Ni cerita kelmarin.
Penangan tempe masak kicap biras aku baru-baru ni, tetiba aku pulak yang teringin nak makan tempe kicap ni lagi sekali.
Aduhai sedap hingga menjilat jari kata kooo haaaa.
Masak macam ni punya simple pun kenyang sampai ke pagi haha.
Menu ni orang jawa memang suka.
Siapa orang jawa tu? Haaaaa...
Siapa lagi Pak Wan lah merangkap suami kak KM
#somiakulahtu
Even masa aku mengandungkan Zulaikha dulu pun suka benar makan tempe.
Betapa kuatnya darah jawa dalam badan anak aku hahaha.
Sampai lauk lain aku tak boleh terima.
Cukup nasi putih dengan tempe goreng je dah memadai hehe.
Jimat duit laki aku.
Dasyat mabuk ketum aku masa mengandungkan Zulaikha dulu wei.
Yang ni, Pak Wan aku tu yang nak masak sendiri.
Aku jadi mando dia je kat sebelah, haha.
Dia duk tumis bawang ngan cili pun baunya boleh menggugat iman berpuasa habaq hang!
Kalau bab memasak ni, Pak Wan memang toror sebab dia suka mencuba.
Tapi kalau setakat lauk simple ni, pejam mata je dia boleh buat haha.
Aku cuma tolong dia potong apa yang patut sebab dia kata dia nak tolong masakkan?
Haaaa.. hambiklah masak semua sekali.
Bini dia ni jadi mando je tengok dia masak hehe.
Nasib baik laki mak ni sporting tau.
Ko hado? Hehe
Ini bahan-bahan nak buat tempe kicap tu.
Simple je beb, aku tak payah buat resepilah.
Kalau korang tengok dalam gambar ni pun dah boleh ingat apa bahan nak masak.
Tengok atas tu, ingat tak?
Alah.. kacang goreng je kot.
Ni lauk budak tingkatan 5 main masak-masak. Hahaha!
Dah lama tak masak lauk tempe kicap ni wei.
Sekali buat terangkat satu rumah kesedapan yang tak terhingga.
Sayur campur dan tempe masak kicap yang lazat.
Ko dah kenapa mahirah nak kena tambah ayat "yg lazat tu?" saje nak bagi orang terliur ke?
Haha.. maaflah, tak sengaja buat korang kecur air liur.
Bubur kacang hijau
Yang ni menu tambahan korang tau?
Adoi, ikutkan tak minat sangat dengan bubur kacang hijau ni.
Tapi dah Pak Wan nak sangat aku buat jugaklah.
Itu pun aku telepon mak aku macam mana nak membuatnya.
Kalau ikut goole, bahannya pulak tak cukup, parah!
Haish! Nasib baik mak tok Zulaikha jadi penyelamat keadaan.
I love you lah mak!
Okaylah, itu je nak share
Sekian.