Happy Father's Day to My Hubby

Haha! Sebenarnya bukannya nak sambut sangat pun.
Cumanya, terfikir nak buat sesuatu yang boleh ayahnya hargai pemberian dari anaknya.
So, aku pun ajaklah Zulaikha buat kad hari bapa.
Bukan main xcitednya budak kecik tu nak buat kad.
Aku tukang tampal dan gunting.
Dia tukang color dan tulis.
Cuma part lukis tu aku bantu sikit2.
Kalau harap dia yang lukis, memang jadi orang lidi je hahaha!


Dan inilah hasilnya setelah siap. Haha!
Okaylah tukan?
So, nak jadi cerita, Zulaikha tak sabar-sabar nak tunggu ayah dia balik.
Macam biasalah, asyik tanya aku bila ayah nak balik? Berulang kali tanya.
Dalam jam 3pm tu, terus dia sambut ayah dia dan hulurkan kad yang dia buat tadi.
Haha! Ayah dia terkejut dan rasa teruja dan terharu dengan hasil tangan anaknya.

Terus ayah tanya "Jomlah, nak makan kat mana? Hari ni ayah belanja."
Waaaahhh... terus offer nak belanja. Apa lagi, kita orang tekan pizza hutlah.
Dah lama nak try Itali menu yang baru tu.

Terliur tengok wei.

Dah sampai sana, kita orang order Combos untuk empat orang.
TAMAK TAK? Haha! Padahal makan untuk tiga orang je.
Tak apa, orang nak belanja. Tak habis, kita bawak balik.

Aku order Pesto Chicken Spaghetti
Seriously, sangat banyak gila ini spaghetti. 
Sampai aku boleh kongsi berdua dengan encik suami.
Taste dia? Waaalllaaahhh!! Sedap wei! Tolonglah cuba. Haha!

Ok, yang adalah Mama Mia Meatballs.
Uih yang ni pun memang layan makan. 
Kalau kami makan kat pizza, memang kami akan order ni sekali.
Tak pernah miss!

Taaadaaa!! Ini adalah pizza itali yg aku sibuk sangat nak cuba tu,
Apa ke namanya ek? Agak terbelit sikit lidah aku nak sebut.
Hah! Yang ada macam sosej dan keju tu namanya Romano Chicken Pizza. 
Korang ingat Nissan Murano, haaa... ingatlah Romano Chicken Pizza ni (apa kena mengena entah?)
Yang ada buah labu warna kuning tu namanya Florentine Chicken Pizza.
Haha! Susah tul lidah melayu aku ni nak sebut. Janji masuk mulut makan.

Antara dua jenis pizza ni, aku lebih suka (Nissan Murano) tu, hahaha Romano Chicken Pizzalah maknanya instead of Florentine Chicken Pizza tu.
Florentine tu bukan tak sedap, cuma tak sesuai dengan tekak kami. 
Anak aku pun tak makan yang tu haha.
  
Ni si ayah melayan anaknya yang duk bedal soup kami berdua.
Bayangkan dia makan 3 mangkuk sup haha.
Sudahnya pizza makan sekeping je.

Yang ni aku memang tak pandang camera dah sebab dah lapo sangat.
Menikmati makanan yang lazat.
Alhamdulillah.

Dan diakhiri dengan sebuah kek setengah kilo yang mana bolehlah untuk di makan tiga beranak.
Itu pun aku rasa belum tentu habis sehari haha.
Untuk pengetahuan korang, lepas je bedal pizza, kek ni langsung kami tak sentuh.
Perutnya sudah penuh, tak boleh disumbat lagi. Jadinya kami bawak balik jelah makan untuk esok.
Btw, thanks to my hubby. We love you so much! Semoga murah rezeki!

Alhamdulillah, kami syukur dengan rezeki yang Allah beri pada hari itu.

CPUV Dan CPC Yang Tengah Berlangsung

Beberapa hari ni aku ada perasan beberapa CPUV dengan CPC berlangsung kat blog aku. Yang sebenarnya aku pun belum mahir lagi bab CPUV dengan CPC ni. Dari sehari ke se hari aku nak baca, blogger yang share tentang ni tapi memang tak sempat nak fahamkan.




Apa yang aku boleh cakap kat sini, dengan adanya beberapa CPUV dan CPC ni, tiba-tiba earning aku naik mendadak. Bukanlah mendadak banyak sangat tapi bolehlah bernafas dari macam dulu tu. Hidup segan mati tak mau. Earning duk takok yang sama je. Haha





So, kalau korang nampak iklan2 ni jangan lupa klik2 ya. Lepas tu tinggalkan jejak nanti aku balas klik2 korang pulak. Hehe, buat sistem barterla.

Okay Bye!


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia