Monday : Today is Busy Day Tapi Nak Bebel Jugak

Assalamualaikum korang!!

Hari ni adalah hari yang sangat busy. Ni pun aku cuba taip dengan pantas kilat dan lajunya. Kalau nampak typo tu abaikan ya. Semalam aku tak sempat langsung buat entry autopublish disebabkan beraya sampai ke pagi buta.
Melampau betul si Mahirah nikan, beraya sampai ke pagi. Dah tak reti nak balik ke apa? 
Letih, flat semua ada dibuatnya. Ingatkan balik rumah bolehlah terus boom je. Pak wan angkat Zulaikha masuk ke bilik. Dia dah tertido denga nyenyaknya. Dengan tapak kaki hitam legam. Dengan comot segala bagai main kat rumah orang. Lepas siap bersihkan diri, aku pun pergilah buat spotcheck kat bilik Zulaikha, korang tau apa aku nampak?

Zulaikha dah ter-ngompol kalau dalam bahasa jawanya korang tau? Arrgghh!! Stress aku!! Agaknya apa yang dia mimpi ek?
Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan untuk hilangkan hangin yang tiba-tiba je datang masa tu. Bila tengok muka si Zulaikha, kesian pun ada tapi hati panas jugak sebab kena buat kerja malam-malam butakan. Boleh pulak dia ter shi-shi tengah malam. Nasib baik dia tido kat bilik dia. Kalau tido kat bilik aku? Tak ke jenuh aku nak basuh tilam empuk aku tu? Aku terus cari pak wan kat depan TV. Nasib baik dia belum tido. Kalau dia tido pun, aku paksa dia bangun jugak hihi.

Aku cakap kat pak wan. "I dah penat, you tolong basuh dia kat toilet."

Korang taulah, si Zulaikha tu kussss... semangat. Aku memang tak mampulah nak dukung angkut ke toilet. Budak tu kalau dah letih sangat, aku kejutlah macam mana pun, ko bunyi kan lah bom mercun pun, punya liatlah nak bangun. Melainkan aku dudukkan dia kat toilet. Haaa baru mata dia segar balik. Yalah, takkan aku nak biar dia bergelumang dengan ayor tu kat tilam. Alahai... anak... anak...

So, itu semua kerja pak wan. Aku ngerjakan tilam Zulaikha je. Itu pertama kali dia ngompol kat tilam dia tau. Sebelum ni tilam dia masih suci dari terkena najis. Sebelum ni, tilam aku yang banyak jadi mangsa dia tau, huhu. Dia punya menangislah ayah dia angkut masuk toilet. Bersihkan badan dia. Ayah dia peduli apakan, haha... dengan mak dia ni bolehlah buat-buat lembik badan. Dengan ayah dia, ko duduk atas jamban tu hihi.
Aku cakap kat Zulaikha : "Esok pergi sekolah, mama cerita kat cikgu shima yang awak kencing. Biar cikgu shima cerita kat kawan-kawan. Tak malu, kencing malam."  
Berdepek didebiknya aku ko, bisa jugak tapak tangan dia tu, haha.
Terus dia jerit satu bilik : "Tak naaaakkkk!!!"
Uih! Marah ko... garangnya haha =)
Aku memang suka menyakat. Benda yang dia tak suka tulah yang aku akan sakat. Erm... lepas tu barulah dia tido dengan nyenyaknya dan terus kesiangan.

Ok, bye! Aku nak sambung kerja.

Korang tengok, poyo tak aku punya workstation ni?
Konon-konon banyak kerjalah kan.
Huh! Aku tengok pon menyampah wei!
Berlakon lebih Mahirah ni hahaha!

TEAM BLOGGER SUPPORT GAZA

Assalamualaikum,

Jom support GAZA.
Ramai-ramai join segment ni.

Untuk palestin, kami saudara seislam mendoakan kesejahteraanmu di sana.
Bertabahlah dan Allah sentiasa bersama kamu.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin


Click banner untuk join



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia