Saya Rindukan Moment Ni

Cuba compare, muka dua baby ini ada iras tak? Pada mata sy adalah iras-iras sikit. Itu pun setelah beberapa orang tegur wajah dua baby ni seiras.
Ingat lagi lepas habis pantang, sy bawalah sekali gambar Zulaikha dengan gambar baby jepun yang sy duk tengok hari-hari selama sembilan bulan mengandungkan Zulaikha dulu.
Member kat office semua terpegun. Dia orang kata seakan-akan sama dengan iras muka Zulaikha. Ada sorang tu, takaful adviser. Bila dia tengok gambar baby jepun tu terus senyum.
Takaful advisor : "Eh, dah besar Zulaikha ya? Comel macam anak jepun." Katanya. 
Zulaikha masa 2bulan
Sy senyum je bila dia pegang gambar baby jepun ni dan bukan gambar Zulaikha sebenar. Then sy pun balas: "Kak, yg ni gambar baby jepun, bukan gambar Zulaikha. Yang ni baru gambar Zulaikha." Sambil tunjuk gambar yg di sebelah kanan ni. Dia terkejut then ketawa. Dia ingatkan baby jepun tu Zulaikha yang terbaru (Konon dah besar) Habis-habisan dia kata budak tu mcm Zulaikha.
Bila teringatkan perbualan tu, sy teringat masa preggy dulu sy suka hadap muka baby jepun tu. Tak taula kenapa suka sangat tengok muka budak tu. Sudahnya terkenan haha. Dengan mata sepetnya. Dengan senyum cutenya. Haha.. tak sia-sia jugak le 9 bulan duk hadap muka baby jepun ni. Dan inilah hasilnya yang dia org kata serupa tapi tak sama tu.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia