Ruang Iklan Untuk Disewa

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A

Nak join sila tekan banner
30 September 2014 sehingga 14 October 2014

Adoi.. kena buat pantun atau syair?
Baiklah, akan aku keluarkan skill memantunkan korang semua hahaha!
Sebab syair aku tak pandai.

Pergi ke pekan membeli susu sejat
Sekotak susu sejat dibuat minuman
Rombongan datang membawa hajat
Untuk menyunting bunga di taman

Berjalan-jalan hingga ke pekan
Pergi ke pekan membeli sikat
Lima bulan tempoh ditetapkan
Uda dan dara sudah pun terikat



Blogger Area Mega Give Away

Click banner

Haaa siapa nak sebahagian hadiah dari RM2540 di atas sila join ya.
KM salah seorang sponsor.
Mana tau korang dapat monopod dari KM haha.

p/s : ni baru mega giveaway, lepas ni mesti giga giveaway pulak haha.

Ok, tamat 31 Oct 2014

Website Speed Test : 5 Sebab Kenapa Blog Lambat Load dan Berat

Assalamualaikum korang!

Saje gatal-gatal nak test speed blog.
Manalah tau blog aku berat tapi korang tak nak cakapkan haha.
Jadi semalam gatal-gatal la try.
Ya ampun load time dia ambik masa 6 ke 7 saat.
Lepas tu aku ubah-ubah la sikit yg bahagian follower tu letak kat side bar.
Pastu aku kurangkan beberapa widget dan susun atur dia.
Bila tengok entah apa-apa pun ada haha.
Bila aku test lagi sekali, tengoklah hasilnya.


Erm... erm... bolehlah..
Janji dia kata website aku faster than 31%
TAPI! Haaa ada tapinya, ianya sementara je load time 5s tu.
Bila buat sekali lagi, dia jadi lambat semula.
Kira kejap ok, kejap tak oklah.

Korang tau tak, apa punca yang jadikan blog kita berat nak load?

1. Kalau guna javascript yang banyak boleh buatkan blog kita berat. Contohnya macam welcome widget, traffic feedjit dan segala tok nenek coding widgetlah, sebenarnya boleh memberatkan blog kita. Jadinya, kurangkanlah semua widget-widget yang dirasakan tak perlu. Aku pun dah mula buang sikit-sikit.

2. Saiz banner yang besar. Haha.. aku pun baru tau rupanya saiz banner yang besar boleh lambatkan proses loading blog. Korang rasa blog ni punya banner besar gabak ke? Atau just nice? Aku pun tak tau macam nak nak ubah lagi dah haha.

3. Template blog. Haha... rupanya template blog pun boleh jadikan blog kita sangat lambat loadingnya dan memberatkan. Contohnya macam template screen saver tu. Yang jenis gerak-gerak tu, yang ada salji atau debunga berguguran tu. Yang ni memang aku akui sebab dulu aku pernah guna template macam gini. Memang nampak berat dan bertukar template The Cutest Blog. Pun sama jugak masih lembab loadingnya. Dan akhirnya aku buang segala coding template dan gunakan wallpaper biasa je macam sekarang. Cer korang fikir, kalau dah aku bukak blog sendiri pun sakit mata, apa tah lagi korang yang pengunjung datang ke blog aku, mesti dah berbulu mata korangkan? Hihi...

4. Lagu dalam blog. Hahaha... korang nak tau tak? Aku dulu pun suka pasang lagu kat blog tau tapi adalah sorang blogger ni tegur aku, katanya kebanyakan blogger tak suka blog yang pasang lagu secara auto play kat blog. Nak tau sebab apa? Pertama, dah la loading lambat dan berat, lepas tu akan menyebabkan bandwidth data broadband cepat habis. Kedua, bila pengunjung buka dua tiga blog lagi yang ada lagu secara serentak lagu-lagu ni semua akan bergambung dan meletop di cuping telinga pengunjung, hahaha. Jadinya aku remove sebab aku pun akui perkara tu. Ketiga, kadang2 lagu yang di mainkan tak sesuai dengan entry. Contohnyakan haha kita cerita pasal orang meninggal, tapi lagu tengah dimainkan lagu rock kapak. Hambik ko! Tak sesuai langsung. Gitulah kaedahnya.

5. Penggunaan gambar gerak2. Contoh gambar format GIF. Yang ni aku tak pernah try sebab tak tau pun macam ne nak buat. Masa untuk loading dia lagi lama dari format PNG dan JPEG. Huhu.. jadi kurangkan penggunaan gambar sebegitu. Tak baik untuk kesihatan blog korang. Hihi..


Bila blog kita ada semua masalah di atas, jadinya ramailah pembaca atau pengunjung akan bosan dan terus tekan pangkah jika menunggu terlalu lama. Korang rasa nak tak pengunjung buat macam tu kat blog korang? Haha... kalau tak nak moh kita start clean apa yang patut supaya blog kita tak berat dan  jadi mesra pengunjung.

Okeh, daaa...


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia