Kasut Zalora Ku Dah Sampai =)

Assalamualaikum,

Yeeeehoooo! Kasut sy sudah sampai. TQ Zalora sebab bagi perkhidmatan yang sangat pantas. Suka betul bila tgk kasut yang berwarna-warni ni dah ada depan mata. Ikutkan rasa nafsu ni tak cukup lagi dua color tapi hold dulu. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, saiz habis, abaikan jelah. Bila dah banyak ni tak tau bila nak pakainya ngehehehe... Sayangnya nak pakai!

Ada lima pasang color yang berlainan.

Hairan juga kalau ada yg complain barang sampai lambat tu sebab saya punya kasut sampai cepat. Beli hari ni, esok dah sampai dah. Guna GDex lagi. Memang dia tak sempat provide tracking number tapi kita sebagai customer kena rajin calling mereka dan mintak tracking number. Customer servis dia layan memant tip top! Bukan apa, fikir positiflah bila rate dah naik mesti banyak tempahan terima dan tak sempat mereka nak update.

GDex services

Di bawah ni antara kasut-kasut yg dah sampai kepada saya. Memang memikat dan memukau hati sy sampai rasa sayang nak pakai. Cucilah mata ye.. =)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 | 26 April - 5 Mei PWTC

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak update latest pesta buku antarabangsa KL. Sesiapa yang gila buku, kaki buku, ulat buku, bolehlah menghabiskan duit di sini PWTC pada tarikh yg tertera...


Program : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Tarikh : 26 April - 5 Mei 2013

Tempat : PWTC

Masa Operasi : 10am - 7pm (Isnin - Khamis)
10am - 9pm (Jumaat - Ahad & Cuti Am) 

p/s : Saya mula gatal tangan kiri untuk membuat check list buku2 yg bakal nak di beli ye... awk2 semua takkan tak de buku yg berkenan kot??? Byk novel dah keluar jd drama neh, mesti nak buat koleksi kan? kan? kan? ngeeeee... ;)
Erm...? Buku ape lg saya nak beli yeee? Erm...

Zalora Oh Zalora

Assalamualaikum,

Sy telah terjebak dengan Zalora/! Parah poket, memang parah! ='} Cenggini kisahnya, ada sorang kwn ni dia baru je membeli belah kasut di Zalora. Hari ni order, esoknya sampai. Sy sgtlah teruja bila tengok dia punya kasut tu. High heel cantik! Memang sy tertarik!

Jadi sy pun terus buka Zalora. Konon nak tengok2 je apa yang menarik sangat sampai orang kata Zalora ni berhantu. Sekali click punya click, tengok2 dah penuh my wish list. Oh tidak! Tangan ku dah mula gatal nak tekan buy tapi sy tahan je niat hati ni bila kwn kata "Jangan kak Mahirah. Zalora ni berhantu!"

Hehehe! Memang sah berhantu. Kenapa sy cakap berhantu? Di mana sy berada, Zalora ada. Yg tak tahan tu, di mata sy sentiasa nampak flat shoes yg masih dlm wish list sy tu. Maksudnya Zalora pancing sy dgn iklan2nya di blog2 orang yg sy visit melalui IP address. Contohnya spt di bawah...

Bila sy bukak blog niaga orang, ada je Zalora duk promote flat shoes sy. Sy bukak 4shared pun ada Zalora duk promote flat shoes dlm wishlist sy tu. Sy bukak penulisan2u pun ada jugak Zalora duk promote flat shoes yg ada dlm wishlist sy. Sama ada sy yg salah tgk atau mmg betul2 Zalora promote kat sy. Bila teliti lg sekali mmg betul pon Zalora nak pancing aku suh beli! Uwaaa!! Mana tak tergugat imanku ni? Cer tgk!
Mcm nilah iklannye...

Sy singgah oh bulan pun Zalora promote kasut wishlist sy!


Zalora iklankan kasut dlm wishlist sy...

Kat penuliasan2u pun Zalora duk promote kasut yg ada dlm wishlist sy. Dah la laman ni sy suka lepak baca novel orang...

Lagi Zalora iklankan kasut dlm wishlist sy...

NAK PENGSAN!

Pergh! Sy hanya manusia biasa. Hati cepat cair bila tengok kasut2 yg sy idamkan itu asyik tertayang di mana2 blog orang. Akhirnya sy buka Zalora dan terus click button BUY utk 5 kasut yg tgh offer. Harga akan di beritahu kemudian after sampai ke tgn sy nanti ya. Jgn risau, tak mahal pun... ngeee...

Setakat ni je nak cerita pengalaman sy terpengaruh dgn Zalora. Kang kalo cerita panjang2, ada sy singgah website Zalora cuci mata lagi kot. Huhuhu... Dah sampai nanti sy update baru pulak ya!

Oklah bye!

Weeee... Lunch time at Shushi King

Assalamualaikum,

Kenangan makan secara berjemaah di Shushi King. Bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai macam gini. Inilah masa sesuai pun kalau nak makan dekat luar sama ngan kawan2. Planning dah lama, rancang dgn teliti tapi selalu tak jadi jugak. Sorang ni sangkut sbb bos adalah. Corum tak cukuplah. Sorang ni MC lah. Sorang ni cutilah. Macam-macam alasan. Akhirnya pada hari Khamis 18/4/2013 dapat juga kami di satukan untuk lunch beramai-ramai. Tujuh orang tuuuuu, jemaah satu table Shushi King.

Sampai2 kami dah rambang mata, tak tau nak pilih makanan apa. Sudahnya sy pilihlah Mixed Bento. Tak taulah masa tu apa rasa. Main oder je, janji masuk perut kenyang. Tengok nasi mcm banyak. Dah terfikir dlm kepala "Habislah diet aku hari ni" Tengok kalori dia 894Kcal. Weehooo! PENGSAN!
Lepas ni nak try Piri-Piri Chiken plak. 


Yg ni pulak Sushi dlm pinggan yang pusing-pusing tu hehehe. Rembat jugak tiga pinggan. Nak rasa punya pasal.

Yg ni Shushi telor ikan katanya. Memang sedap. Itu yg kenyang cam nak pecah perut rasa.

Yg ni pinggan ketiga. Itu pun sy share lagi beberapa pinggan yg sy tak sempat nak snap pic. Tiga pinggan di atas antara yang sempat. Yg ni pun sedap jugak. Masa ni sy sudah kenyang sebelum tiba set Mixed Bento sy itew. Huhuhu! ='}


Dan... taaaddaaa! Sampai jugak akhirnya sy punya set Mixed Bento. ='} Mak datok, banyak nasi dia! Ni bukan segenggam dah ni. Mampuih nak habiskn ni.

Dan inilah hasilnya yg tinggal sepelas kami mencekik. Ini Shushi kecik2 ye. Teman tak kira perapa pinggan tp rasanya ada 25 pinggan untuk 7 org makan ye. Meja kami paling tinggi mcm menara. Banyak giler... sape boleh kira? Muahaha! =p

Inilah dia antara 6 orang dari 7 orang yg sy ceritakan di atas. Hahaha... 
Kami sudah kenyang! Alhamdulillah! Terima kasih atas nikmat makanan yang Allah berikan.

p/s: Terima kasih kak Mikin sebab belanja kami makan Shushi King. Semoga rezeki kak Mikin melimpah ruah hendaknya ya. =)

Gwiyomi... Gwiyomi... Demam Gwiyomi di Malaysia

Assalamualaikum,

Sy rasa mesti korang pernah tengok Gwiyomi video versi Malaysia ni. Mula-mula tengok memang sy pelik. Apa hal la tiba-tiba video ni tersebar. Tak ada angin, tak ada ribut, tau2 dah kecoh kat serata tempat sy pergi. Boleh pulak tu pergi giant, sy tgk ada saleman kiosk duk berulang kali tengok video adik kat bawah ni. Mungkin sbb cute sangat kot. Ulang kali tengok pun tak boring.. hehe..

Balik rumah, bila ku google2 rupanya baru tau yg video ni ala2 macam Gangnam style jugaklah. Sy ni tak de la ikut sgt pasal Gangnam bagai. Yg sy tau mmg nama Gangnam tu popular =) ngeee... 

Dah bersepah kat facebook ngan video sorang adik cute ni. So sy pun gi usha kat youtube untuk tengok video orang lain pulak. Mestilah ada org kat luar sana pun nak cuba gaya ala2 cute nikan hehe... Tp setelah dilihat dan diteliti, video adik ni jugak antara yang paling cute! Sekali tengok, dah mcm korean muslim pun ada. Sy difahamkan dia buat video ni untuk hubby dia. Apa pun, adik ni super duper cute no 1 di Malaysia. Good Job sis!


Siapa lagi nak cuba? Trylah... di bawah ni adalah lirik lagu Gwiyomi siapa yang tak hafal bolehlah tengok sini ye.

p/s : Kalau akulah buat Gwiyomi khas untuk encik somi ni, mesti dikatanya aku dah buang tebiat... hahaha... so kirim salamlah kan!

Okaylah bye!

SELAMAT BERAKSI! =)

Choko meopin han jogak sikyeonoko
Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
Oppahago nahago kkok maju anjaseo
Seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Ildeo hagi ileun gwiyomi, ideo hagi ineun gwiyomi
Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeo hagi sado gwiyomi, odeo hagi odo gwiyomi
Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhae jwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Hana dul set nun gamgo naege dagawa
Du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
Geu ipsul makgoseo

Ildeo hagi ileun gwiyomi, ideohagi ineun gwiyomi
Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeo hagi sado gwiyomi, odeo hagi odo gwiyomi
Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhae jwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Pink? Green? Suka combination Pink dan Green?


Assalamualaikum,

Kenapa entah tetiba sy suka PINK + GREEN? Sudah beralih arah ke? Haha... beg duit sy warna pink. Casing hp combination color pink + green. Now baju pun byk yg pink dan green. Dah kemaruk pulak nak combine dua warna tu. Dulu sibuk suka warna PURPLE segala. Wedding themed pun warna purple. Segalanya warna purple. Sampaikan penuh baju kurung koleksi warna purple.

Sekarang sy tengah tunggu kedatangan Feelook Point Diary Case dan Hera Diary for GNote2. Tak sabo teman nak melaram. Siap beli dua color yg berlainan brand. Boleh tukar-tukar pakai. Hari ni color green, esok hot pink! Nghehe..
Yang green ni Feelook Point. Ya rabbi, color dia sangatlah menggegar jiwa aku. Green Day!
Yang hot pink ni Hera Diary brand. Tengok color memang HOT! seksi pun ada. Tunggu dan lihat je la bila dah sampai nanti. 

Beg duit warna pink... Hai geram je sy tengok. Blink! Blink! Dah mata sy ni. 
Ikutkan hati, nak je sambar warna hijau jugak tp encik somi dah jeling-jeling tu paham-paham jelah. Ku letak balik yang color hijau. Sambil sengih-sengih kat dia. Al maklum, bagi betis nak peha. Orang tu bg green light beli satu je, yg haku nak beli dua. Ngeee...

"Tak yah membazirlah yang. Pakai dulu  yg sedia ada.." Kata encik somi sambil pimpin anak.
Sy senyum je terus pimpin tangan dia.

--------------------
Blink! Blink! Blink!

Glasses Oh Glasses

Assalamualaikum,

Hari ni sy pakai glasses. Mataku dah mula macam nak rabun semula. Dulu masa mengandung pakai glasses jugak tp pas bersalin, Allah bg anugerah mata terus terang semula. Now dah tiga tahun, anak pun dah tiga tahun. Asyik mengadap lappy utk mengarang novel. Mulalah rasa mcm ada rabun-rabut sikit. Terutama sekali sebelah malam sebab buat keja dlm samar2 lampu gitu... (Itu je pun masa yang ada untuk mengarang. Tak diganggu si kecik itew)

Dengan jaya nye sy menyelongkar balik glasses yg lama. Nasib terjumpa glasses yg mcm ala2 makcik ni ha. Bila mak pakai ni, wooo... nampak dah aku ni berusia bila guna glasses. Hahaha... Nak kena beli baru ni... (lemah tul bab kena  beli baru ni...=( )

Terimalah hakikatnye =p

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum,

Siapa ikut cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia setiap hari jumaat? Seriusly sy sgt terpikat dgn cerita itu dgn OST drama Zehra. Kelakar! Heronya jambu derrr... I suka! I suka! Cute sgt... watak Firash yang disandang oleh Izzue Islam dan memang sesuailah dia berlakon watak muda. Digandingkan pulak dengan watak Syafa yang disandang oleh Tizz Zaqyah yang lebih tua 4 tahun. Memang menarik!


Cutekan gandingan pasangan ni. So, jangan lupa tonton slot Zehra ya. Sikit je episod dia.

Lirik Lagu Kita - Fourteen (OST Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Korus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu


Ulang Korus





Selamat menonton! =)

Durian Crepe Oh Durian Crepe

Hi & Assalamualaikum

Tetiba terkenangkan durian crepe yang dibuat oleh cousin kawan saya di banting. Bila tanya ada buat lagi tak? Katanya durian tak de musim dah. Frustnya!
Dulu masa musimnya memang ku borong banyak dan makan sorang okay. Sampai muak-muak makan sorang. Tamaknya rasa kalo ingat balik, huhuhu!
Oleh sebab dalam famili saya sorang je penggemar durian crepe, so kita bawak balik pun tak guna kalo makanan yg lazat itu dipandang sepi oleh cik hubby. Penyudahnya sayalah yang habiskan... bestkan?! bestkan?! bestkan?! Ngeee ;) Keh! keh! keh!


Ini dia durian crepe yg dimaksudnya, gebus tak?! Sangat gebus!! Asal pandang, terliur teman dibuatnya. Nyummy!

Siti Norhaliza vs Diana Amir

Hi & Assalamualaikum

I admire dua org artis wanita malaysia yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik. Mereka berdua sangat comel bila pakai tudung dan telah mempengaruhi saya untuk pakai shawl seperti mereka. Ngehehe... Tak salah berubah penampilan agar nampak lebih kemas dan menarik kan? blink! blink! blink! ;)

Siapakah artis yang saya maksudkan itu??


Inilah dia. Mereka adalah Datuk Siti Nur Haliza dan Diana Amir!!!! 
Cantikkan?! Cantikkan? Cantikkan?
Claps! Claps! Claps!

Saya paling admire cara Diana Amir bertudung dan paling mudah kot untuk saya menggayakannya. 
Gaya Datuk Siti bertudung pula ala-ala macam Hana Tajima gitu. Cutekan? Tapi daku belum mahir lagi nak sarung utk ke tempat kerja. Karang elok-elok siap 10 minit jadi 1 jam. Hohoho...

Punyalah kemaruk dengan cara dua artis ni bertudung daku sanggup belajar melalui tutorial yang ada di youtube. Sangat berguna okay! Tutorial siapakah yang bertuah menjadi pilihan ku?

V
V
V
V
V
V

Terima kasihlah pada pemilik blog yang sweet ini..

Tutorial adik ni sangat memudahkan tudungku di transformed menjadi seperti tudung artis di atas hehehe.

[me.jpg]
Ngeeee... Tetiba termalu sendiri! (^m^) 
Teman ni tidak le lawa tapi segaklah sikit dari pakai tudung awning tu.

Peace!!!

Family Dinner at Pizza Hut

Assalamualaikum,

Hari ni ada request by hubby. Katanya nak dinner awal kat pizza hut. Tekak tak mau nasi. Dia balik kerja je tadi pas solat terus gerak ke sana. Si kecik tu dah terlompat2 suka sebab nak jalan. Hilang terus ngantuknya. Aku teringin nak makan meatball beef. Yg hubby lak teringin nak makan island supreme pizza 6 slice. Anak plak tumpang ayah dia. Erm, bukan makan sangat pun. Dalam banyak menu atas meja dia mengerjakan soup je.

Sedang memilih menu ape nak makan

Air, aiscream 1 scop dan sup dah sampai dulu. Si kecik duk geram tengok air milo dia. Asyik tanya mama tu air sape? Haha...

Dan inilah menu yg kami pesan itu. Tak sabo nak bedal meatball. Yang best tu sebelum makan anakku siap dapat pesanan penaja dari pelayan yg hidang manu tu. 
Katanya, adik makan jangan lupa baca bismillah ya. 
Aku senyum je. Terima kasihlah dik kerana ingatkan. Lepas dapat pesanan penaja itu, dengan penuh semangat anakku baca doa makan kuat2. Now satu pizza hut tu dengar suara dia ya. Huhuhu...

Pizza tu aku makan 2 slice je sebab dah kenyang. Hubby sibuk suapkan sup kat si kecik. Itu je yg dia nak dengan 1 slice pizza island supreme.

Apa pun sangat puas dan enjoy makan pizza td. Memang kenyang sangat. Inilah berkat makan baca bismillah ya. Hihihi... ;-)
Dan harga untuk makan tiga orang ialah RM41.64. Berbaloi sbb ngam2 je kami habiskan. Ngeeeeee... ;D 

Powerbank 20000mAh Sudah Sampai

Assalamualaikum,

Akhirnya sudah sampai jugak powerbank ku 20000mAh yg dinantikan. Lepas ni tak ada alasan low batterylah bagai ye. Yg paling penting nak gi kelong nanti kena bawak. Berguna sangat time atas laut masa tu. Hehehe...

Inilah dia rupa powerbank yang power itu. Baru nak try and error berapa lama bertahan.

Masa ni tengah charge hp galaxy Y. mmg full penuh ye. Best! Sat lagi nak charge Note 2 plak.

Korang ada ke? Kalau belum, silala beli ya. Sangat berguna bg siapa yg kaki travel! Lepas ni tak payah dah nak cari MacD ke, KFC ke atau tmpt mkn utk charge hp. Buang time je! Ngeee...

p/s: Satu wishlist sy dah tercapai. POWERBANK! =) cuma hanya dpt beli capacity power 20000mAh instead of 30000mAh. budget cuma utk tu je hehe tp bolehlah kan dri tak de. 
So, apa next wishlist yg akan sampai ye? Tunggu...

Cuti-cuti Malaysia ke Kelong Acheh (Penyabung Johor)

Hi & Assalamualaikum

Kali ni nak update pasal percutian ku di Endau - Penyabong - Kelong Acheh. Haha! Banyakkan tempat daku pergi? Bunyi je banyak tapi dekat2 je pon. Yang sebenarnya saya balik kampung sebab ada majlis kenduri kahwin. Dah alang-alang bercuti 4 hari 3 malam, saya ngan mr hubby bercadang pergi ke Kelong Acheh di tengah laut Penyabong.

Yang beriya-iya sangat nak pergi tu mr hubbylah. Dia sibuk mengajak sebab nak mengusha tempat pancing paling best dekat laut. Supaya next time dia boleh bawak ayah mertua sekali pergi lepak kat kelong tu. Paling tidak pun dengor2 planning dua beranak tu nak berkhemah tepi pantai sambil memancing atas boat. Orang lelaki itula kerjanya huhu.

Yang kita ni perempuan pulak lepak kat kelong. Dapatlah berehat sambil menghirup udara segar ngehehe. Buat novel kat atas kelong tu pun best wooooo. Itu nawaitu daku sebenarnya ngeee! Angin bayu laut yang bertiup tak de sepoi2 der, kuat! Waaaaaa bestnya kalau ingat balik! ;) Panas macam tak panas. Walau dah tengah hari pun tetap rasa sejuk angin.

Kali terakhir jejak ke kelong tu adalah dalam sebelum kahwin. Ngehehe... Dah kahwin, ada anak sorang barulah ajak mr hubby pergi sekali. Jom saya nak share sikit beberapa gambar sepanjang kami di sana.

Ni kami on the way jalan kaki to jeti penyabong. En Nuar kita tu (my cousin ya) sedang membawa bekalan makanan ke jeti. Bekalan pagi itu adalah nasi lemak buat sendiri oleh mak de. Nyummy!


Inilah dia boat nelayan yang akan kami naik. Masa ni air sudah surut sikit sebab tu boat jadi rendah dari paras jeti. Hohoho! Tapi tetap kami redah jua. Tak susah pun turun. Ngeee =)


Okay! Ready untuk lompat atas boat nelayan! Yeehaaa!! 
Mr. Hubby risau sangatlah yang kita ni takut turun ke boat. Huh! Dia ingat kita tak biasa ke laut? 
sekali...
Nah ambik, teman yang lompat dulu dalam boat dari dia. Cari punya cari bini dia ni dah hilang duduk baik punya dalam boat tu. Hahaha!

  
Kini kami sudah berada di dalam boat nelayan. Dua orang kat depan tu adalah sedara. Hehe...
Boat dah mula nak gerak di kawal selia oleh kelasi boat. Keh! keh! keh! Kelasilah sangatkan?


Inilah dia kelasi boat yang tak berapa nak kelasi tu. Hehehe... Enjoy pandu boat!


Ini pulak permandangan on the way to kelong itu. Best! Best! Best!


Now kami dah sampai ke kelong. Tinggi betul nak melangkah naik tangga kayu tu. Huhu... Naik tak pe.. Daku fikir nak turun tu nanti macam mana?
Tangga kayu flat! Jarak nak langkah tu subhanallah, punyalah jarah! Nasib baik kaki ku sampai. Susah nak turon sbb air dah mula surut. Huhuhu...


Ttttaaaadddddaaaa!!! 
Inilah dia kelongnya!!! Nak bagi taunya, dkt tengah2 ni kita boleh buat BBQ tgh malam ya tapi kena request awal masa nak booking kelong ni. Kalau booking plak kena bagi tahu sebulan awal sebab kelong ini setiasa penuh dengan pengujung yg gila mancing. 
Waktu ni panas terik tapi udara sejuk sebab tengah laut. Kat sini kalau tak silap kami berada tengah laut paras 3 x 6kaki = 18 kaki. Dalam gilerkan paras air? Takot! =(


Brader yang baju oren tu mr hubby ku. Dia tengah usha pancing mana nak pakai. Daku usha angin je dari sini hehehe...


Waktu ni pulak kami berada di ruang dapur kelong. Memandangkan kami kenal mak Yam, jadi kami pun lepaklah kat bahagian dapur ni sambil menikmati nasi lemak yang dibawa dan udang lipan yang ditumis sambal oleh mak Yam. Sedap woooo... *thumbs up!*


Waktu ni pula saya sedang baring kat katil yang betul2 sebelah tingkap dewan tido. Dewan ni boleh memuatkan 30 - 40 orang pelancong. Masa ni tido sambil ditiup angin, peargh!! Bestnya!!!


Gambar di atas ni adalah gambaran dorm, bagi pelancong yg bawa rombongan cik kiah ke kelong hampir 30 ke 40 orang. Memang luas dewannya dan budak2 boleh berlari ke sana, ke mari lagi dalam tu sesuka hati. Jangan terjun laut sudahlah ya. Ngeeee...


Manakala gambar rumah daun rumbia ni pula adalah gambaran bilik tertutup yang agak privacy. Enter je pintu tu, terus nampak bilik by bilik. Jadi bagi pengunjung yg mahukan privacy, jangan risau bilik tertutup juga disediakan untuk keselesaan pelanggan. =)



Kami dah usha baik punya untuk datang next time. InsyaAllah bulan 6 kami nak pergi lagi. Kali ni lebih well preparedlah.

Sape nak ikoooottttt??!! Aaaaa mana tau pas ni aku pulak yang bawak rombongan cik kiah satu bas ke kelong penyabung - acheh ni Ngeeee...
Okaylah bye!



My New Smartphone

Assalamualaikum,

Tekalah! Tekalah! Apa yang akan sampai hari ni. Gatal tangan kanan ni. Actually am waiting for this smartphone. Tak sabar nak pakai sebab rasa susah bila dua nombor pakai untuk satu phone. Bayangkan nak guna maxis kena bukak celcom. Nak guna celcom, kena bukak maxis. Menyusahkan.

Jadi, sy putuskan untuk beli ini smartphone. Pastu tak mo beli dah!
Ini pun setelah bincang dgn encik somi dan dia cadangkan Galaxy Note II
So, tunggu jelah ye.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia