Visit ke SPAD 7/11/2013

Assalamualaikum,

Semalam sehari suntuk berada kat SPAD. Apa itu SPAD? SPAD tu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Buat apa sy kat sana? Sy kat sana buat visit knowledge sharing tentang KM. KM tu apa pulak? KM tu nama panjangnya Knowledge Management. Hehehe...

Best pergi sana, banyak yg kami belajar untuk improvekan KM. Cuma KM kami tak macam kat KM kat SPAD. KM kat SPAD combine dengan libary pejabat mereka. Macam kami, KM asing dengan library. Dia orang ada mini library yg cantik dan selesa. Kalau masuk dalam tu, tak mo keluar dah. Senyap sunyi aman sentiasa.

KM team mereka sendiri pun sangat friendly. Seronok berbual dengan mereka yang ramah mesra. Kat sini sempatlah kami rakam speech mereka dan beberapa gambar yang kami capture untuk buat rujukan. Mana tau boleh improve lebih menarikkan?








Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia