Terima Kad Raya Dari Amy J

Assalamualaikum korang!

Aku nak gelak dulu sebelum cerita, hahaha!
Sebenarnyakan, aku dah salah orang tau hari tu.
Yang sebenarnya, entry baru-baru ni yang aku cakap dapat kad raya dari white lily tu sebenarnya kad raya dari Amy J tau.
Malunya... macam nak sorok kepala dalam baju je.
*Shame-shame tak malu, salah orang haha.*

Punyalah confident aku bebel kat entry tu kata dapat kad raya dari white lily tapi rupanya salah orang.
Hahaha aku senyum sorang-sorang je masa update entry ni tau.
To Amy J sorry dik.
Awak hantar kad, orang lain yang dapat nama.
Ni akak betulkan balik ya.
Kak Mahirah ni memang nak kenakan? Cubit je kak Mahirah ni, hahaha 
Haaa.. ni autopublish tau.
Kalau korang komen tapi aku wat bodo je tak reply apa tu maknanya tak onlinelah tu.
Ngeeee... yang penting aku dah betulkan siapa pengirim kad raya sebenar.




Okeh!
Siapakah cik adik yang bernama Amy J ni?
Korang agak-agak?
Haaaa kalau korang nak tau, aku suka bertenggek baca e-novel kat blog dia.
Amy J, baik ngaku cepat, awak suka tulis novelkan? haha!
Yang bestnya kita orang ni kebetulan pulak punyai minat yang sama.
Sebab tu aku selalu terjah masuk blog dia.
Macam dah jadi rutin pulak.

Dik, terima kasih tau send kad raya kat akak.
Tahun depan bagi lagi ya. Jangan dilupa kak KM ni. Nangis kang.
Bagi kad sekali dengan alamat tau supaya akak boleh balas kad awak. 

Ok, itu je 
Bye!

Throwback : Zaman Sekolah dan Zaman Kolej

Assalamualaikum korang!

Nak tau tak, tengah duk godek-godek dalam external hard disk, tetiba aku jumpa balik gambar zaman 15 - 10 tahun sudah.
Ya ampun!!! Innocent nya muka aku wei.
Kalau ingat balik memang tak boleh blah la muka zaman tok adam ni.
Hahaha!
Serious kelakar wei.

Bila ingat balik zaman hingusan ni rasa nak back to the past je.
Skema betul muka time ni.
Gang semua sekepala.
Pergi sekolah naik basikal sama-sama.
Pergi latihan silat sama-sama.
Makan waktu rehat sama-sama.
Gado sama-sama, lepas tu baik balik haha.

Nah sekarang semua anak dah dua tiga.
Aku sorang je yang masih anak sorang lagi.
Dia orang ni pun duduk dah jauh-jauh belaka.
I miss them so much.
Kalau dapat jumpa mesti masing-masing duk heret handbag 2-3 orang dah agaknya haha.


Korang tekalah KM yang mana satu.
Kalau nak tau, ni masa zaman sekolah tau.
Tak silap tingkatan 5 kot. Otai masih berbisa time ni.
Mentang-mentang nak habis sekolah, hahaha...



Bila dah masuk kolej, aku lah jadi budak paling comot sekali.
Serabai sebab stress fikir coding, html, c++, java, pascal and what so ever, bluek!
Nak muntah kalau ingat semua tu tapi seronok haha.
Kenangan terindah seumur hidup kitakan.
Korang yang masih belajar, jangan sia-siakan tau.
Inilah kenangan kita seumur hidup.
Kalau korang sia-siakan memang rugilah.

Ok itu je nak share.
Bye!

Soalan Kepada Nuffnang : How Can I Get More CPUV?

Assalamualaikum korang!

Baru-baru ni aku ada tanya soalan pada nuffnang macam mana nak dapat CPUV lebih?
Aku bertanya ni sebab aku pelik, orang lain dapat dua-tiga sekali masuk.
Yang aku ni cuma satu je kadang-kadang.
Iklan lain-lain jadi CPC je tau, huhu.

Jadi aku pun tanyalah soalan tu pada naffnang.
Nak tau jugak apa rahsianya dan bolehlah aku belajar dari kesilapan.
Korang nak tau apa jawapan nuffnang?
Nah hambek ko, panjang menjela dia explain kat aku.

Korang baca kat bawah ni ya.
Khas untuk korang yang senasib macam aku.
Aku harap jawapan pihak nuffnang ni dapat membantu korang ya.


Btw, thank to nuffnang sebab reply persoalan aku ni
Dan mungkin membantu blogger suam-suam kuku macam aku.
Hihi.. good luck korang!


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia