Kempunan Popia Horlicks

Assalamualaikum,

Semalam entah apa datang angin sy, nak dkt balik ternampak popia horliks atas meja member. Sekali bedallah dalam 3-4 biji. Mak aih, sedap tak terkata sampai tak ingat nak balik. Dah hujung2 waktu baru tau member ada bawak popia horliks tu.

Nak di jadikan cerita, masuk je dalam kereta terus ckp kat suami. "Abg jom kita buat popia horliks. Try and error." Main bedal je sebenarnya. Sebelum ni ada orang bagi resepi cara nak buat tapi memandangkan ni baru 1st time nak buat so sy tak adalah nak share ngan korang ya. Takut nanti salah resepi pulak hehe.

Apa lagi, balik rumah google resepi, sekali check bahan tak cukup. Tepung jagung ngan gula ising. So tak adalah rasa manisnya tapi RUPA dia jadik hehehe. Tak apalah, janji dapat makan sudahlah. Cuma rasanya tak samalah mcm yg member kat office punya. Nama pun try and error. Next time boleh cuba lagi. Byk lagi popia. Zulaikha pun suka.

So, apa jadi ngan popia horliks sy tu? Jeng! Jeng! Jeng!


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia