Parcel from Eschaza Perfume Shoppe

Assalamualaikum,

Saya baru je terima parcel dari Eschaza Perfume Shoppe hari ni. Syoknya!
Harum semerbak bau. Sy memang admire dengan dior addict 2 dan davidoff cool water ni.
Dari dulu lagi sy memang beli dgn seller ni dan ini kali ke tiga kot sy beli dgn dia. 
Sekali 5 botol sy rembat dan dapat free 2 tester Gucci Rush 2 dan J.Lo.
Test bau Gucci Rush 2 sangat wangi okey! Menyesal tak sebat 1 botol. Huhu...

Overall memang puas hati dengan bau perfume dia. 
100% pure from original perfume tanpa alcohol. Baunya kekal sampai ke petang.
Harga tok sah cakaplah memang murah giler. Berapa ml kome nak, boleh pilih je kat dia.
Paling murah 2.5ml Roll On Bottle RM7. Paling mahal 19ml Spray Bottle RM55
Cer lah tinjau2 kat Eschaza Perfume Shoppe ni. Manalah tau ada perfume yg kome berkenan.
Memang puas hati punya! Heee


Ini sy beli 3 botol Dior Addict 2

Dan juga dua botol Davidoff.  
Di sebelah tu tester Gucci Rush 2 dan J.Lo
Sy suka bau encik suami bila dia guna Davidoff


Dan juga sy menerima kad raya dari Eschaza.
Thanks dear. Next time i beli dgn u lagi ya.
(^^,)


Operasi Menjahit Border Lace kat Baju

Assalamualaikum,

Sy sungguh xcited bila terima baju raya Zulaikha yg di tempah 2 minggu lepas hehehe. Jahitan dia sangat kemas dan memang cantik klu budak2 pakai. Nak tau saya tempah kat siapa? Hehehe... Sy kasi promote sikit ya. Sy tempah baju peplum kanak2 ni kat Adinda Butique Headband Mula2 tengok contoh pun dah terpikat dan terbayang2 si kecik tu pakai hehehe... Melaramlah budak tu di pagi raya nanti. So inilah dia kurung peplum yg sy tempah tu. Actually dia siap dgn headband dan bunga tapi sy tanggalkan kejap sbb nak jahit lace.

Hah! Cakap pasal lace pulak, bila ku tenung lama2 baju anak ku ni, mulalah bersinar2 dapat idea nak jahit lace kat peplum plain dia. Hihihi...

Inilah dia baju budak 3 tahun.

So, apa agenda saya untuk meriahkan lagi baju pemplum plain anak sy ni? Tugasnya, sy perlu letakkan border lace di bahagian pinggang baju dan lengan baju ni. So, ia akan jadi seperti ini. Ni belum jahit lagi tau. Baru letak2 je. Nak tgk bila dah siap tunggu jelah nanti ya...

Hopefully misi berjaya!


*
*
*
*
*
*
*


Dan inilah hasilnya separuh jalan dulu sebab kerja terganggu. So, esok sambung siapkan lagi sebab  member dah mula kacau mama dia menjahit. Nak beraklah, nak minumlah, nak kerepeklah, nak susulah, nak tidolah... macam2 hal. Huhuhu...

Ini baru siap pinggang ngan sebelah lengan tapi itu pun tak habis jahit. Esok sambung lagi...


Inilah modelnya hihihi.. 
Muka dah mencuka sebab kena paksa jadi model. Ngee
Cian si kecik ni

Hadiah Ready To Post

Assalamualaikum,

Dari pukul 3 sampai pukul 4 pagi duk ngerjakan bungkusan ni. Waktu ni jelah masa yang sesuai utk daku buat kerja. Kalau malam tadi confirm si kecik tu pun sibuk tolong sama. Sudahnya nanti tak jadi kerja. Seronok tengok bungkusan express ni banyak2. Macam daku pulak yang xcited nak terima. Hopefully bungkusan ni akan sampai dalam keadaan yang baik-baik pada pemenang. Hopefully juga pemenang dapat menantinya dengan penuh kesabaran dibulan puasa yang penuh barakah ni. Ngeee...

Untuk santapan mata sebelum diterbangkan kepada tuan baru mereka.

Seandainya sudah terima, silalah update sy
Terima Kasih

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia