Hasil Tabungan Zulaikha Tahun Ni.

Assalamualaikum korang!

Yeay! Hari ni aku nak balik kampung!
Korang jangan rindu kan aku tau hehe.
InshaaAllah, aku akan cuba update entry macam biasa. 
*cewah, feeling perasan plak ko ni mahirah oi!*
Paling cikai pun join segmen untuk satu hari sampai lebam kikiki.=)

Okeh, hari ni aku nak share cerita pasal menabung.
Korang pernah menabungkan?
Sejak umur berapa korang di ajar menabung?
Ni mesti dah penuh duit dalam akaun korang sampai sekarang ni kan?
~Hehehe~

Tau tak, aku start ajar Zulaikha menabung since umur dia tiga tahun lagi.
Masa tu dia tak tau lagi apa itu duit, apa itu tabung, apa itu menyimpan.
Yang dia tau, korek dompet mak ayah dia, amik duit syiling, dan masuk dalam tabung dia.

"Mama! Kita amik duit ni masuk tabung kita ya!"
atau
"Ayah! Ni duit ayah! Kita nak masuk tabung kitalah!
Haha! Nampak tak kebijaksanaan budak kecik tu?
Kalau tabung dia sentiasa penuh tu kerja dia isi duit syiling kita oranglah tu.
Even kalau jumpa duit 5 sen pun dia masuk dalam tabung dia.
Haha... dia rasa teruja sebab nak tabung penuh.
Duit kertas dia tak heran.
Kalau dapat duit raya, semua dia pas kat aku je.


Ikutkan ni kali ke dua tabung haji ni penuh dengan duit syiling dia.
Baru-baru ni aku mintak tolong pakwan pergi tabung haji dan masukkan duit dia.
Yang bestnya pakwan gi bawak duit kertas tu dengan tabung-tabungnya sekali ke tabung haji.
Ko tak pelik ke semua orang tengok dia masa tu, haha!
Bila sampai kat kaunter, encik kaunter tu cakap

"Bang, lain kali tak payahlah bawak tabungnya sekali. Cuma bawak duitnya je ya."

Muka pakwan yang hitam manis tu mula kemerahan.
*eh, nampak ke merahnya tu miahaha!*
Malu tok sah cakap ar, tersengih-sengih je pak wan kat encik kaunter tu.
Encik kaunter tu pun terus buat kerjanya cam biasa.
Tetiba encik kaunter tu datang balik dan cakap mesin duit tu rosak la pulok.
Haish! Terpaksa tinggalkan duit kat situ then minggu depan baru gi update buku.


Aku ingat lagi, masa mula-mula bawak Zulaikha ke tabung haji nak masukkan duit.
Dia tengok je duit tu terpelanting-terpelanting kat dalam mesin, hihi.
Kali ni tak boleh bawak sebab dia dah sekolah.
Rasa seronok tengok anak dah pandai menabung.
Moga-moga kekallah sampai dia dewasa kelak.

Oklah, tu je nak cerita.
Bye!



14 comments

August 23, 2014 at 8:24 AM

wah.. dah lama tak nampak tabung berbentuk tabung haji tu... dah follow sini yer.. :)

August 23, 2014 at 10:09 AM

KM, anda di tagged http://www.irrayyan.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html
zulaikha belanja mommy irra eskerim satu :p

August 23, 2014 at 11:25 AM

wahhh bgus latih darri kecik....kite nak kawenlah baru betul2 menabung....umor da 20 mse baru2 reti berjimat sikit...heehehhe :D

August 23, 2014 at 11:29 AM

ini baru di katakan ibu yg bijak, mengajar anak menabung dari kecil lagi dan lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Untung zulaikha bila besar nanti.

August 23, 2014 at 11:32 AM

menabung jugak dalam tabung tu..hehe

August 23, 2014 at 8:45 PM

semoga cepat penuh tabung zulaikha..boleh bawa Mama dan Ayah gi haji

August 23, 2014 at 9:28 PM

terima kasih :)

August 24, 2014 at 9:15 AM

ik nanti KM singgah.. kat kampung ni tak de line... ;((

August 24, 2014 at 9:17 AM

betullah... haha.. :)

August 24, 2014 at 6:08 PM

baaagusnya kecik kecik pandai menabung daaa.. moga sampai besar pandai menabung yaaa :D

August 25, 2014 at 8:10 PM

insya-ALLAH, semoga berkekalan ^^,

August 27, 2014 at 6:37 AM

Anak saya sorang 1 tabung.
Memang bising pantang jumpa duit bersepah dalam rumah terus kutip.
Berebut2 pulak tu.

August 27, 2014 at 10:05 PM

Bgus ajar ank2 menabung dr kecik.. Sy pun dh niat nk buka buku tuk ank ni nti bila dh lahir.. Nk start dr awal..

September 2, 2014 at 1:37 PM

bgus ajar ank dr kecik menabung

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia