Resepi Kuih Bahulu



Assalamualaikum,

Siapa peminat bahulu? 😂 KM memang peminat bahulu. Ada satu kilang bahulu yang kat Labu Lanjut, tu memang KM suka. Masalahnya selalu takndapat beli bahulu kilang tu sebab selalu cepat habis. So, raya tahun ni sebab dah kemaruk sangat dengan bahulu dia, KM cadang nak buat sendiri.

So, terjadila habulu macam di atas tu. 😋 Nak tau tak? Masa pertama kali buat bahulu KM tak jadi tau, frust menonggeng rasa. Sampai merajuk tak nak buat dah. Badmood seminggu. Buat kuih lain pulak untuk datangkan mood nak cuba buat bahulu lagi. Jadi semalam KM cuba lagi sekali buat bahulu ikut versi KM tapi olah dari resepi yang ada kat internet.

Ni KM anggar sendiri je. Siapa nak cuba boleh ikut, ya. KM terang lebih details. Sebab kalau jenis tak sabar kadang kita main skip salah satu memang tak jadila.👇

Bahan²

1 ½ cwn tepung gandum
6 biji telur
2 cwn gula ising
1 cwn gula halus (kastor)
½ sudu teh asen vanila

cara²

1. Tepung tu sangai atas api dulu nak bagi tahan lama. (kalau orang dulu² dia jemur dulu kat matahari tapi leceh la, baik goreng atas dapur je hehe)

2. Putar telur, esen vanila dan gula sampai kembang selama 5 minit.

3. Masukkan tepung yang dah di sangai tadi sikit demi sikit. Yang ni kena kacau pelan² sampai sekata. Jangan guna mixer nanti bantat.

4. Sambil kacau tepung tu, boleh dah panaskan acuan bahulu yang dah letak minyak dengan suhu oven 200° selama 10minit. (wajib panaskan acuan berminyak, kalau tak bahulu tak jadi n hancur)

5. Masukkan adunan dalam acuan yg dah di panaskan tadi. Kemudian bakar dalam suhu oven 180° selama 10minit. Rajin tengok, warna keemasan je dh boleh bawa keluar.

Angkat memula tu memang lembut. Nanti dah kena udara dia jadi rangup.

Okay, tulah resepi yang KM boleh share. Siapa nak cuba bolehla cuba. Good Luck😜


Okay, ni KM punya bahulu. Siapa tanya kenapa hitam² tu, haaa ni jawapan KM, Bahulu ni KM letak coklat rice sikit. So adunan tadi KM bagi dua, satu adunan KM letak coklat rice. satu lagi kosong. So dapatlah sebalang.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia