TIPS CANTIK : 7 Punca Rambut Gugur

Assalamualaikum.

Hari ni kak KM nak share pasa punca rambut gugur.
Siapa pernah alami macam ni? Haha, kak KM tau ramaikan kena macam tu?
Termasuklah kak KM sendiri.
Entahlah, tak tau nak kata rambut rosak ke apa tapi setiap kali sikat memang segumpal kumpul kat sikat tu.
Lepas tu kat mana-mana mesti ada je helaian rambut bertaburan terutama kat toilet.
Jadi naik rimas tengok hari-hari nak kena sapu lantai betul tak?



Haha! Tak apa, korang jangan risau, meh kak KM nak cerita 7 punca rambut gugur.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadikan punca rambut gugur ni.
Korang cuma perlu tahu sebabnya je dan jadikan panduan supaya korang dapat jaga rambut korang.

1. Bahan Kimia

Bagi korang yang gemar menggayakan rambut dengan fesyen terkini seperti melurus dan warnakan rambut, korang lebih berpotensi mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Sebabnya proses mewarna, melurus atau mengerinting rambut adalah guna bahan kimia. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut menjadi kering dan gugur.

2. Perubahan  Hormon

Waktu pregnant dan melahirkan anak, perempuan memang akan mengalami perubahan hormon. Ini menyebabkan hormon di dalam tubuh tak stabil. Akibatnya rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.

3. Genetik

Kalau ada antara ibu atau bapa korang yang ada mengalami masalah rambut gugur waktu umur mereka meningkat, makan korang juga akan mengalami masalah yang sama. Kebarangkalian untuk hadap masalah ni sangat tinggi sebab ia faktor genetik.

4. Perjalanan Darah Tidak Lancar

Rambut gugur juga isyarat tubuh menghadapi masalah dalaman contohnya macam perjalanan darah yang tak lancar. Ia akan sebabkan oksigen tidak sampai ke seluruh tubuh dengan baik. Akibatnya rambut tidak kuat dan senang sangat nak gugur.

5. Tabiat Buruk

Haha... tabiat ni kak KM suka sangat buat ngeee... ada sesetengah orang termasuk kak KM sendiri ada tabiat suka menarik rambut waktu diserang sakit kepala. Sedap tu memanglah sedap bila lepas dapat bunyi sekali dua tapi ada jugaklah rasa sakitnya dan inilah juga punca akar rambut jadi lemah dan mudah tercabut.

6. Produk Tidak Sesuai

Korang tau tak, pemilihan produk penjagaan rambut mestilah tepat ya. Jangan suka suki nak buat eksperimen dengan produk sebab ia akan membuatkan rambut korang jadi kering dan mudah rosak. Kalau nak buat jugak, silalah dapatkan pandangan pakar untuk memilih syampu dan perapi yang bersesuaian. Kalau boleh gunalah serum dan elakkan guna pengering rambut dengan kerap.

7. Diet Tidak Seimbang

Diet yang tak sihat macam suka makanan berlemak dan berkolestrol tinggi tak baik untuk kesihatan. Gaya pemakanan macam ni pun tak membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, akibatnya akar rambut jadi lemah dan mudah rosak.



Haaa... itu saje yang kak KM nak membebel.
Jadi, marilah kita sama-sama menjaga rambut kita dengan baik.
Terutamanya yang pakai tudung ya.
Jangan anggap "Alah.. pakai tudung, bukan orang nampak pun."
Ya, memanglah orang tak nampak tapi somi kome tengok kang tak selera pulak kalau dah nampak lompang-lompang kat kepala haha.
Okeh, itu je nak cerita daaa..

Sumber di cedok dalam majalah mingguan wanita.
Di oleh sikit dengan gaya bahasa Karya Mahirah sendiri.

CPUV Baru Lagi?

Assalamualaikum!

Pertama sekali kak KM rasa syukur sebab banyak CPUV masuk dua bulan ni.
Bila total semua sekali ada 9 CPUV yang tengah on going.
Tapi tak nafikan ada CPUV yang running slow.
Kak KM perasan jugak iklan running tp CPUV tak masuk.
Baru hari ni nampak CPUV tu tapi tak apalah, ada rezeki, adalah kan.
Ini pun dah syukur ada 9 CPUV yang on going.


Proton PCC tu kak KM ingat dia cuma masuk CPC je.
Korang tengok ek, iklan start 26 Sept 2014 tapi apa hal baru sekarang nak muncul?
Kalau 26 Sept 2014 iklannya, dah lama kak KM share dengan korang.
Pelikkan? kan? kan?
Dan bila kak KM klik iklan macam tak ada function je.
Tapi tak taulah sekarang ni kot kalau dah ok kan.
Terima kasih siapa yang sudi klik ya.
Oklah, daaa..

p/s : Agaknya nuffnang cuak kot ada blogger bersuara lantang kritik pasal dia orang. Patutlah berderet2 masuk CPUV kat aku. Harapnya jgnlah iklan tu di tayang tengah malam. Time orang semua membuta tak jenguk blog, mana nak dapat income. Agak2lah kan nak tayang iklan tu okeh.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia