Segmen Ben Ashaari : Impian Ku Seorang Blogger


Assalamualaikum korang!

Segmen dari Ben Ashaari ni aku panggil segmen mari berkenalan.
Haha.. aku suka bab2 berkenalan ni.
Boleh meramaikan kenalan dari dunia mayakan.
Lagi pun dah lama Ben Ashaari ni tak buat segmenkan?
So, mari kita ramai-ramai sertai sebab tarikh tutup hari ni jam 8pm.

Okeh, mari kita mulakan.

Latar belakang KM

Aku seorang blogger berstatus isteri yang bekerja. Memiliki seorang anak yang berusia 4 tahun. Aku anak sulung dari 2 orang adik beradik. Aku seorang yang tegas tapi lembut hati. Kini aku bermastautin di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

Kelebihan blog dan kenapa korang mesti singgah ke blog KM 

Pada mulanya blog Bila Aku Berkarya ni dibuka bertujuan untuk sharing e-novel tapi lama-lama dah jadi blog cerita kehidupan KM pulak haha. Yalah, kalau duk sharing e-novel je memanjang, orang pon bosan nak bacakan? So aku pun selitkanlah serba sedikit cerita kehidupan kami sekeluarga untuk memeriahkan lagi blog ni.  Bukan setakat kehidupan malah share resepi, buat segmen atau GA dan sebagainya. Jadi tak adalah korang rasa bosan bila singgah blog ni. Hari-hari ada up entry baru untuk dibaca. Tak kiralah walau ada wordless sekali pun janji ia bermanfaat untuk korang baca.

Impian sebagai blogger

Impian aku sebagai blogger ni bukanlah sampai nak jadi retis bagai tapi cukuplah sekadar blog ni disukai ramai pembaca. Makna kata pembaca tak jemu-jemu datang untuk luangkan masa membaca entry yang aku sediakan. Tapi kalau sampai dapat perhatian dari media bagai, itu adalah satu booster untuk blog ni menempa nama di mata pembaca. Dah tentulah nakkan kejayaan seperti blogger-blogger yang dah cipta nama melalui blog mereka seperti bro ben ashaari, fatin liana dan ramai lagilah.

So itu je aku nak cerita.
Kang panjang lebar lebam pulak mata korang baca haha.
Dua tiga menjak ni aku perasan dah banyak kali aku cerita pasal diri aku ni.
Ni kalau korang tak hafal jugak, tak taulah nak cakap apakan.
Hehe.. K bye.

CPUV : Sanofi Lactacyd Phase 2

Assalamualaikum korang!

Alhamdulillah... satu CPUV masuk semalam.
Cuma tak sempat nak update kat entry.
Apa CPUV baru tu?

Haaaa ni la dia, Sanofi Lactacyd Phase 2.
Apa mende jadahnya pulaklah benda alah ni.
Haha, semenjak dua ni aku asyik nampak iklan untuk kaum perempuan je.
Jadi bagi kaum lelaki boleh je nak clik2 tapi kalau segan, just klik jelah tak payah lah bagi tau korang klik apa.

Ok, Sanofi Lactacyd ni sebenarnya lebih kepada femenine hygiene solution untuk wanita.
Banyak pilihan seperti kat bawah ni.
Siapa yang nak try boleh try tapi kalau nak tau lebih lanjut, korang nampak iklan ni kat blog KM terus je klik ya.

Oklah, tu je nak cerita.
Thank to nuffnang coz masih ingat lagi kat blog KM ni.
Ingatkan dah terpingir dah, hahaha.
Ok korang daaaa...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia