Minggu Ni Zulaikha Demam

Assalamualaikum...

Minggu ni Zulaikha demam.
Sekarang alhamdulillah... mudah pulak pujuk dia makan ubat guna sudu.
Walaupun makan masa 15 minit nak pujuk dia suap ubat tu tapi at least berjaya juga.
Dia kerap demam malamlah sekarang.
Risaunya hati KM ni.

Di kala kami planning nak balik kampung, Zulaikha pulak tak sihat.
Serba salah pulak rasa, nak balik ke tak nak balik.
Nak balik sebab nak bersihkan lagi rumah kampung yang baru siap tu.
Nak pindahkan barang apa yang patut dari rumah endau ke rumah penyabung.
Mudah-mudahan cepatlah Zulaikha sembuh.
Risaunya hati ni bila kenang si anak tak sihat.
Sekarang ni musimkan? Sepupu sepapat dia semua demam.

Tadi mintak tolong pakwan bawak dia ke klinik kali kedua untuk check kahak dia.
KM tengok dada macam berombak je, takut jadi astma semula.
Dah lama dia tak kena tau.
Tapi dapat info dari pakwan tadi, doctor cakap dada dia tak bunyi apa.
So, tak payah amik neb.
Just makan ubat macam biasa je.
Alhamdulillah, lega dengar.

Hopefully, duduk kampung Zulaikha dapat udara yang sihatlah.
Keliling semua hutan belantarakan.
Jadi udara pun segar bugar dari duduk kat bandar ni.
Oklah, itu je nak cerita tengah hari ni.
Doakan anak KM cepat sembuh ya.


Cabaran 30 Hari Entry : Day 5 : 3 Perkara yg KM Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Assalamualaikum korang!

Yeay! Dah masuk day 5 ni.
Makin excited dan mencabar soalan-soalan kome bagi ya.
Okeh, 3 perkara yang KM nak katakan pada bekas kekasih?
Erm... sebelum tu KM nak ingat balik, KM ada bekas kekasih ke tak ek?
KM rasa macam tak ada sebab dulu-dulu KM cuma suka berkawan je.
Abah tak bagi couple-couple ni.

Jadi, ini hanyalah kawan-kawan yang hampir jadi bakal kekasih.
1. Mr.W
2. Mr.E
3. Mr.S
4. Mr.M



Hahaha! Nampak macam ramai tapi sebenarnya tak boleh go jauh pun dengan dia orang ni. Sebab tu kita orang ditakdirkan untuk berkawan je.


Pesanan Pertama
Belajarlah menjadi penyabar sebab dengan sedikit kesabaran itu Allah akan bagi kome ganjaran. Mak abah teman baru nak uji sikit je ke perasaan kome semua tapi kome tak sanggup terima cabaran tu. Dan akhirnya teman jatuh ke tangan pakwan. Hanya pakwan yang sanggup terima syarat-syarat dari keluarga teman.
p/s: Sebelum kahwin, mak abah pesan kalau nak jumpa sebulan sekali je. Tak boleh bawak anak dara dia orang keluar jauh-jauh. Kalau nak jumpa, hanya dalam kawasan Shah Alam je. Kalau melepasi Shah Alam, kome semua direject buat menantu. Ngeee...


Pesanan Kedua
Alhamdulillah sekarang teman dah jumpa mr.right teman. Yeay! 
Kome hado?
My mr.right


Pesanan Ketiga
Terimalah hakikat yang kita ni tak berjodoh sebenarnya. Sebab tu kita ditakdirkan untuk berkawan. Allah dah tetapkan siapa jodoh kita sejak azali. Teman percaya kome pun dah bahagia dengan pasangan kome kan? semoga kome berbahagia dunia akhirat.


Okeh, itu je pesanan untuk kawan yang tak kesampaian jadi kekasih pun hehe..
Ko berani nak couple-couple ni? Abah KM memang control everything.
Susah nak jumpa dan susah nak contact.
Masa tu kalau berani, jumpa abah KM terus.
Hahaha! Dan hanya pakwan je yang berani hadap abah KM.
Dan dia berjaya jadi menantu kesayangan okeh.


Fuh! Selesai sudah day 5 punya task.
Lepas ni tunggu day 6 punya task pulak ya.
Agak-agak apa yang KM nak makan esok ek? Hari sabtu pulak tu.
Alamak, bukan KM balik kampung ke hahaha.
K bye!

#‎kelabbloggerbenashaari‬

‪#‎cabaran30hari‬
‪#‎harike4

HARI 1 : Gambar Terbaru KM & 5 Fakta Tentang KM
HARI 2 : Cara Memenangi Hati KM
HARI 3 : Apa Yang Menguatkan KM
HARI 4 : Buku Kegemaran KM

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia