Assalamualaikum korang!
Aduhai... dah macam nak kena draf karangan sekolah dah ni.
Kejap KM nak fikir sebab otak dah berkarat sangat ni.
Dekat 15 tahun tinggalkan sekolah, jadi nak recall balik
dalam masa yang singkat ni agak payah, hahaha.
Dah macam nak buat point untuk karangan SPM dah ni.
Agak-agak nak berapa patah perkataan ni? Huhu... gurau je.
Okeh, apa yang KM faham tentang pendidikan ni?
Bagi KM pendidikan ni sangat penting pada kita semua.
Tapi ilmu pendidikan ni bukan semata-mata dari bentuk teori,
malah kena sekali dengan practical.
Barulah kita faham sesuatu ilmu tu.
Tuntut ilmu pendidikan ni sampai bila-bila pun takkan habis.
Makna kata tuntut ilmu ni biar sampai mati.
Tuntutlah ilmu sebanyak mana yang kita mampu sebab dengan
adanya ilmu inshaaAllah boleh menjamin masa hadapan kita.
Dari sudut agama pulak bagi KM kita perlu berguru dengan
guru yang betul.
Jangan anggap amalan yang kita lakukan selama ni sudah
sempurna.
Kadang tu kita masih perlu perbaiki lagi kelemahan dalam
setiap amalan kita seharian agar kita tidak mudah terpesong dan diperbodohkan
oleh manusia yang telah rosak iman dan akidahnya.
Allah s.w.t suka jika kita ada usaha untuk mencari ilmu.
Tuntut bagi perbaiki diri sendiri atau berniat untuk
membantu insan lain yang memerlukan ilmu.
Hanya manusia yang berilmu akan terus mencari ilmu.
Jadi KM ulang lagi sekali, tuntutlah ilmu bukan setakat
sampai ke negeri China tapi biarlah sampai akhir hayat kita.
creadit to pakcik google & nardieya.blogspot
Takat tu je penulisan yang KM boleh karang.
Agak-agak nak bagi berapa markah ni? Haha!
Jenuh KM mengarang ni tau.
Mengarang ni tak sama macam mengarang novel haha.
Jenuh KM mengarang ni tau.
Mengarang ni tak sama macam mengarang novel haha.
Okehlah, dah habis task day 7.
Tunggu esok, kalau sempat KM post day 8 punya task pulak.
Daaa...
HARI 5 : 3 Perkara Yg KM Ingin Katakan Pada Bekas Kekasih
HARI 6: Cabaran 30 Hari Entry : Day 6 : Apa yang KM Makan Hari Ni
HARI 6: Cabaran 30 Hari Entry : Day 6 : Apa yang KM Makan Hari Ni