Ruang Iklan Untuk Disewa

Kalau Aku Jadi Anak Uncle Tu Pun Aku Marah!

ROBIN SIM MARAH AYAH KENA BULI PEMILIK PEUGEOT CDM25

Korang semua dah taukan kisah tentang #CDM25 tu jadi buli pada warga emas?
Sikap perempuan ni mengingatkan aku pada kejadian yang pernah jadi kat ayah aku sendiri. Masa tu kami berada di simpang tiga nak menghala ke kuantan, rompin. Aku ingat lagi kisah ni berlaku disekitar tahun 2002 kalau tak silaplah. Kalau aku ingat balik memang aku rasa sangat marah pada pembuli ayah aku tu.
Aku sanggup kena belasah demi nak lindungi ayah aku dari ditumbuk oleh lelaki yang bongkak tu.

Ceritanya begini, masa kereta kami berada di simpang tiga, macam biasalah kita akan tengok jalan clear then barulah kita cross the roadkan? Nak dijadikan cerita masa tu hadirlah satu buah kereta wira yang aku kira dah cantik dah cara memandunya sangat berhemah. Siap bagi signal ke kiri sebelum simpang tiga dan kami asume dia nak belok kirilah. Tiba-tiba rupanya dia nak terus dan signal ke kiri yang diberi tu terlalu awal dan buat ayah aku confuse menyebabkan ayah aku terus cross the road. Nak dijadikan cerita, wira tu tak ada hal pun dengan ayah aku. Yang jadi halnya dengan kereta mercedez benz kat belakang kereta wira tu. Tau tak mercedez tu  rupanya mengekor kereta wira tu terlalu rapat hingga membuatkan dia break mengejut dan terus 'sawan' berpatah balik untuk kejar kereta ayah aku semata-mata nak maki hamun ayah aku. 

Wallahi aku cakap, kami memang tak nampak langsung kereta mercedez tu kat belakang kereta wira ekoran dia follow terlalu rapat. Dan yang aku peliknya, sepatutnya wira depan kereta dia tulah yang patut marah, kenapa pulak dia yang lebih2 meroyan? Entahlah dalam ni hal ni aku tak nak tunding jari siapa yang bersalah. Mungkin ayah aku yang bersalah atau wira tu yang bersalah tapi ianya boleh diselesaikan dengan cara berhemah, bukan dengan cara menumbuk ayah aku untuk puaskan hati muda dia.

Okay, tiba-tiba kita orang terkejut dengar satu hon yg panjang bunyi dan terus block kereta kita orang ke tepi di hadapan kawasan perkampungan rompin. Ya Allah, aku syukur sangat masa tu sebab ramai manusia menjadi saksi kejadian tu. Lelaki yang berlagak dan bongkak tu keluar dari kereta dia dan terus hentak pintu kereta ayah aku dan cuba nak pecahkan cermin tingkap kereta ayah aku. Korang tau tak, cuma satu aku risau sebab ayah aku ada darah tinggi dan jantung. So, aku kena make sure ayah aku tenang dan tak boleh bagi dia risau dan panic. Bila ayah aku dah start buka pintu, lelaki bongkak tu tarik ayah aku keluar dan terus cekak leher ayah aku macam nak cekik ayah aku. Depan mata aku dia buat macam tu kat bapak aku, memang sakit hati gilerlah.

Ayah aku warga emas kot, he should have some respect!
Mana pergi respect dia pada orang tua? Kalau orang buat bapak dia macam tu, dia marah tak?

Aku terus keluar dari kereta dan terus menonong kat lelaki bongkak tu dan terus tepis tangan dia dari cekak leher ayah aku. Ya Allah, entah dari mana aku dapat kekuatan dan keberanian untuk aku cover ayah aku dan aku halang tangan lelaki bongkak tu dari menumbuk ayah aku. Nasib baik orang kampung kat situ cepat2 datang menghalang, kalau tak tumbukan padu dia tu dah kena kat muka aku ni. Aku tak kisah, yang penting ayah aku selamat! Masa tu aku dah terfikir dan cakap dengan adik aku suruh ambil plat kereta dia dan kita buat report polis sebab ni dah jadi kes buli. Bila aku cakap kat lelaki bongkak tu suruh bawak bersabar tapi mati2 dia nak belasah jugak ayah aku. Orang kampung rompin dah mula tahan dari dia teruskan perbuatan dia tu. 

Dia lupa, kalau dia tumbuk aku, ada dua kesalahan yg dia boleh didakwa. 1. Kes buli. 2. Pukul perempuan 
Di sebabkan dia layan sangat perasaan marah dia, dia lupakan semua tu, janji dia puas hati belasah kami. Tiba-tiba muncul seorang perempuan, bini dialah sambil kendong anak. Masa tu bini dia merayu sangat dengan aku dan ayah aku supaya maafkan perbuatan suami dia. Anak dia dah nangis2 dalam pangkuan.
Dia pujuk suami dia supaya hentikan semua ni sebab takut jadi kes polis sampai bini dia menangis-nangis kenangkan kedegilan suami dan sikap suami yang panas baran dan dah naik hantu. Aku yang tengok ni pun jadi kesian tau kat bini dan anak dia menanggung malu. Walaupun hati aku ni sakit bila suami dia buat macam tu kat ayah aku tapi aku ada juga hati dan perasaan bila tengok bini dia merayu sampai menangis minta maaf kat kami sekeluarga bagi pihak suami ni. Bila dah lerai tu, kami bertenang dan teruskan perjalanan hingga terjumpa masjid. Kami sekeluarga terus sujud syukur kat situ.

Aku ingat lagi kata-kata pakcik orang kampung rompin tu.
"Jangan lawan sangat orang macam ni. Biar nanti dia terkenang-kenang sendiri perbuatan dia tu."
AND I HOPE SO

Sama jugaklah kes uncle yang jadi mangsa amukan perempuan meroyan tu. Bila anak dia dapat tau, ingat anak dia boleh diam ke? Tak boleh... mesti akan terkesan punya bila tengok ayah dia diperlakukan begitu dikhalayak ramai. Sama jugak dengan kes aku. Cuma masa tu belum ada lagi handphone canggih manggih ni. Kalau tak, memang lelaki bongkak tu pun jadi popular macam minah ni bila orang kampung rompin viralkan video dia tu. Hai, kalaulah lelaki bongkak tu tengok video perempuan biadab ni maki uncle tu, aku harap sangat dia terkenang-kenang perbuatan dia pun satu masa dulu pernah maki dan berniat nak tumbuk ayah aku. Setakat baru naik mercedez, berlagak atas dunia macam harta tu nak bawa masuk kubur je gayanya. Insiden tu amat terkesan dalam hati aku sampai ke hari ni dan aku ingat lagi muka dia dan isterinya.

Korang boleh nilai sendiri.

p/s : Tahun lepas Ramadhan 2013, kereta Alza aku pun pernah kena gesel dengan kereta orang. Baru setahun dua pakai huhuhu. Ada Orang Tergesel Kereta Aku : Ramadhan 2013

10 comments

July 17, 2014 at 11:31 AM

Ya ALLAH..
macam2 org zaman sekarang.. disebab nafsu amarah..
sy da leh bayangkan situasi akak time tuu. sape yg sngop ngok ayah dibuat cmtuu..
smoga dia dpt pgajaran laaa..

#sy xtgok pon video perempuan meroyan tuu.. da msing2 sibuk pasal ni.. da dpt bayangkn gak.. haihh bulan pose pon bole tjadi cmni.. msti skg permpuan tuu rasa myesal sgt2 punya..

July 17, 2014 at 11:41 AM

ya.. NS.. akak sedih betul masa tu bila tengok org buat ayah akak macam tu.. kita tau ayah kita macam mana dan akak rasa lelaki bongkak tu tak layak buat ayah akak mcm tu...

July 17, 2014 at 11:48 AM

saya no komen la. Sebelum ni accident, bukan la teruk sangat.
Parking keta, order teh tarik, kemudian bangggg, Honda CRV hentam keta saya. terdiam seketika.
Masa tarik nafas, rileks, terus ambil gambar segala yang perlu, dan ckp kat owner keta tu, kita settle kat balai jela.

July 17, 2014 at 11:59 AM

Ye betul tu.. itu yang terbaik dari melepaskan marah...

July 17, 2014 at 1:22 PM

Betul. Cool la, beb. Yang die gi follow dekat2 tu knape? Yang penting kawal marah tu. Ni semua nak melenting.. Nak meroyan. Tak paham lah. Banyak sangat road bullies ni..laki pompuan same je sekarang.. Amok x kena tempat.

July 17, 2014 at 1:26 PM

And the most important thing, janganlah kurang ajar dengan orang tua sampai nak tumbuk segala bagai. Tolong jangan aniaya my patients ok. Korang kalau dah tua belum tentu xde sakit darah tinggi, kencing manis or jantung lagi ye. Suami aku slalu pesan.."kita ni bukan selamanya muda." What you give..you get back, ok. Kalau bukan sekarang..kat Akhirat. Please la ingat wahai umat Islam sekalian.

July 17, 2014 at 1:29 PM

Itulah... dia layan baran dia sangat sampai tak fikir air muka sendiri...

July 17, 2014 at 1:32 PM

betul tu... hidup ni cycle... apa yg dia buat kat orang, dia akan dapat balasannya...

July 17, 2014 at 10:08 PM

orang laki pemarah ni kan. camana la ngan bini depa...takut nyer...
pastu klu bini baran, jenuh jugak la kan...hahahaa

July 17, 2014 at 11:21 PM

kalau dua2 baran... meletop rumah tangga... huhu...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia