Aku Macam Dah Tawar Hati Dengan Face Book?

Assalamualaikum korang!

Haaa... tengok tajuk macam gempak jekan?
Padahal biasa je pon.
Yang sebenarnya aku dah kurang masuk facebook.
Entahlah, hari-hari tengok orang update status yang kurang memberansangkan mood aku.
*Eleh, macam poyo je ko ni mahirah oi!*

Eh, betul! Tak tipu.
Pada asalnya aku ada 5000 friendlist.
Yang mana sekarang aku dah tapis sikit-sikit dan terus unfriend.
Mana yang tak berkenaan tu memang aku remove je dari hidup aku hehehe.
Mana yang kerap tagging aku pun akan aku remove sebab mengganggu wall aku.

Dan sekarang aku ada lebih kurang 4747 orang friendlist.
Ni pun masih lagi nak di tapis sebab ada beberapa manusia yang sangat annoy bila tiap-tiap hari dia orang update status meroyan.
Kadang2 tu orang yang sama meroyan kat wall macam orang mental.
Aku pun tak tau apa yang orang macam ni cari sebenarnya.
Kepuasan? Ketenangan? Kelegaan?
Rasa-rasa lepas maki orang dan kutuk orang kat FB tu melegakan ke?
Adoi... bukan tambah mengaibkan diri sendiri ke?

Pelik aku tengok perangai orang macam ni.
Kadang2 rasa sedih sebab orang begini langsung tak ada rasa nak muhasabah diri.
Pernah sekali aku terbaca orang yang sama up status FB marah kat suaminya sebab issue malas nak teman pergi dia pergi klinik.
Aduhai... mesti ke buat macam tu? 
Bukan ke akan mengaibkan suami sendiri dan jugak diri dia sendiri?
Kalau ya pun nak marah suami, tak payahlah sampai update status kat FB.
Tolonglah sedar wahai orang yang sebegini.
Tak enak orang baca hal masalah rumah tangga di FB.

Malangnya bila ada yang menegur, dia cakap orang tu maksum.
Makna kata orang sebegini tak boleh terima teguran langsung bila ada yang memberi nasihat.
Konon dia sorang je yang betul, orang lain salah.
Sebaliknya orang yang ikhlas memberi nasihat tu pulak dimakinya dalam FB.
Haha... aku memang syak dia ada mental problem kalau dengan semua orang dia nak cari pasal.
Dan akhirnya, aku tapis lagi dan lagi dan lagi manusia jenis begini.
Aku perlukan aura positif setiap hari.
Jadi aku tak perlu baca status yang mencederakan emosi aku.
*Poyo tak bunyi cakap aku ni? Hik hik hik...*

Sesekali aku nak poyo ngan korang apa salahnyakan? Ngehehe...
Betul tak apa yang aku cakap ni?
Aku tau, itu hak masing-masing untuk meluahkan rasa tak puas hati kat FB, tapi ia haruslah ditapis dengan kata-kata yang sedap dibaca orang lain.
Ingat tau, setiap penulisan kita ni sikit sebanyak ada jugak yang terkesan kat hati pembaca.
Jadi kena jaga tatacara penulisan kita.

Okeh, itu je nak merapu malam ni.
Daaaa...


Ketika Aku di Kampung Mereka Gembira Dengan Jamuan Raya

Assalamualaikum korang!

Jeles tau tengok gambar dia orang ni.
Ketika aku berada di kampung, mereka sedang berjimba dengan jamuan raya di office.
Aku termenung tengok gambar yang di wassup oleh dia orang ni.
Saje je kan nak bagi aku jeles.
Dah le masa wassup tu masih frust lagi dengan astro yang gagal di pasang kat kampung.


Boleh pulak dia orang cerita pasal menu masa jamuan tu semua sedap-sedap.
Terutama sate kajang yang di order oleh GM, 500 cucuk.
Buat aku terliuq je wei duk baca wassup dia orang tu, huhu.
Yang aku, siap buat pesanan penaja lagi, mintak simpankan apa yang patut.
*Ni aku main-main je tau, bukan serius pun.*

Sekali datang pagi-pagi ni, dia orang cakap.

"Mahirah! Kek brownies ko ada kat pantry dalam peti ais!" 

Aku? Kekonon terpinga-pingalah kan.
Padahal hati dah berbunga riang dengar dia orang simpan kek untuk aku.

"Waaaa... terharunya, tak sangka korang ingat kat aku, terima kasih!!!"

Member yang dengar ni rasa nak muntah bila aku cakap terharu hahaha.
To member2 office yang mengingati waktu ketiadaan aku, terima kasih banyak-banyak ya.




Hehehe... dapat juga aku merasa kek tu.
Siap tulis nama aku kat bekas tu.
Cuma tak tulis alif, lam, lam, ha je.
hahaha

Oklah, tu je nak cerita.
Bye.

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme


Korang dah join ke segmen bloglist Syaz ni?
Kalau belum, jom la join.

Taman 31/8/2014


CPUV PC Demand Gen Digital (Details)

Assalamualaikum korang!

Ni sambungan dari entry CPUV PC Demand Gen Digital sebelum ni.
Kan aku cakap, aku tak dapat cari detail iklannya.
Dan sekarang baru aku nampak kat header blog aku.
Kalau korang tengok, iklan tu nampak biasa2 je tapi ianya bermakna untuk aku hehe.



Okeh, aku dah tengok dah iklan nuffnang tentang HP PC ni.
Ha, kalau korang nak tau macam mana rupa iklan dia, cuba tengok kat bawah ni ya.
Seperti yang aku jangka memang tepatlah tekaan aku tu.
HP tengah duk promote PC keluaran mereka
Starting harga murah-murah pulak tu..
Aku tengok pun rambang mata wei, haha.
v
v
v






Jadi, pada sesiapa yang ada berangan dan baru nak berangan tukar laptop baru, haaa korang bolehlah tinjau-tinjau ke iklan nuffnang KM ni ya.
Lepas tu janganlah segan-segan nak klik iklan tu tau.

Kot-kotlah korang ternampak iklan comel ni berjoget kat atas header tu, rajin-rajinlah klik ya.
Hehehe... isi dan penuhkan tabung untuk Zulaikha.
Ok, thanks you all, bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia