Ruang Iklan Untuk Disewa

Segmen | Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com


Haaaa siapa nak kad raya dari irra, boleh joint promosi ni ya.
Tempoh penyertaan adalah dari 11.00 malam ini (6/7/2014) hingga 11.00 malam lusa (8/7/2014).

Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

 photo PicsArt_1399658091312_20140510_015633_zps327cecf4.jpg

Jom kita ramai-ramai join giveaway SETULUS KASIH IBU BY DR SHIKIN ni.
Apa yang menariknya sampai aku beriya-iya suruh korang join?
Sebab pertama hadiahnya memang pasti menarik.
Sebab keduanya korang diberi peluang untuk buat ucapan hari ibu paling dramatik sampai boleh buat ibu korang meleleh air matalah kalau dengar.
Masih belum terlambat untuk kita wish hari ibu.

Ucapan aku? Nilah nak mula ni. Haha! Aku ni ada satu masalah untuk buat ucapan dramatik. Selalunya aku wish biasa dan belanja makan je. Tak adalah beriya sangat sambut haha.

Okay, Ucapan Aku

Ehem! Ehem!
Mak, along ucapkan selamat hari ibu pada mak. 
Walaupun hari tu along dah wish kat mak tapi disebabkan contest ni, along ulang balik ucapan along ni. Huhu. Bolehkan mak?
Mak, bagi along mak adalah segalanya. Sebab apa along kata macam tu? Sebab kalau along ada masalah, mesti mak lah yang along cari dulu untuk luahkan perasaan along ni.
Mak, kalau boleh along nak setiasa duduk dengan mak walaupun along dah ada suami dan anak. Kalau boleh along nak sentiasa berkepit dengan mak macam dulu-dulu masa along kanak-kanak dan remaja. Along rindukan zaman along kecik dulu mak, huhuhu.
Nasib baik rumah kita tak jauhkan mak? Hari-hari boleh jumpa sebab rumah kita sejengkal je pun dah boleh sampai kan mak? Huhuhu.
Mak, sebenarnya banyak along nak luahkan tapi setakat ni jelah yang along mampu luahkan.
Karang kalau dramatik sampai menjejeh-jejeh air mata kang, orang yang baca ucapan ni muntah darah pulak huhuhu.
Okay, mak selamat hari ibu.
I LOVE YOU SELAMANYA!

Aku Pergi Kerja Kasut Lain Sebelah


Hahaha! Ini paling aku tak boleh lupa. Kalau aku ingat balik, mesti aku nak gelak. Aku tulis blog ni sambil pandang gambar kasut aku ni pun, aku mesti senyum sendiri. Aduhai... macam manalah aku boleh tak sedar pergi kerja kasut sebelah lain.

Begini ceritanya, di satu hari yang indah, jatuh pada Monday blues ya. Aku kelam kabut menyiapkan Zulaikha untuk ke sekolah. Udah ler dia agak liat sikit nak dikejutkan. Biasalah, nama pun budak-budak. Masa kita kecik-kecik dulu pun macam tu jugak. Hahaha! Mengaku sendiri. Dah siap mandikan, pakaikan baju then kita orang pun ready nak keluar rumah. Masa tengah bukak pintu tu, tiba-tiba POP! Lampu tangga terpadam! Zulaikha dah cuak. Aku pulak mengelabah tak nampak. Sudalah masa tu dah nak dekat kul 7 pagi. Pada hari tu, pukul 7 pagi awan masih gelap lagi. 

Nak dijadikan cerita. Aku hulur kaki, raba-raba kaki kat lantai. "Mana pulak kasut aku ni?" Macam manalah aku nak nampak kasut dua patern berbeza tukan? Haha... Dah kata nak cepat sangatkan, aku pun main sarung jelah. Main agak-agak jelah kasut yang tersarung kat kaki aku tu. Kalau pandang bawah pun bukannya nampak. Huhu...

Dah sarung kasut, giliran kunci gate pun aku kena buntangkan biji mata sikit nak cari anak kunci yang sesuai dengan mangga, hahaha. Parah betul hidup aku hari tu wei. Bila dah terbuka aku terus keluar dengan confidentnya aku berjalan lepas aku kunci semula grill rumah. Aku pimpin tangan Zulaikha. Memang tak pandang langsunglah kat kaki aku ni haha..

Bila dah sampai office, aku memang suka tukar pakai selipar. Macam mana aku boleh sedar kasut ni lain sebelah? Haha! Nak jadi cerita kasut yang kaki belah kanan tu mudah je nak sarung, manakala kasut sebelah kiri, susah sikit nak sarung. So, aku jadi pelik dan terus tunduk bawah meja. Masa tulah aku tersedar dan terbeliak biji mata aku bila nampak kasut tu sebelah kanan lain, sebelah kiri lain. Bantai aku tergelak sengsorang kat workstation tu macam orang tak betul hahaha. Kawan aku pelik, then tanya. Tak boleh nak cakap. Aku tunjuk je dua-dua kaki aku tu kat dia orang. Lastly semua ketawakan aku.

Jadilah topic of the day. Kasut lain sebelah datang office. Hahaha... 



GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia