Ruang Iklan Untuk Disewa

Segmen Bloglist August irrayyan.com



Jom support irrayan.com.
Dia nak pilih kita jadi bloglist.
Kalau nak masuk dlm bloglist dia, sila click baner atas ni ya..


Apa Dua Parcel Yang Aku Dapat Kelmarin?

Assalamualaikum korang!

Yeay! Kali ni aku nak share parcel apa yang sampai kat tangan aku, hehehe...
Kelmarin, aku baru je dapat 2 parcel dan satu kad raya.
Yang kad raya tu abaikan je sebab bukan dari blogger tapi supplier.
Lagi 2 parcel tu yang menjadi tajuk utama aku nak cerita kat sini.


Ok, apakah parcel yang aku terima hari tu?
Haaaa... aku excited ni haha... *excitedlah sgtkan?*
Parcel pertama adalah Monopod.

*Monopod?! Hek eleh? Monopod pun si mahirah ni nak excited ke?*
Hahaha tau tak pe! Tapi suka hati akulahkan? Perasaan aku. Ngehehe... d(^^,)b 


Dah habis raya baru monopodo ni sampai korang tau?
Nasib baik raya sebulan, jadinya aku boleh lah berselfie lagi berapa minggu.
Cumanya monopod aku ni punya klip loose lah kalau nak pasang kat batang monopod ni.
*korang faham ke apa maksud aku ni? macam mana nak cerita ek?*

Alah, benda alah ni la.

Orang panggil ni klip monopod kan? Betul tak?
Boleh pulak yang aku bulatkan merah tu longgar bila pasang kat batang monopod.
Makna kata dia tak grib kuatlah.
Tapi bila aku pasang camera digital direct to batang monopod tu boleh pulak dia grib cantik dan tak jatuh.
Sudahnya, aku pakai monopod ni untuk camera digital jelah.
Contohnya macam gini.

Memang best ambik gambar.

Phone tu bukannya tak boleh pakai, boleh je nak attached kan tapi kalau dah tengah selfie benda alah tu duk berpusing ke kiri ke kanan, ko tak rasa ke nak hempuk je batang monopod tu ke tanah? Hahaha!
Macam tulah yang aku rasa hari tu masa buat trial demo dengan Zulaikha.

Si Zulaikha pun boleh fikir dan cakap, "Kenapa telepon tu pusing-pusing mama? Dia asyik gerak-gerak je."
Jadi, ada lebih baik aku simpan klip tu dan pakai camera digital je.
Kang tak pasal-pasal batang monopod tu jadi mangsa deraan, hahaha!

Ok, di sini aku share trial demo aku berselfie dengan Zulaikha.


Ya Allah Mahirah! Dah macam rupa bibik dah ko pakai tudung tu?!
Hahaha! Korang jangan cakap apa-apa ek.
Tumbok kang, hahaha.
Kasi chance sikit makcik bedah ni nak berselfie.

Ok bye!

*
*
*
*

Eh! Lupa, ada lagi satu parcel tak cerita ek?
Korang tengok gambar kat bawah ni.
Parcel yang kedua adalah hadiah GA.


Sebenarnya aku ada join GA dari Siti Yang Menaip
Alhamdulillah.. rezeki syawal agaknya, terpilih pulak jadi pemenang GA.
Aku dapat brooch flower dua pcs.
Nak pakai tapi sayanglah.
Ni pun aku sorokkan dari Zulaikha.
Masa dia nampak hari tu, dia pulak yang excited nak pakai brooch tu.
Tak boleh jadi, aku sorok terus.
Kang kalau bagi dia nanti kotor hahaha.

Kedekut punya mak! Dengan anak pun tak dibaginya?
Haha.. sentimental value, orang bagi kot, kenalah simpan.
Bagi kat anak kang, jahanam pulak.
So, terima kasih banyak-banyak kat Siti Yang Menaip di atas pemberian yang comel ni.
Satu aku suka datang ke blog dia ni sebab dia suka travel.
Banyak tips korang boleh baca kat blog dia kalau nak travel.

Kalau korang nak kenal dia, boleh terjah blog dia ya.

Sekian, ok bye!


p/s : haaa korang ni mesti dah salah faham kan? Monopod tu aku beli tau bukan dapat hadiah GA.
Hehehe...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia