Assalamualaikum korang!
Haha... apa jadahnya pulak si mahirah ni share gambar bekas spegati.
Untuk pengetahuan korang, aku tertarik dengan bekas spegati yang panjang ni.
Bukan setakat bekas je aku tertarik, dengan isi-isi dalam bekas tu pun aku tertarik.
Korang bayanglah, mana aku tak terpikat dengan offer ni.
Beli bekas spegati, dapat free 3 paket spegati San Remo.
Pulak tu ada free coffee 3in1 disertakan, lagilah tambah teruja-rujanya.
Cuba tengok, ok tak bekas ni?
*Jakunnya ko ni mahirah oi*
Habis! Habis semua sekali aku bukak.
Tak sabar aku nak simpan spaghetti tu dalam bekas.
Eh! Alamak!
Aku baru perasanlah.
Rupanya beli 3 spaghetti dalam bekas tu, baru dapat FREE container, hahaha!
Mabuk ketum aku ni tak baca dulu.
Lepas tu dapat free lagi benda alah ni.
Golden Roasting for a rich flavour? Errr... apa menatang ni tah? Coffee kot.
Dan taaadaaa... inilah containernya.
Lepas ni tak ada lagi spaghetti tu terbiar dalam plastik dan diikat getah.
Ehem! Ehem!
Nak rasa aglio olio spaghetti? Meh datang rumah.
Teman masak special.
Hehehe!
Oklah, itu je nak merapu tengah hari ni.
Daaaa
14 comments
sama mcm kiter giler beli kalo ada tipuware foc ni.. hahahah.. mcm dah takder bekas kat umah tau.. selalu kena perli dgn husband.. hahahah
Lepas ni akak masak spageti jelah kan hehe :)
alaaaa nak spaghetiii tuuuuu... nadyaaa sukaaaaaa ;-(
akak ditag http://loveneddy.blogspot.com/2014/08/mini-merdeka-giveaway.html
amboih tuperware free giitu..hehe..lama pulak xmakan spageti..;p
lepas nie kena masak spageti je la. hahah faveret !
Nak juga :D Sedapnya ^^
singgah sini..spageti?sedapnyaa.. :)
Nampak kemas & organized.
Bila nak masak spaghetti tu?
Bolehlah pos Seremban sikit.
nak spageti sepinggan ehehehe
eh, ada orang jemputlah. nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :-d
Actually, banyak kegunaannya bekas tu kan..hehe.. kalau dekat dah serbu dah ni..hehe
Hahaha..patutlah pelik. Beli container dapat spaghetti. Semangat dah aina nak pergi cari. Huhu
hahaha...bankrup syarikat mcm nih kaao beli tipuware peecuma spagetti
Nape beli vercimile tu byk sgt. Masak apa