OoOoO Balik Kampung

Assalamualaikum,

Sunyinya kawasan rumah sy malam ni. Kereta pun dah mula kurang. Bila tengok satu2 kereta duk penuhkan barang dalam kereta. Sayu pulak bila tinggal daku yg kampung dekat2 ni. Huhuhu... Tak sabarnya nak balik kampung!! Esok last kerja. Mujur half day.


Kad Raya Dari Adhie Kelana

Assalamualaikum,

What a suprise for me. Hari ni datang kerja tetiba nampak kad raya atas meja. Terfikir juga kad raya siapa yang tiba di hujung2 ramadhan ni. Sekali buka, rupanya kad raya dari Adhie Sunan. Betul-betul terlupa yg saya pernah join giveaway beliau. Itulah padhanya kalau dah byk join giveaway sampai yg mana satu pun tak ingat. Hehehe...

Jadi, dipagi yang lemau ni terus bertukar jadi pagi yg ceria di hujung2 ramadhan. Dalam kad raya tu tak kosong. Siap ada sticky note lagi. Comel! Apa pun sy ucap terima kasih banyak-banyak pada Adhie Kelana a.k.a Adhie Sunan sebab send kad raya pada sy. Untuk balasan kad raya, sy juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Salam Lebaran

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia