BAB 8
“MIRA nanti you buat costing traveling staff. Buat dalam
bentuk graf bagi setiap bulan. Semak sekali harga tiket flight dan buat summary.
I nak you siapkan dalam minggu ni jugak.”
“Okay bos.”
Amira tertunduk
akur sambil memeluk tiga file budget di
tangan. Tapak kasut yang licin membuatkan kakinya terkocoh-kocoh melangkah.
Dalam hati sebenarnya takut kena sembur dengan majikannya. Besar langkahnya
mengekori rentak Amir berjalan.
“Oh, lagi satu I
nak cakap…” Tiba-tiba Amir berhenti tanpa isyarat.
Gedebuk!! Adoi!!
Tak pasal mereka berlaga dan menyebabkan Amira tercium lengan kemeja Amir.Terlucut
segala file yang dikendongnya. Cuak
juga muka Amir masa itu lantas segera menolak Amira semula.
“Sorry! Sorry! Saya tak sengaja.”
Tangan Amira
laju mengibas lengan kemeja Amir. Aduh! Kenapa dengan aku hari ni? Baru hari
pertama kerja kot, takkan dah gelabah? Pergh! Malunya tak usah cakaplah, rasa nak
sorok je muka ni dekat balik pasu. Nasib baik tercium lengan baju, kalau
tercium dada baju dia??? Mau aku terus balik rumah kot! File-file yang terlucut dari tangan tadi dicapainya kembali.
Saat Amira mahu
berdiri, matanya galak memandang tanda merah pada lengan baju Amir. Dia menelan
liur silih berganti memandang mukalelaki itu.Cuak sekejap. Alamak! Lipstic?! Mengenangkan
diri dimalukan dalam bilik mesyuarat tadi, jadi Amira buat-buat tak nampak je.
“Lain kali mata
tu pandang depanlah! Ini pandang bawah, mana tak berlaga dengan orang!”
Berkerut dahi Amir
marahkan kecuaian Amira. Runsingkepalanya memikirkan pekerja yang kelam kabut
dan kuat berangan ni.
“Kejap lagi you
tolong buatkan labeling file. Actually, banyak file yang you kena susun semula. I sorang nak buat memang tak cukup
tangan.”
“Err… saya kena…”
“Ada masalah
ke?” Amir menjegil mata. “Cik Mira, tak kiralah you pangkat executive ke, pangkat senior executive ke, jangan anggap kerja
filing tu hanya untuk orang kerani
je. You pun kena buat filing sendiri.
I yang pangkat manager ni pun ada filing sendiri.”
Berdesing
telinga Amira mendengarnya. Hamboi! Sindir kasar nampak? Agak-agaklah pun nak
kutuk aku. Belum habis cakap kau dah menyampuk. Karang ada jugak orang balik
naik teksi petang ni.
“Encik Zuhairi, saya
tak habis cakap lagi tapi encik dah menyampuk. Saya tak cakap pun kerja filing tu hanya untuk orang kerani. Cuba
dengar dulu saya cakap sampai habis, barulah mesej tu sampai.” Ucap Amira penuh
lembut. Padahal dalam hati rasa nak telan je majikannya hidup-hidup.
“Hah! Cepat
habiskan ayat!” Amir menelan liur, termalu sendiri bila gadis itu cuba
berlembut dengannya.