salin baju kat toilet tu, tetiba budak-budak lelaki takutkan kita orang dengan suara hantu. Korang bayangkan mencicit lari keluar masing-masing. Dengan ada yang pakai separuh baju je. Mujurlah masa tu masing-masing budak-budak lagi. Budak tak budak, malu jugak la kawan kita orang tu haha.
Masa sekolah menengah pulak pelajar lelaki duk main spirit of the coin kat belakang di waktu tengah hujan kilat ribut petir. Yang aku ni ada takut, ada berani tapi kalau dah dalam suasana kilat petir, lebih baik aku duduk kat tempat dan tengok dari jauh. Kang tak memasal kena panah petir haha.
Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi aku cerita setakat ni jelah ya.
Bila rajin nanti aku buat satu entry khas cerita pasal masa kanak2 haha.
Ok bye!

USB Mini Fan Dah Sampai!

Assalamualaikum korang!

Haaa aku excited ni.
Excited sebab kelmarin USB Mini fan yang aku beli tu dah sampai.
Dah lama ko, aku tunggu kehadirannya.
Rupanya minggu ni baru nak sampai, huh!
*Kejadahnya si mahirah ni beli kipas USB pulak? Apa kat rumah tak ada kipas ke apa dia ni?*


Hahaha!
Memanglah kat rumah aku tu ada kipas.
Masalahnya bilik aku ni kalau belah petang, sikit punya cantik matahari focus ke rumah kami.
Paneh kot bila pancaran matahari petang masuk ke bilik.
Ko pasanglah kipas ke, ekon ke, memang tak dapat cover nyer kebahangan matahari tu haha.
Habis segala vitamin a b c d e f g sampai z pada latptop aku (^^,).
Berpeluh tau makcik bedah ni duduk hadap laptop tu.
*Eleh, ni baru panas kat dunia mahirah oi, kat neraka besok lagi panas.*
Krik Krik Krik
Baiklah!


Taaadaaa!! Inilah USB fan tu.
Aku dah try pasang kat sebelah laptop tau.
Nampak simple tapi angin dia kuat wooo.
Letak kertas pun boleh terbang jugaklah dua tiga helai.

Kalau korang nak tau, sebelum ni aku pernah beli dua jenis USB fan tau.
Satu bladeless yang bunyi dia bapak bising giler.
Arrrghh! Kalau ingat balik, menyesal beli tau!
Bladeless fan tu aku beli untuk letakkan kat office sebab ekon office kita orang ni kadang2 sumbat.
Nak tengok gambonya? 
Haaa nilah dia.
Udah ler, korang tak payahlah nak terpengaruh dengan kecantikan rupa paras dia.
Luaran memang cantik tapi dalaman hampeh.
Angin tu memanglah rasa, tapi bising tu yang tak boleh diterima.
Tak tenang aku nak buat kerja wei.
*Bunyi gedek-gedek-gedek-gedek kat telinga.*
Rasa nak campak masuk tong sampah je.
Haaa... tapi sekarang memang dah sadakallah le.

Okeh, untuk puaskan hati, aku beli pulak tower fan USB.
Aku ingat tower fan ni dapatlah menyelamat masalah kepanasan aku kat office.
Sekali dia ni pun dua kali lima jugak bisingnya!
Dush! Dush! Dush!
Lagi sekali aku rasa menyesal beli.
Awatlah blade dia memekak nauzubillah?
Nak tengok rupanya?
Haaa ni lah dia.
Cantik tu memanglah cantik tapi indah kabo dari rupa.
Udahnye aku beli je yang jenis besi habis cerita.
Dan bila aku compare ketiganya, USB mini fan besi lagi bagus dari 2 kipas kat atas ni.
Bladenya tak hasilkan bunyi bising.
Yang penting blade dia besar dan hasil angin memuaskan.
Sekian, itu je nak bebel.
~Daaa~

Pepagi Pekena Vico/Milo Pun Sedap Jugak

Assalamualaikum korang!

Alhamdulillah... aku dah sampai tempat kerja dah pepagi buta ni.
Haaaa... korang dah sarapan ke belum ni?
Kalau belum, aku nak belanja ni. Hi hi hi! (^^,)
Ala... aku belanja minum Vico je.

Haha... pagi-pagi biasanya korang sarapan apa?
Nasi lemak? Roti canai? Ke tak makan langsung?
Eh, tak elok tau kalau tak ambil sarapan.
Sekurang-kurangnnya kita kena alas perut sikit.
Takut nanti rendah metabolism.
Dan bila tiba waktu lunch, mesti kita akan rasa lapar dan akan makan dengan banyaknya.



Haaaa... nampak tak air coklat kat atas tu?
Nampakkan? 
Tapi aku bukan nak tunjukkan cara-cara nak bancuh air coklat tu kat korang. Hahaha!
*Ada jugak kena pelempang si mahirah ni karang.*

Aku cuma nak story2 je kat korang yang biasanya inilah sarapan aku setiap pagi.
Hanya pekena secawan Vico atau Milo.
Lepas tu, dicicah pulak dengan biskut atau cornflake.
Pergh! Simplekan?
Sarapan aku ni macam orang ikat perut hujung bulan je gamaknya hahaha!
Tapi trust me! 
Memang inilah sarapan aku setiap pagi.
*Eh, iya ke ini mahirah? Bukan hari tu ko ada mencekik nasi lemak ke pagi-pagi?"

Erk? Owh... itu sebulan sekali daaaa... bukan hari-hari.
Sesekali nak tukar selera, apa salah nya kan?
Gile ko, makan nasi lemak hari-hari.
Bam-bam aku nanti.
Tak memasal kolestrol tinggi, takutlah aku huhu.



Cicah biskut pun selera hidup wei.
Makanlah dalam 7 keping ke janji perut kenyang.
Lepas tu, ko bedal lah balance air coklat tu sampai habis.


*Iklan sebentar*

V.I.C.O => VICO!
MILO => Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat!
(^^,)

Oklah, itu je nak merapu pepagi ni.
Korang layan jelah entry ni ya.
~Daaa~



Segmen Raya 2014 By Bella Din


Haha.. pepagi subuh aku ajak korang join segmen.
Siapa nak join, sila join ya.
Klik je banner di atas.

TAMAT 5 Oktober 2014

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia