Berkelah Di Bagan Lalang - My Big Family

Assalamualaikum,

Indahnya bila dapat berkumpul satu keluarga. Dah lama tak lepak kat pantai sambil berkelah. Semua buat sebab anak-anak sibuk nak main air. Cuti sekolahkan, masa nilah nak bawa anak jalan-jalan. Cerita sebenarnya minggu ni sepatutnya kami sekeluarga buat BBQ kat PD. Sekali masing-masing sibuk dan tak boleh nak cuti 3 hari 2 malam. Itulah natijahnya kalau orang kerja shift ya. Jadi, bila masing-masing jadual bersimpang siur, kita orang pun decide untuk pergi bagan lalang je. Nasib baik seronok walaupun cuma lepak kat bagan lalang ni. Kalau tak, memang lepas ni ku cari jugak mana2 tempat kat PD untuk stay dua malam. Puas hati haha.

Sejak aku married dengan keluarga ni, ini kali kedua kami lepak berkelah kat bagan lalang. Kali pertama dengan arwah mak mertua. Kali kedua dengan mak mertua baru, mak mertua tirilah kiranya tu. Huhu... Lain macam pulak rasanya. Inilah namanya hidup kan? Okay, jom layan gambar-gambar kami yang banyak ni. Haha... tengoklah macam mana meriah dan happynya keluarga ku dengan budak2nya dan mak bapak budaknya bermain air dan berseronok.

Inilah budak comel bersama dengan maknya.
Muhammad Arif Zakuan. Geram tengok keletah dia yg suka ambil hati.

Lepak-lepak kejap sambil tunggu air pasang.
Masa ni masih jauh lagi air. Zulaikha dah sibuk nak main air tapi takut nak lepaskan, bahaya.
Gambar sy dgn suami tu masa air dah pasang sikit. Itu pun masih jauh dari tempat lepak.

Ready untuk masak2. Masa ni angin tiup sepoi2 bahasa.
Ayah mertua siap pasang khemah utk anak cucu nak tido.

Ucu Melayan anak buah main kat playground.
Amboi ucu, kasut hijau nampaknya?

Again, gambar kerenah anak2 bermain.
I love to see them happy.

Yang ni pulak ayah Zulaikha layan anak2 main layang2.
Waktu ni anak yg main layang2 atau bapaknya yang main layang2 haha.
Suruh Zulaikha pegang, tapi dia tak nak. Katanya takut layang2 terbang tak balik2 haha...

Zulaikha with her cousin.
Nampak pasir dah seronok tapi air belum pasang.
Kat tiang amaran tu pun masih surut dan tak berani bawa budak2 main jauh.
So, sabar menunggu air datang hingga ke petang.

Seriously, mula2 tak minat nak jejak pantai yg memang fikir akan kotorkan semua benda.
Bila tengok semua happy turun laut, daku pun turun jugak ler.
Mana boleh tahan tengok org berendam dalam air masin.

Masa ni air dah pasang sikit. Ini pun bagi sy masih jauh lagi dari tempat kami berehat.
Dah masing2 tak sabar, terus terjah. Yalah takkan nak tunggu sampai maghrib pulakan?

Bergambar ramai-ramai. See, nampak tak gembiranya mereka?
Ni sy yg tukang snap gambar. Tak aci kan?

Ok, waktu ni sangat funny. 
Zulaikha tepuk2 air sampai terkena muka dan masuk ke dalam mata dan mulutnya.
Mata dia dah pedih dan masa masuk mulut tu dia ludah balik sambil cakap.
"Eee... mama banyaknya garam dalam air ni? Masinnya!"
Hahaha! Tergelak kami dengar. Garam tumpah dalam laut ya sayang?

Mak mertua tiri aku pun ikut join bila anak2 cucu semua dah mula bergelumang dengan air separas buku lali. 
Actually tak puas mandi laut yg paras betis dan buku lali. 
Tengok je anak aku tu, kesian nak berenang.

Okay, ni layan mama dulu ya.
Ambil gambar dengan cousin dia.
Tengok muka masing2 we know dia org sgt happy.

Lepas mandi laut, naik ke darat pulak. Konon2 nk bina istana pasir.
Haha... jadi ke? Tengoklah apa yg dia buat. But creatif jugaklah dari tak ada rupa langsungkan?
Masa ni je mama sporting, pasir pantaikan? Kalau pasir luar, memang tak adalah ku bagi main.

Ni pak ngah layan anak2 buahnya buat istana pasir.
Daku suruh tanam badan dalam pasir, tapi tak nak haha...

Orait, ini adalah permandangan cantik yg pernah saya lihat.
Waktu senja, di mana matahari sedang jatuh. Nyaman je rasa macam tak nak balik.
Yang gambar atas kanan tu gambar ayah mertua dan mak mertua tiri. Haha... sempat aku snap!

Gambar yang penghabisan. Tempat kami berehat ni sangat dekat dengan gold cost.
One day, sy akan cuba duduk dua malam di gold cost.
Dalam senarai percutian tapi yang akhir2 sebab nak try grand lexis dulu.
Hehe.. okay, tu je bye!


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia