Ruang Iklan Untuk Disewa

2nd Day Hari Raya 2013

Assalamualaikum,

Sambung balik cerita hari raya 2013 kat Johor. Tak adalah meriah mana pun sbb orang datang rumah beraya dan kami sangkut tak keluar langsung. So layan sampai ke petang. Bila dah ada kat rumah tu mulalah planning nak buat bumbu untuk bako satey. Hehe.. Buat sendiri tau satay tu. Tak dapat der satay tebal cam gini.


Pergh! Terliur klu ingat balik. Dapatlah dalam 100 cucuk. Sampai tak termakan satay tu. Siap bakar habis, simpan esok. Di bakar oleh encik somi dan cousin2 ku yg rajin itew. Huhu... Sambil bako satey tu sempat lagi cousin2 ku main mercun. Mentang2 belakang rumah kampung tu hutan belantara. Suka ati deme je nak main sampai pekak2 telinga.

Ini satey daging. Sedap tu mmg sedap tapi liat ler pulok. Huhu...

Nila dia tukang bako satay. Gilir2 ngan encik somi. Siap pakai tudung periuk jadi kipas. Sampai kemik2 tudung periuk tu dikerjakan. Masing2 tunjuk skill membako. Yg sorang suka kuar api ngan asap tebal. Yg sorang bio atas pemanggang sampai hangus di buatnya (Tu tahap malas sebenarnya.) Yg sorang rajin letak minyak mengipas je koje.

p/s: Malam tu ada satu tragedi berlaku di mana mak n abah sy rahsiakan hingga kami balik ke KL semula. Cuma nak kata, nasib baik masing2 tak bukak cerita masa kami bermalam kat rumah pak long tu, kalau tak, mau hari tu jugak kami cabut tido rumah sepupu yg selang 1 pintu. Huhu.. Nanti sambung cerita ni lagi ek.

1st Day Hari Raya 2013

Assalamualaikum,

Seminggu bersarang. Hari ni baru nak update entry. Kat kampung line slow. Tak dapat nak update apa-apa. Sakit jiwa je klu surf menunggu lama. Huhu...

Beraya kat rumah mertua mmg sayu sebab teringatkan arwah mak mertua yang dah pergi. Setiap kali raya, kalau bermaafan mesti berjurai2 air mata. Huhu... Masa nilah kita nak rasa erti kemaafan sebenar. Kalau dibandingkan hari2 biasa kita minta maaf mesti kata maaf tu tak masuk ke jiwa. Itulah makna hari raya sebenar.

Hari raya kami kalau tak meriah ngan hidangan memang tak sah. Hari raya pertama je dah ramai kaum kerabat sampai beraya kat rumah.

Ni semua abang ipar ngan kak ipar yg masak. Hehe...



Lebih kurang kul 3pm hari raya pertama tu kita orang terus cabut ke Johor pulak. Memang dah planing nak balik di pagi raya tu. Everytime raya macam tu lah rutin kami. Masa tu dah terfikir kul berapalah sampai agaknya. Jem tok sah cakaplah. Sampai jempol ada kemalangan ngeri berlaku. Serius mati kutu sebab jem teruk gila. Jalan tutup. Ramai kata suh patah balik. Masalahnya kami tak tau jalan mana lagi nak pintas gi ke muadzam. Lastly dah nak magrib, follow je orang2 yg tersadai kat tepi jalan yg nak patah balik ikut jalan lain. Kalau tunggu situ confirm kul 2 pagi baru sampai kot.

Dalam kemalangan tu ada 2 bomba dan 5 ambulance kot tak silap. Mujurlah ada satu family ni nak gi keratong. Laluan sama ngan kami. So, follow jelah dia orang sampai keratong kami berpecah. Sampai ke kampung dekat kol 11pm. Terus pengsan tidor. Kebas punggung aku! Haha! Rehat untuk next day punya aktiviti.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia