Battery Sony HP Buncit

Hi & Assalamualaikum

Pagi ni daku dikejutkan dengan satu kejadian. Di mana daku baru nak keluarkan HP Sony ni dari bag, konon nak charge sbb battery dah kong. Tiba2 ianya telah berubah rupa menjadi seperti di bawah ini. Apakah sudah berlaku semalaman HP ni dalam bag ku?

Daku dah cuak! Adakah sudah meletop ini HP dalam bag ku?!
JENG! JENG! JENG!
I think this is not a good sign! Maknanya di sini akan berlakulah perkara mencurah air ke dalam tempayan. Dalam erti kata lain PRE-BONUS!
OMG! Daku tak merancang pun nk beli HP dengan duit bonus!!! HP tak ada dalam senarai wish list ku!!! Huhuhu....

Ruang casing sudah terbukak dari dalam bag lagi. Memang tragislah tengok keadaan dia.

Dia baring pun dah senget sebab isi dalam sudah boncit!

Daku buka je tengok2 battery sudah kembong! Bettery sudah hampir meletop! :'(

Scarykan? Memang patutlah tak boleh tutup pun casing dia.


Saya terus SMS mak:
Mak hp yg mak bg tu battery dah meletup. Bahayanya...

Mak balas SMS daku:
Awak masa tu tgh charge ke? Syukur pd Alld tak waktu tgh bercakap phone. Tula hari tu kan dah kata nk trade in nape tak buat??? Lain kali kalau dah ada nawaitu, terus aje beli.

Daku terkebil-kebil baca sekali lagi SMS dari mak. Apakah maksud cadangan beliau ni? Huuaarrrgghhh!!!
Rupanya daku mendapat restu dari mak utk tkr hp baru :'(
Terbang lagi duitku!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia