Sofa Baru Untuk Kami

Assalamualaikum,

Saya terfikir nak beli sofa baru tapi bukanlah dalam masa terdekat ni. Saya nak rileks dulu. Biar rumah lapang gila. Anak boleh guling2 mcm hindustan. Dua tiga bulan akan datang baru decide beli. Cumanya sekarang duk survey2lah harga yang mana nak beli. Kalau boleh nak beli sebelum bulan puasa. L shape design jadi pilihan hati. Cuma bilalah masa nak pergi surveynya. Huhu.. pantun berapa keratlah yang aku buat ni. haha

Saya berkenan design ni tapi kat mana nak cari huhu...
Saya cari kat cavenzi dgn harga promosi RM1299 
TAPI 
dah habis!

Yang ni pun cantik jugak. Kalaulah dapat harga yang resonable, kan best.


Yang ni pun cantik jugak.
Black and white ni sesuai sgt dengan konsep rumah saya.

Oh, kalau 4 seater ni mesti Rm4000++ harganya
TAPI
tak mungkinlah sy nak spend duit dgn byk ke sini.

Erm.. nampaknya kena survey lagi. 
Tak apa beli lewat. Biar survey sampai puas. Asalkan kita puas hati bila dapat design yg kita minat.
Perasan tak saya banyak cari sofa cerah huhu.


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia