Bulan Ramadhan

Assalam semua,

Bulan ni sangatlah bz tapi saya cuba juga menyiapkan bab2 untuk indahnya puzzle c.i.n.t.a. This week pulak makcik nak dtg tido seminggu kat rumah. Seronok sgt sbb dah lama tak borak dgn dia dan rasa masakan dia yang the boom tu tapi bila dah sedara datang, tentulah kita lebih focus pada dia orangkan. Kalau nak berkarya confirm tengah malam itu pun kalau tak mengantuklah. Biasanya pekena kopi sekali sampai sahurlah mengarang novel.

Kalau dah duduk seminggu dekat rumah kita, mesti ada rancangan yang nak dibuat. Makcik dah start ajak buat kuih. Dah le teman ni tak pandai buat kuih sebab memang tak pernah sentuh pun oven ke bagai cumanya bila tengok resepi, lahai... senang gamaknya... Ingatkan susah beno... Nak tau resepi apa yang saya dan adik duk idamkan?...


Cornflakes Madu



Bahan A 
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B 
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan 
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara 
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Dan juga resepi kuih paling senang yang ke dua adalah...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia