Personal Safety Talk Dari Kamal Affendi

Assalamualaikum

Kita selalu tengok dia kat dalam tv seorang yang serious tapi sebenarnya dia sorang yang kelakar sangat. Dia bagi talk tu memang masuk kepalalah. Lawak tak terhingga sampai daku pergi toilet sebab asyik golak je memanjang. Banyak yang kami pelajari dari dia. Di akhir talk tu baru dia cerita dia ada sakit tumor otak. Nampak macam tak sakit tapi hakikatnya dia sedang sakit. Tiga jari kaki dia tak rasa jejak tanah tapi jalan still ok. Dia seorang yang kuat dan tabah. Masa dia bagi talk tu dia cakap petang tu kena masuk bilik bedah sbb ada pendarahan dlm otak. Itu pun dia masih lagi senyum2 ada kami.

Sama-samalah kita mendoakan agar dia kembali pulih dan selamat dari pembedahan tersebut. Dia ada cakap, kalau nyawa masih panjang, jumpa lagi. Sedih lah pulak dengar sob sob... huhu =(

By the way, ini gambar dia masa talk tu. Walaupun sakit tapi tetap nampak gagah dan tampan gitu. Katanya dia tak nak tunjuk yang dia sakit. Biar orang tak nampak apa yang dia deritai.




p/s : Siapa yang tak kenal dia kome pi tengok dalam cerita kl ganster 2, dia jadi ketua polis tangkap si malik tu. hehe...


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia