Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 1

Taman Mawar BBST,
Sehari Sebelum Raya

Alhamdulilah... 

Raya pertama semuanya disempurnakan dengan lancar. Dari mana aku nak mulakan cerita ek? Hehe... oklah, aku start cerita dari lepas buat persiapan check list balik kampung tu ya. Korang tau tak? Masa aku buat ckeck list persiapan balik kampung tu, pak wan bukannya ada pun kat rumah. Dia kena panggil adik-beradik dia balik kampung awal. Maklumlah, nak kena beli barang dapur untuk masak hari raya. Memang macam tu setiap kali raya. Meriah ko, adik beradik dia. Seronok.


Nak dijadikan cerita, petang tu pak wan call, suruh aku ngan Zulaikha siap sedia. Aku dengan Zulaikha tak de hal sebab barang kita orang dah ready. Cuma barang pak wan je yang belum siap lagi, haha.. Dalam jam 6 petang tu dia sampai rumah nak ambil kita orang. Siap mandi, kemas baju dia then kita orang pun angkut barang dalam kereta. Ambil masa 45 minit jugak nak tunggu pak wan siap, haha.. macam pompuankan? Then baru kita orang bertolak ke kampung. Kejar masa nak buka puasa sebenarnya.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia