FEBRUARY 2014 GIVEAWAY By Mazatulazura


Click Banner untuk Join

Zulaikha Demam Dan Kisah Dia Takut Dgn Cikgu Silat

Assalamualaikum,

Kesian anak mama ni demam semalam. Tiba-tiba je balik sekolah kelmarin terus demam. Mungkin keadaan cuaca yang agak kemarau sekarang ni. Dah beberapa hari tak hujan. So, saya terus bagi ubat demam yang baru kami amik dua minggu lepas. Ubat ni mmg kami standby mintak kat klinik. Nak harap hemopthy memang lambat baiknya. Alahmdulillah, pagi ni terus kebah. Cuma dia macam mamai pening lalat. Bila tanya, nak sekolah ke? Dia cakap, tak nak sebab ngantuk. Jadi saya hantar kat rumah maktok dia. Incase dia nak sekolah, maktok n tok abah dialah yang hantarkan nanti.

Semalam call cikgu, inform yang dia tak dtg sekolah sbb demam. Tup-tup, dapat tau pulak cerita baru yang dia dah dua minggu tak join latihan silat kat sekolah. Alasannya takut bila nampak cikgu silat berpakaian lengkap dengan tengkolok serba hitam. Saya terkejut jugak. Kenapa tiba-tiba takut? Kotlah dia nampak cikgu tu macam Stria Baja Hitam ke. Atau kotlah dia nampak cikgu tu macam hang Jebat yang jahat tu ke. Atau mungkin dia nampak cikgu tu macam satu lembaga hitam yang bengis dan garang.

Jadi, saya tanyalah masa dalam kereta petang semalam lepas bapak dia ambik saya dari tempat kerja. Dialog saya dengan si kecik tu :

Mama : Zulaikha, kenapa takut dengan cikgu silat kat sekolah tu?
Zulaikha : Erm.. tak taulah.
Mama : Zulaikha ckplah, kenapa zulaikha nangis bila nampak cikgu silat tu?
Zulaikha : Sebab orang tu pakai baju hitam.
Mama : Kenapa takut dengan orang pakai baju hitam? Mama pun pernah pakai baju macam cikgu silat tu pakai. (Aku pun tunjukkanlah gambar silat gayong malaysia dalam internet tu kat dia) Macam ni ke cikgu tu pakai baju?
Zulaikha : (Dia tengok) Haaaa!! Macam nilah orang tu pakai.
Mama : Dah tu kenapa Zulaikha nangis bila tengok cikgu pakai macam ni?
Zulaikha : Sebab orang tu pakai baju hitam. (dia ulang balik ayat tadi)
Mama : Yalah... tapi Zulaikha nampak apa bila cikgu tu pakai baju hitam? (Aku cuak jugak kotlah dia nampak apa2 kat cikgu tu huhu)
Zulaikha : Kita nampak orang tu jahat. Orang pakai baju hitam tu jahat. Orang tu nak pukul kita nanti. Tu yg kita nangis.
Mama : Errkk??? (Ada ke dia kata cikgu silat dia orang jahat. Ku bantai ketawa dalam kereta) 
Zulaikha : (Blur...)

Sekarang barulah aku tau kenapa dia takut sangat dengan cikgu silat dia. Itulah padahnya kalau dia suka join bapak dia tengok cerita aksi. Cerita aksikan kalau penjenayah suka pakai baju hitam, muka bengis. So, dia asume yang cikgu silat dia pakai baju hitam ajar tumbuk2 tu jahatlah. Jadi saya pun ubah mind set dia. Bukan senang nak ubah wooo. Kena slow talk hari2 supaya lama2 nanti dia boleh bezalah.

Mama : Dulu pun mama dan ayah pakai baju macam cikgu tu. Mama n ayah tak jahat pun. Zulaikha janganlah menangis bila nampak cikgu tu. Cikgu tu baikkan? 
Dia angguk. 
Mama : Cikgu tu tak pernah pukul Zulaikha kan?
Dia geleng kata tak pernah. 
Mama : Cikgu tu handsomekan? 
Dia senyum. 
Mama : Haaaa... dah tu janganlah nangis. Kawan-kawan tak nangis pun bila nampak cikgu tu. Seronok je berlatih silat. Nanti datang sekolah, mintak maaf balik pada cikgu tau.
Zulaikha : Nanti kita berlatih dgn kawan-kawan ya mama.

Macam tulah kisahnya. Ku ingatkan dia nampak lembaga ke apa, rupanya takut sbb nampak macam orang jahat. Hai mujurlah cikgu dia tu tak ada misai macam A Galak. Kalaulah ada misai macam A Galak tu, mau meraung satu sekolah agaknya huhu...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia