Mari Kita Mengundi 2018

Assalamualaikum,

Korang dah bersiap-siap ke nak pergi mengundi? Dari semalam lagi jalan jem teruk orang balik kampung nak mengundi. Ini dikatakan Tsunami rakyat yang mahukan perubahan. 😁

Korang mengundi kat mana? KM mengundi dekat dengan rumah je. Tempat KM ada dalam 740 orang rasanya yang dijangka turun mengundi. So tak ramai sangatlah dan cepat habis. Sebelum ni tempat mengundi KM kat Shah Alam. Sejak jadi warga Sepang 10 tahun, maka KM tukar alamat dan tempat mengundi sekali.😁


Masa ni KM datang dah jam 10am. Teruja semua orang pergi mengundi awal. Dalam pantang pun KM gigih pergi mengundi jugak tau. Tak nak ketinggalan korang semua tunjuk jari, tak aci🤣


Taaadaaa.... 😜 KM dah siap mengundi. Lepas ni giliran Pak Wan pulak yang mengundi kat kampung dia. Korang bila lagi? Selamat mengundi semua.🤗

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia