Anak Kandung vs Anak Angkat (Anak Buah)

Assalamualaikum,

My doter seluar pink with her cousin (masa ni setahun lebih kot)

Tengok tajuk pun korang dah fikir apa sy nak cerita malam ni. Sebenarnya gini ceritanya. Di satu hari yang indah, di mana mak ayah kepada sorang anak ni sibuk bekerja termasuklah ayah kepada anakku ni ha. Huhu... Nak dijadikan cerita, ayah kepada anak ni mintalah sy jagakan anaknya sementara dia habis kerja sebelah petang. So, yg excited confirmlah anak sy sbb ada kawan. Haha...

Pengalaman sy, actually sangat kekok ya sebab kena jaga anak orang. Sy baru ada sorang anak tetiba kena jaga dua budak. Itu pun mak pak dia nak mintak sy jaga newborn baby deme. Pergh! Tak beranilah aku kan. Buat klu merengek tak ke panic aku dibuatnya? Dahlah budak ni bukan anak sendiri dan kita tak tau mcm ne kerenahnya bila dgn sy. So sy pun cuba2 jelah jaga kakaknya je. Ala, sementara je pun, tu yg tak kisah sangat.

Dekat separuh hari, Ya Allah memang senanglah jaga anak ni berbanding anakku yg kuat kememe tu. Anak ni tak mintak susu, tak merengek, tak ngada2 cam anak aku ni ha. Haha. Memang syoklah jaga dia. So sy ni pun bwklah ke hulur ke hilir anak2 ni dgn Alza tu dari kampung ke rumah sepang yg tak jauh dari kampung. Tujuannya nak mandikan je sbb sy kurang selesa mandi berebut bilik air. (Ngada2 kan aku ni haha)

Mula-mula anak ni rasa cam agak cuak2 jugaklah sbb tak biasa dgn rumah sy. Tp bila dah anak sy duk ajak main kat bilik dia yg penuh ngan mainan, dia punya excitedlah bermain sampaikan sy sempat mandi, solat, kemas rumah, semua complete mmg tak de masalah nak jaga. Lepas tu go back ke kampung semula sbb nak pulangkan anak ni ke mak ayah dia.

Sewaktu sy jaga anak ni dan anak sy, baru sy perasan yg sy sendiri telah lebihkan anak itu dari anak sy sendiri. Mcm terlalu protective. Tak tau kenapa. Mungkin hati ni rasa kesian agaknya sbb parent dia tak de bersama. So that everything sy akan lebihkan anak ni. Anak sy pun ok je bila mak dia lebihkan anak ni. Andai katalah sy punyai anak angkat, adakah sy akan lebihkan anak angkat tersebut dari anak sy?

Naluri ni spontan sebab kasihan. Tiada perbandingan atau perbezaan. Yalah, anak sendiri memang confirm darah daging sendiri. Kasih sayang memang confirm dapat dari parent kadung. Bagi anak angkat pula, dia tiada parent. Harapkan kasih sayang keluarga orang je. Semula jadi hati sy terdetik beri tumpuan lebih kepada anak angkat supaya dia tidak rasa tersisih. Ini baru jaga anak buah, belum jaga anak angkat betul2 huhu.. Gosh! I should be fair to both of them.

Pendapat korang macam mana?

p/s: Ini pendapat je tau. Tak terfikir pun nak ambil anak angkat haha...

Action Dgn Piala Liga Premier Bola Sepak

Assalamualaikum...

Tetiba member office bawak masuk Piala Liga Premier Bola Sepak. Hahaha... Dapatlah bergambar walaupun sekejap... Besar gila dan berat kot... mana maunya nak angkat... So inilah dia benda alahnye...




Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia