Ruang Iklan Untuk Disewa

Bila Kampung Tak Ada Line Coverage

Assalamualaikum korang!

Haha... aku mampu ketawa dalam sebal hari ni sebab line coverage tak dak kat Penyabung Johor ni.
Jadi tak dapatlah aku berblogwalking kat blog korang di malam2 hari.
Aku mampu jawab sikit2 je tau, huhu.
Naik sebal jugaklah bila telefon orang pun ko kena keluar dari rumah panjat bumbung.
Dah rasa macam monyet aku ni, haha.
Yang kelakarnya sepupu aku sampai cari line kat depan dewan majlis penyabung ni.
Semata-mata untuk dapatkan coverage yang best.
Sampai tertido-tertidolah dia dalam kereta sampai minyak habis.
Ko tak rasa kritikal ke keadaan coverage di sini hahaha.

Oklah, itu je nak cerita.
Nanti sambung lagi ya.
Bye!



Jamuan Hari Raya 2014 di Sekolah Zulaikha


Assalamualaikum korang!

Seminggu selepas raya hari tu, sekolah Zulaikha ada buat jamuan raya tau.
Aku perasan sekolah seluruh selangor semua ada buat jamuan raya pada jumaat seminggu selepas raya, betul  tak?
Bukan main meriah lagi kami ibu bapa ni tengok anak-anak berbabaju raya.
Alahai.. comel bebeno nengoknya.





Nak jadi cerita, aku dapat wassup dari group tadika.
Suruh prepare makanan untuk jamuan budak-budak ni.
Jadi, ikut sempat aku Cuma bawak kuih muih jelah untuk sekolahnya.
Bukan main semangat si Zulaikha pilih baju raya yang dia nak pakai ke sekolah.

“Mama! Mama! Kita nak pakai baju skirt biru yang macam frozen tu.”

Yang kau ni jenuhlah fikir, bila masa pulak aku ada beli baju frozen kat dia?
Rupa-rupanya baju skirt biru yang dia maksudkan tu ialah baju gaun raya pertama dia tu.
Kononnya nak tunjuklah kat kawan yang baju gaun biru dia tu macam baju elsa.
Padahal, tak ada rupa langsung pun.

Hah! Pasal gambar!
Tau tak, nasib baik aku wassup dalam group tadika Zulaikha dan suruh cikgu snap gambar.
Kalau tak, sure cikgu2 dia terlupa.
Contoh macam pergi ke kidz zania tu, pun cikgu dia terlupa nak snap gambo.
Aduhai sayang betullah, kalau tak, mesti ada gambar kenangan huhu.

Tengoklah, ni hasil gambar yang cikgu share dalam wassup.






Satu Zulaikha mengadu kat aku masa balik sekolah.
Yang mana aku rasa nak tergelak bila dengar dia cakap.

“Mama, mama, tadikan... kawan kitakan... dia cakapkan... baju kita ni bukan baju frozen...”
"Mama, baju kita ni macam baju frozenkan mama?"

Haha! Balik rumah dia nak confirmkan balik yang baju gaun dia ala-ala frozen gitu.
Padahal memang tak ada rupa pun.
Tapi nak sedapkan hati, aku layan jelah ngehehe.
Member sentap rupanya sebab ada kawan dia cakap tu bukan baju frozen.
Dan aku tau kawan yang mana yang cakap macam tu.
Hahaha!

Haaaa... korang jangan tak tau, kat tadika Zulaikha ni pun ada beberapa budak diva tau.
Cikgu Zulaikha pernah cerita kat aku satu masa dulu sebab Zulaikha suka ikut kawan dia tukar kasut baru, bag baru, cekak rambut baru dan segalanya baru.
Nasib baik baju sekolah ni pakai uniform ko, kalau tak parah aku.

Dalam hal aduan manja Zulaikha ni, cikgu cakap yang budak diva tu tak boleh tengok kawan lain lebih comel dari dia.
Haha... jadi budak diva ni jeles le yang kawan-kawan lain puji baju Zulaikha cantik dari dia hehe.
Geli hati ko, aku dengar cerita cikgu.
Bermacam keletah budak-budak aku dengar kat sekolah tu.
Ada yang tiap-tiap bulan mak dia tukarkan kasut baru, korang tau.
Maknanya ada koleksi kasut kat rumah.
Pergh! Dasyat anak-anak depa ni.

Amacam meriah tak?
Hehe... comelkan anak-anak tu?
Oklah, tu je nak cerita
Bye

p/s : Gigih akak ni pergi ke pekan mencari line muahaha. Sangat semput line kat pantai penyabung tau.

Look Nice Jugak Pakai Kerongsang Bunga Ni.

 Assalamualaikum korang!

Haaa... entry ni khas untuk CT Humairah.
Aku dah pakai kerongsang bunga ni kat kepala.
Nasib baik nampak sesuai gitu.
Ala... macam ala-alak heroin love you mr. erogant hahaha!
"phuih! perasan nauzubillah ko ni mahirah oi!*


CT Humairah ada bagi dua kerongsang.
Kerongsang satu lagi tu warna merah tapi takkan aku nak pakai dua2 gi koje haha.
Buang tebiat ke hape aku nak selit dedua kat situ.
Lain kalilah ek aku tunjuk.
 Kalau aku merapu snap gambo macam ni, aku share lagi.
Itu pun kalau tak muntahlah korang tengok yang ni.
Muehehe. 

Oklah, bye!


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia