Tinggalkan Link Kat FB di Anggap Spam?

Assalamualaikum.

Baru-baru ni aku sangat buntu fikir pasal blog yang dah terkena jangkitan malware.
Kesal? Memang kesal aku letak ping busuk tu.
Tak sangka jadi macam ni.
Jadi, akibatnya sangatlah menyakitkan hati ni bila aku di beri warning oleh FB.


Lepas tu aku cuba check link blog kat http://onlinelinkscan.com/
Berdebau ko, kot2 kalau ada malware terlekat kat blog aku dan aku tentu aku tak tau nak buat apa.
Dan result dia macam nilah keluarnya.


This site is safe.
Kesimpulannya, apa yang dah jadi pada blog aku ni?
Aku rasa frust betullah.
Aku dah try buat macam yang blogger Hasrul Hassan ajar tapi still tak boleh jugak.
Aku dah try remove seperti blogger Ceqgu ajarkan, pun masih jadi macam tu.
Kalau korang tengok bloglist aku kosong tu maknanya tengah mengudit lagi lah tu.
Lepas ni aku buat entry khas untuk korang share link blog untuk aku buat bloglist okeh.

Jadi, apa cara lagi aku nak buat ni?
Buntu wei buntu!


Luncheon Bersama Keluarga Mertua

Assalamualaikum korang!

Hehe... alhamdulillah syukur sangat dapat berkumpul bersama keluarga.
Baru-baru ni di hari malaysia, mertua aku nak buat makan-makan.
Kengkonon nak sambut birthday 3 orang beradik.
Termasuklah birthday boy ni ha (sape lagi pakwan le besday boynya)
Aku ni ada masalah pelupa, baru ku tahu rupanya alang dan ucu pakwan pun lahir bulan yang sama.
Korang nampak tak kritikalnya kat sini?
Setelah 7 tahun kahwin dengan pakwan, baru sekarang ku tahu birthday dia orang lahir bulan sembilan? hahaha...

Jadinya itu yang nak buat sekali gus jimat duit belanja.
Bukanlah nak buat besar-besar pun.
Just sesaja nak kumpul sama keluarga, janji semua orang happykan.
Sesekali boleh la macam ni, kalau selalu parah gak wooo haha.

Meriah ko, menunya. 
Tak terlarat nak makan semua.
Aku cuma makan ikan bakar dan ayam panggang je.
Nasi minyak tak berapa suka sangat.
Sayangnya aku tak boleh sumbat semua sebab terlalu kenyang.
Bila menu macam ni, aku suka meratah je.
Tak payah nasi pun tak apa.
Dah la akhak ko ni bam-bam, kang bertambah lebar, payah jugak kang.

Tengokla anak dara aku yang rambut pendek tu dengan anak dara kak ngah pakwan.
Seronok bukan main jumpa sepupu sepapat dia orang.
Mentang-mentang rumah dekat dengan playground, asyik lepas ke sana je gamaknya.
Suara aku dah macam tarzan duk jerit panggil suh balik.

Haaa.. yang ni pulak tugas pakwan membako ayam.
Memang sungguh-sungguh pakwan membako.
Aku tukang makan je hihi.
Asal dah masak, aku ambik seketul masuk mulut.
Pakwan pun cakap -> "Ai, asal ku angkat je bini aku masuk mulut. Kalo cam tu, bila masa nak penuh?"
Yang aku sengih-sengih kat dia hihi.
Sedap sangat kot! Cam ne nak stop makan?
Mula-mula tu pakwan bakar guna pemanggang ajaib.
Siapa punya idea tah, aku pun tak tau.
Serius sayang gila sebab dah jadi hitam kat bawah pemanggang tu bila kena api.
Sudahnya pakwan suh pakai pan bakar beger je.
Dah tentu dia hitam dan senang nak masak.

Perancangan nak beli kek biasa je.
Sekali TERbeli kek secret resepi lah pulak.
*Kengkonon terbeli lah ya haha, poyo je di situ. Padahal idea siapa tak tu.*
Krik... krik... krik... la la la la la...
Dapat gak merasa coklat indulgen (betul ke eja ni?)
Dah lama tak rasa, nikmat tak terkata ko.
Dapatlah rasa 1 slice.

Inilah dia birthday boy 3 orang yang lahir bulan sembilan tu.
Happy belated birthday u olls.
Semoga panjang umur dah dimurahkan rezeki.

Dan akhir sekali we all ber wefie.. weeeeee..nampak tak meriahnya di situ.
Muka masing-masing tak sabo nak makan kek katakan.
Haaaa.. tak pe.. lepas ni hadap la semua ya.

Ok, tu je nak cerita.
Daa...

Giveawaay 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia