Assalamualaikum korang!
Haha... apa jadahnya pulak si mahirah ni share gambar bekas spegati.
Untuk pengetahuan korang, aku tertarik dengan bekas spegati yang panjang ni.
Bukan setakat bekas je aku tertarik, dengan isi-isi dalam bekas tu pun aku tertarik.
Korang bayanglah, mana aku tak terpikat dengan offer ni.
Beli bekas spegati, dapat free 3 paket spegati San Remo.
Pulak tu ada free coffee 3in1 disertakan, lagilah tambah teruja-rujanya.
Cuba tengok, ok tak bekas ni?
*Jakunnya ko ni mahirah oi*
Habis! Habis semua sekali aku bukak.
Tak sabar aku nak simpan spaghetti tu dalam bekas.
Eh! Alamak!
Aku baru perasanlah.
Rupanya beli 3 spaghetti dalam bekas tu, baru dapat FREE container, hahaha!
Mabuk ketum aku ni tak baca dulu.
Lepas tu dapat free lagi benda alah ni.
Golden Roasting for a rich flavour? Errr... apa menatang ni tah? Coffee kot.
Dan taaadaaa... inilah containernya.
Lepas ni tak ada lagi spaghetti tu terbiar dalam plastik dan diikat getah.
Ehem! Ehem!
Nak rasa aglio olio spaghetti? Meh datang rumah.
Teman masak special.
Hehehe!
Oklah, itu je nak merapu tengah hari ni.
Daaaa