Ruang Iklan Untuk Disewa

SEGMEN BT BLOGLIST SEPTEMBER


Jom join segmen ni.
Klik je banner

Tamat 3 Sept 2014

Tub Tidup Tidup Tup Tup Tidup Tidup

Assalamualaikum korang!

Nak tau tak? Zulaikha suka sangat lagu ni tau.
Ulanglah berapa banyak kali pun dia suka betul dengan baby toon 3D dalam video ni.
Masalahnya bukan Zulaikha je suka, dengan aku-aku sekali tersampuk sama.
Cuba korang dengar, cute je suara baby toon 3D tu nyanyikan?


Aku pun tak tau macam mana boleh ada dalam hp aku.
Kata pakwan, ucu dia yang wassup dan suruh Zulaikha tengok.
Tak sangka pulak mak jemah tu suka.
Pantang nampak hp bapaknya, mesti nak pasang video ni.
Haha. okehlah, itu je nak cerita pepetang ni.
Daa..

p/s : Korang perasan tak ada nuffnang ads kat bawah ni? Yeay! Dah berjaya. Entah tetiba pulak ok. haha.

Sessi Ice Bucket Challenge Di MAHB

Assalamualaikum korang!

Pernah dengar fenomena Ice Bucket Challenge?
Haha... yang sebenarnya aku pun baru tahu ni.
Siapa yang belum tau tentang fenomena Ice Bucket Challenge ni boleh baca kat sini ya.
Nanti aku share, fenomena di dah menular ke tempat kerja aku di mana MD aku sendiri telah di cabar.


Apa itu ALS? 
ALS tu nama panjangnya Amyotrophic Lateral Sclerosis.
ALS Ice Bucket Challenge adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuh kemudian mencalonkan tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Jika mereka yang dicalonkan tak dapat buat, mereka kena sumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Tujuannya bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.

Haaaa... tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang ni bukannya suka-suka tau.
Tujuannya untuk dapatkan kesan yang dirasai tu sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.
ALS atau disebut juga sebagai Lou Ghrig, adalah sejenis penyakit yang ganggu urat saraf otak dan saraf tunjang. 
Gangguan saraf ni kemudiannya akan menjadikan pesakit tu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Cabaran mandi ais ni menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan menghidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tu.

Haaa.. lepas tulah baru cabaran tu kemudian jadi viral kat media sosial dengan penyertaan ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dve Grohl dan ramai lagilah.

Di Malaysia pulak bukan je dari kalangan selebriti malah tokoh politik macam Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan pun turut serta cabaran ni.



Dan kalau korang nak tau, Managing Director MAHB (MD tempat kerja aku) pulak telah di cabar oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan untuk sahut cabaran Ice Bucket Challenge ni semalam untuk charity ALS.
Haha... Seriously, MD baru kami memang sporting dan inilah hasil gambar yang aku dapat masa sessi Ice Bucket Challenge semalam.
Nak tau, yang mana satu MD kami? Tu yang kena siram dengan staff baju kemeja hijau tu.
Kemudian MD kami nominate YB Shabery Chik, YB Dato Sharil MCMC & YB Dato Zubir MDV untuk sahut Ice Bucket Challenge ni.

p/s : Buat Ice Bucket Challenge ni bukan sekadar buat suka-suka je tau. Sebelum nak buat ni korang kena faham dulu apa itu ALS dan tujuan cabaran ni. Kalau buat sekadar suka-suka tanpa tujuan memang tak ada maknalah hasilnya.

Ok itu je nak story.
Daaa

Kenapa Iklan Nuffnang KM Jadi Macam Ni?

Assalamualaikum korang!

Kebuntuan sangat ni.
Apasal lah iklan nuffnang aku kadang-kadang jadi macam ni?
Puas aku duk bega tapi still macam ni.
Kejap ada, kejap tak ada.
Ke memang macam ni?
Tanda-tanda nuffnang dah tak sudi beriklan kat blog aku ke apa?

Mulalah aku jadi tawar hati kat nuffnang ni sebab ada beberapa CPUV yang tengah berlangsung dan bila jadi macam ni, jadi sangkutlah iklan tu di awangan.
Aku tak sure sama ada ni masalah dari pihak nuffnang atau blog aku sendiri.
Pagi ni aku tengok ok balik tapi malam kang tengoklah, mesti jadi balik, hilang.
Tak taulah, korang nampak ke tak iklan nuffnang blog KM ni.
Atau memang iklan tak appear mcam kat atas ni?

Dah beberapa hari asyik jadi macam ni.
Kadang-kadang frust jugak, CPUV tengah on, iklan pulak tak keluar.
Mohon pencerahan ya siapa yang pandai bab ni.

Terima kasih daun keladi
Daaa


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia