Ruang Iklan Untuk Disewa

Monitor Blood Pressure Sendiri


Assalamualaikum korang!

Korang taukan mesin apa kat atas tu?
Dah lama dah aku beli benda alah ni.
Tak silap masa tu aku tengah mengandungkan Zulaikha.
Konon-konon nak monitorlah blood pressure sendiri.
Sesekali boleh jugak abah aku guna untuk monitor blood pressure dia.

Alhamdulillah syukur.
Hingga ke hari ni bacaan BP aku normal.
Cuma bila datang stress, haaa mulalah BP aku jadi boder.
Ada masa pulak jadi bawah bacaan normal macam dalam gambar kat atas tu.
Haaa kalau korang ada rasa pening luar biasa tu sila la check ya.
Boleh jadi tekanan darah rendah atau tekanan darah tinggi.

Untuk pengetahuan korang BP normal 120 / 80.
Kalau bacaan 113 / 71 macam kat atas ni, maknanya tak normal.
Nak kata tekanan darah rendah pun mungkin jugak kot.
Nak tau lebih lanjut kena tanya blogger doktor ya.
Oklah tu je nak cerita daaa.





CPUV HP PC Demand Gen Digital

Assalamualaikum korang!

Rezeki di hari jumaat agaknya.
Dapatlah satu CPUV PC Demand Gen Digital satu.
Alamak, aku try google tapi tak dapat info lah tentang ni.
Nantilah kalau dah dapat info, aku buat satu entry khas untuk CPUV ni.

Berminggu-minggu aku tunggu tau.
Berminggu-minggu aku tengok korang update CPUV.
I is jeles okeh dengan kekeparan korang mendapat CPUV.
Setelah sekian lama, baru sekarang aku dapat satu je, huhu.
Baru sekarang ke nuffnang nampak blog KM ni.
Kecik hati tau.
*tetiba sayu pulak kenangkan satu CPUV ni haha*

Oklah bye!




Hasil Tabungan Zulaikha Tahun Ni.

Assalamualaikum korang!

Yeay! Hari ni aku nak balik kampung!
Korang jangan rindu kan aku tau hehe.
InshaaAllah, aku akan cuba update entry macam biasa. 
*cewah, feeling perasan plak ko ni mahirah oi!*
Paling cikai pun join segmen untuk satu hari sampai lebam kikiki.=)

Okeh, hari ni aku nak share cerita pasal menabung.
Korang pernah menabungkan?
Sejak umur berapa korang di ajar menabung?
Ni mesti dah penuh duit dalam akaun korang sampai sekarang ni kan?
~Hehehe~

Tau tak, aku start ajar Zulaikha menabung since umur dia tiga tahun lagi.
Masa tu dia tak tau lagi apa itu duit, apa itu tabung, apa itu menyimpan.
Yang dia tau, korek dompet mak ayah dia, amik duit syiling, dan masuk dalam tabung dia.

"Mama! Kita amik duit ni masuk tabung kita ya!"
atau
"Ayah! Ni duit ayah! Kita nak masuk tabung kitalah!
Haha! Nampak tak kebijaksanaan budak kecik tu?
Kalau tabung dia sentiasa penuh tu kerja dia isi duit syiling kita oranglah tu.
Even kalau jumpa duit 5 sen pun dia masuk dalam tabung dia.
Haha... dia rasa teruja sebab nak tabung penuh.
Duit kertas dia tak heran.
Kalau dapat duit raya, semua dia pas kat aku je.


Ikutkan ni kali ke dua tabung haji ni penuh dengan duit syiling dia.
Baru-baru ni aku mintak tolong pakwan pergi tabung haji dan masukkan duit dia.
Yang bestnya pakwan gi bawak duit kertas tu dengan tabung-tabungnya sekali ke tabung haji.
Ko tak pelik ke semua orang tengok dia masa tu, haha!
Bila sampai kat kaunter, encik kaunter tu cakap

"Bang, lain kali tak payahlah bawak tabungnya sekali. Cuma bawak duitnya je ya."

Muka pakwan yang hitam manis tu mula kemerahan.
*eh, nampak ke merahnya tu miahaha!*
Malu tok sah cakap ar, tersengih-sengih je pak wan kat encik kaunter tu.
Encik kaunter tu pun terus buat kerjanya cam biasa.
Tetiba encik kaunter tu datang balik dan cakap mesin duit tu rosak la pulok.
Haish! Terpaksa tinggalkan duit kat situ then minggu depan baru gi update buku.


Aku ingat lagi, masa mula-mula bawak Zulaikha ke tabung haji nak masukkan duit.
Dia tengok je duit tu terpelanting-terpelanting kat dalam mesin, hihi.
Kali ni tak boleh bawak sebab dia dah sekolah.
Rasa seronok tengok anak dah pandai menabung.
Moga-moga kekallah sampai dia dewasa kelak.

Oklah, tu je nak cerita.
Bye!



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia