Ruang Iklan Untuk Disewa

Lenovo Pink Sudah Sihat

Assalamualaikum, 

Syukur Lenovo Pink ku sudah sihat macam biasa. Pendek kata dah boleh berkhidmat untuk tuannyalah. Sorry to you guys yang follow novel IPC. Duk tunggu2lah bab seterusnya bila nak muncul. Sorry for inconvenience caused. Pas ni baru nak sambung menulis semula. Hari tu cakap kalau tak okay kena standby the new one but i decide to sabar dan hanya hardisk sahaja problem. Mujurlah dengar cakap hubby hari tu. Just beli hardisk baru je dari membazir beli laptop baru. Daku siap usha2 tu ASUS 11" haha... teruknya aku ni. 

Balik rumah duk operate body Lenovo. Nasib baik mudah je. Berbanding dengan MSI yg lama tu. Termenung jugaklah nak bukakan casing dia. Sampai mintak tolong abah kokakkan sekali. Lenovo senang je nak bukak dia. MSI kena bukak whole casing bawah tu dengan batery sekali. Kang silap bukak terbarai semua. Gila punya design!

Tujuan bukak casing MSI dan Lenovo ni sebenarnya sy nak tukarkan hard disk MSI (brand Toshiba 250gb), pasang ke Lenovo. Ingatkan bijaklah sangat boleh di tuko pakai. Daku lupa yang segala tok nenek driver utk Lenovo tu duk ada dalam partition hard disk Lenovo (brand WD 750gb) yg lama tu. Sekali power on je, terus restart. Try lagi pun restart jugak. Masuk XP pon restart jugak. Termenung aku sekejap duk tenung bangkai hard disk lama tu. Hard disk toshiba 250gb dah terpasang dalam Lenovo tu. Jadi aku kena bukak balik ar ni? Pasang balik hard disk WD 750gb lama Lenovo utk burn driver dlm CD. Stress wooo pikir... Dah rasa macam tikus membaiki labu pun ada aku ni... hahaha...

Nasib baiklah ada member office yang teror bab transfer2 driver Lenovo dlm CD ni. Daku tahu windows XP jeeeew. Driver2 ni tak sempat belajar, cikgu mati huhu. Nak soh cari dlm Lenovo website punyalah pemalas tahap gaban! Laptop rosak kot, nak cari jadahnye?! Pandang pun tak lalu.

Laptop sekarang ni tak main der CD2 bagai ni. Semua driver storing dalam system/hard disk/laptop... (ntahlah hai driver duk ada dlm yg mana satu) Kalau nak format, just tekan satu button ni je. Haaa... so keluarlah segala tok nenek driver dari situ.

Otak daku ni system lama jew. Tau windows XP hahaha (gelak stress). Tak sempat nak belajar benda baru. 

Inilah dia Lenovo Pink yg sudah beroperasi seperti biasa. Ni pun dah tunjuk tanda2 LCD nye kejap gelap kejap terang. Biasalah kalau ada anak kecik mmg cenggini. Laptop ni la jadi tempat pijak dia, tempat main dia. Mujur budak tu tak tau main game dlm ni. (Memang tak dak game pon, semata2 utk wat biz kerja je) Never! Don't touch mama punya barang lagi. Nanti leka!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia