Ruang Iklan Untuk Disewa

1st GiveAway : Selamat Hari Lahir Aselawati


Jom join GA ni.
Click je banner
Tarikh tamat 22 Ogos 2014

Rasanya Tak Perlu Kot Tanya Soalan Ni Bila Datang Beraya.


Assalamualaikum!

Terjumpa statement ni kat FB.
Suka aku nak kongsi sebab bila balik kampung, orang suka tanya aku bila nak tambah anak?
Atau soalan perli, 

"Hai, takkan sorang je kot anak? Muda lagi ni. Boleh tambah dua, tiga orang lagi."

Persoalan aku...
Pernah tak dia orang yang bertanya ni fikir tentang sensitivity orang?
Pernah tak dia orang fikir yang rezeki anak tu semua Allah punya urusan?
Kalau soal kat aku yang sporting ni, tak kisahlah haha!
Tapi kalau dah setiap rumah aku beraya, asyik aju soalan yang sama pun naik rimas jugak, haha (^^,')
Dari fikir positif, terus rasa negative.

Okeh!
Yang part tanya bila nak tambah anak tu aku tak kisahlah.
Ni ada pulak yang tanya soalan cepuk emas.
Di mana yang bertanya tu memang dah tau tak ada jawapan dan orang yang ditanya tu pun tak boleh nak jawab.

"Ai, asyik keluar anak perempuan je. Lepas ni try ler anak lelaki pulok."

Tersodak kalau orang dengar wei!
Dia bertanya tu macamlah ibu yang mengandung tu boleh tentukan anak apa yang dia nak beranak esok?
Agak-agaklah pun nak tanya soalan. (^^,')
Yang tentukan jantina bayi kan Allah s.w.t
Dah Allah nak bagi dia rezeki anak perempuan ramai, yang nak dipertikaikan tu kenapa pulak?
Kalau rasa pelik, tanya Allah sendiri.
Aduhai...
(^^,')

Oklah, itu je nak bebel.
~Daaa~

Item To LetGo : Monopod Black Color

Assalamualaikum korang!

Haaaa... hari ni aku nak main jual beli dengan korang.
Okeh, begini ceritanya.
Kan aku ada cerita yang aku ada beli monopod minggu lepas kan?
Aku beli warna hitam satu dan warna biru satu.


Yang warna hitam tu aku punya dan warna biru tu nak bagi adik aku.
Nak dijadikan cerita, kononnya aku nak buat surpriselah kat dia.
Sekali bila aku tunjuk kotak monopod tu, muka dia langsung tak ada perasaan teruja.
Hadiah tuuuu... boleh dia cakap tak mo?
Alasan dia cakap, dia bukan selalu selfie macam aku.
Huhu... sampai hati dia tolak pemberian kakak dia ni tau.
Kecik hati.

Nah, sekarang aku nak buat apa guna sampai dua batang monopod ni?
Nak guna dua2 ni? Memang tak lah, haha. 
Jadi, aku kenalah letgo salah satunya.
Memandangkan aku dah terbekenan ke warna biru, jadi aku putuskan untuk men'letgo monopod warna hitam.

Dengan ini aku buka jualan untuk barangan preloved 
*boleh ke consider preloved ni? haha!*

Item : Monopod (Hitam) with phone clip.
Condition : Sangat baik sebab baru beli minggu lepas. Baru guna dua kali tau.
Harga Let Go RM18 include pos laju.
*Please no fussy buyer.*

Kepada sesiapa yang berminat dengan monopod hitam aku ni, sila email laju-laju ke mahirah_mustapha@yahoo.com ya
Siapa cepat dia dapat!





Apa tunggu lagi?
Kalau dah berkenan tu grablah sekarang!
~Daaaa~

Sampul Duit Raya Untuk Zulaikha


Assalamualaikum korang!

Tengoklah ni, comel tak sampul duit raya Zulaikha?
Hihi! Dalam banyak-banyak sampul, boleh pulak aku terbekenan kat sampul duit raya ni.
Sampul duit raya ni di beri oleh kawan office aku.
Konon-konon nak balas duit raya yang aku bagi pada anak dialah sebelum ni.

Aku pulak sebelum ni bagi duit raya guna sampul FROZEN hehe.
Sampul ni aku tempah khas untuk anak2 member office je.
Bukan untuk nak bagi kat budak luar tau.
Yang balance simpan kat rumah, buat tukun.
Sayang kot haha!

Tup-tup dibalas pulak dengan sampul duit raya yang sempoi ni dari kawan aku.
Dapat sampul pelik-pelik ni, aku sayang nak bagi kat orang lain.
So, simpan dalam tangan sendiri jelah.
Mana tau, tahun depan boleh buat contoh nak tempah, kan?

Jadi, aku bertanyalah pada kawan aku tu.
Kat mana dia dapat sampul duit comel ni?
Rupanya dia tempah kat adik dia je.
Adik dia ada buat printing kad raya, sampul duit raya dan macam-macam lagilah.
Waaa... sangat menarik perhatian aku okeh!

Erm... aku ingat tahun depan aku nak tempahlah.
Bukan tempah sampul duit rayanya tapi nak tempah kad raya khas.
Haaaa nanti bolehlah kita berbalas kad rayakan?
Errr... tempah kad raya haji ada orang buat tak?
Ngeeee... ok bye!



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia